Kaum wanita, sangat sinonim dengan perkataan cantik, lembut, menawan, wangi dan memikat. Tapi, bukan 100% kaum wanita dapat menikmati segala keistimewaan ini setiap masa. Terdapat “serangan-serangan” yang membantutkan kejayaan kami untuk mencapai keistimewaan ini. Ia mungkin masalah kecil, tapi ia boleh menjadi pengalaman ngeri buat wanita kerana sebenarnya ia member kesan yang cukup besar dalam hidup wanita.

Saya kongsikan dengan anda terutamanya mereka yang bergelar wanita, atau mereka yang memiliki wanita sebagai salah seorang insan yang disayangi dan diambil berat.

1. “Botak”
Biasanya kita dengar, lelaki je selalu botak. Haa..wanita pon ada ye. Jika kerap lahirkan anak, dan kesihatan rambut tidak dijaga..si isteri atau ibu ini boleh juga menjadi “botak” akhirnya. Apa tu botak? Mungkin bukan seluruh rambut gugur, tapi ia boleh membawa kesan rendah diri dan malu dalam diri wanita itu sendiri. Jangan tidak kita tahu, wanita bujang juga alami perkara ini apabila kekurangan zat dalam badan.

rambut gugur

2. Gigi rongak atau berlubang

Haaaa.... Tahu kan semua..yang kalsium sangat penting untuk gigi kan. Berapa ramai ibu-ibu yang mengandung tak boleh telan susu? Dan berapa ramai yang abaikan pengambilan kalsium untuk menggantikan susu ini. Sebab itulah ada yang bermasalah semasa mengandung, melahirkan, menyusu atau pon selepas anak-anak dah besar. Gigi mudah rongah kerana gigi rapuh. Gigi kanak-kanak memang boleh diganti baru. Tapi gigi kita? Nak pakai gigi palsu di kala usia 30 tahun? Hehe..serammmm…Sebab tu jika kita tak mampu nak telan susu akibat kita tak sukakan bau nya…kita mesti ambil pil kalsium tau.. Ada juga yang ambil susu, tapi tetap berlaku perkara ini..kerana sebenarnya kalsium tak diserap sebaiknya.. sebab tu kita kena pilih pil kalsium yang menyerap dengan kadar penyerapan yang cepat dan optimum.

gigi
3. Osteoporosis

Penyakit osteoporosis adalah berkurangnya kepadatan tulang secara perlahan, sehingga tulang menjadi rapuh dan mudah patah, osteoporosis berlangsung secara progresif selama bertahun-tahun tanpa kita sedari dan tanpa disertai adanya gejala. Pernah rasa sakit belakang yang ketara? Itu salah satu gejala osteoporosis.
Sekitar 80% persen penderita penyakit osteoporosis adalah wanita, tetapi, lelaki tetap memiliki risiko terkena penyakit osteoporosis. Salah satu sebab osteoporosis adalah kerana kekurangan kalsium yang berhubungan dengan usia dan ketidakseimbangan diantara kecepatan hancurnya tulang dan pembentukan tulang yang baru. Juga disebabkan  kekurangan estrogen (hormon utama pada wanita), yang membantu mengatur pengangkutan kalsium ke dalam tulang pada wanita.
Info ini saya dapatkan dari sini

osteoporosis
4. Badan berbau

Wanita sangat malu apabila badannya berbau. Betol kan? “Busuklah bau sayang”..hehe…serius malu…apatahlagi yang bagitahu tu pasangan sendiri. Tapi, jika pasangan tak bagitau, lagi teruk kan. Sebab kita memang selalunya susah nak perasan bau badan kita. Jadi ambillah ia dengan positif. Dan perlu kita ambil tindakan segera. Kerapkan memakai minyak wangi yang tak terlalu kuat, sering amalkan pemakaian diodoran dan penyegar. Juga boleh amalkan suplimen yang membantu kita hilangkan bau badan ini.

badan berbau

5. Keputihan yang memalukan
Keputihan adalah sesuatu yang biasa didengar dan dilibatkan dengan wanita. Apabila berlaku keputihan, ia akan merasa gatal-gatal di kemaluan wanita. Kerana dalam keadaan ini, wanita berada dalam keadaan yang tidak selesa dan rasa rimas. Jangkitan kuman mudah berlaku dan sebenarnya keputihan ini boleh memberi kesan yang agak teruk kepada wanita. Jika ia keterlaluan, warnanya boleh bertukar menjadi kuning dan memberikan kesan tak elok kepada alat kelamin wanita. Dan kesan jangka masa yang panjang akan berlaku dan ia menakutkan serta menggelikan.

Kita boleh cuba mengambil suplimen untuk hilangkan keputihan mahupon pencuci yang selamat untuk membersihkan alat kelamin. Jaga pemakanan kita sebaiknya..
Saya akan kongsikan di lain entry bagaimana ingin bezakan antara cecair keputihan dan bukan keputihan.

keputihan
6. Gemuk
Ramai wanita alami masalah ini. Sehingga ada yang mengatakan, selepas bersalin memanglah semakin gemuk. Apabila kita menganggap ia adalah normal, kita automatik akan rasa ia normal. Padahal ramai juga yang cantik kurus elok walau dah ada anak 7! Segalanya terpulang kepada cara pemakanan kita, cara kita uruskan berat badan kita, cara kita ambil peduli kalori dan kolestrol banyak mana kita perlukan setiap hari.

Apabila kita gemuk, penyakit lain mudah melekat kepada kita juga. Jadi, memang kita kena berwaspada.

gemuk

7. Kelonggaran faraj

Ada yang mengadu, rasa tidak bahagia apabila urusan di tempat tidur tidak selesai dengan elok. Perkara ini biasanya wanita malu untuk berbicara. Tapi, ia sebenarnya jika dialami dan tidak dirawat, boleh mengundang padah. Kemurungan, masalah rumahtangga, suami cari lain dan sebagainya boleh berlaku. Jadi, kita mestilah sentiasa menjaga dalaman kita untuk memastikan kita bebas dari masalah ini.

murung
8. Kedutan sebelum tiba masa
Ramai yang fikir, takpelah..memang nak berkedut, nak buat camne. Alahai..semuanya kita boleh ubah menjadi lebih elok. Nak ke umur kita baru 30 tahun, tapi orang tengok macam dah 40 tahun. Nangis kang. Heheh..

kedutan sebelum waktu
Perasan tak? Segala permasalahan di atas ini berkait rapat dengan dalaman kita sebagai wanita. Sejauh mana kita menjaga dalaman kita? Selalu “servis” ke? Atau selepas bersalin biarkan je sebab sibuk urus anak-anak dan keluarga. Dah lupa pada kesihatan diri sendiri.

Badan kita ini amanah yang diberi oleh Allah buat kita. Kita kena jaga betol-betol. Jadi, jika sekarang rasanya 8 perkara di atas ini ada pada diri kita..bertindak sekarang. Jaga penampilan diri kita. Belum terlambat. Bukan kerana kita nak cantik semata-mata, tapi kerana kita nak sihat tu. Sihat itu adalah anugerah terindah bagi setiap insan terutamanya wanita..

Thanks for reading! :)
semoga bermanfaat...
Anda inginkan set kesihatan Keluarga??juga untuk kesihatan menyeluruh??jangan segan2 boleh hubungi saya di 014-5075708 ( huda )
  
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi huda untuk  FREE CONSULTATION
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee??klik dibawah.
HUDA | 014-5075708


www.inspirasihuda.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

3 comments:

  1. Pengambilan suplemen penting untuk keperluan nutrien badan.

    BalasPadam
  2. I selalu pastikan I dapat tidur dengan nyenya dan cukup untuk setiap hari supaya tidak jadi tua dengan cepat.

    BalasPadam

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top