Hadith sahih fadhilat nisfu sya'ban :
“Allah
melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia
ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan
yang bermusuh (orang benci membenci)".
(Riwayat Ibn Hibban,
al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam
Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah
al-Ma`arf, Riyadh)
Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi
kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang
telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud,
membaca al-Qur'an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk
diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.
Daripada
Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga
kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda
berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa,
dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa
sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah
melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan)
melainkan pada bulan Sya’ban).
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Daripada
hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan
sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban
dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban.Hadith sahih
hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya'baan
sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada
nifsu sya'ban.
Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari
nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi
memperbanyakkan puasa pada bulan sya'ban maka sesunggunhnya dia telah
mengikut sunnah.
TETAPI
Jika
seseorang berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa
pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya'baan maka
sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.
Tiada amalan-amalan khusus pada nifsu sya'ban
Tiada
amalan-amalan khusus yang diajar nabi untuk dilakukan pada malam
tersebut.Kita melihat banyak hadith-hadith lemah tentang amalan-amalan
khusus pada malam nifsu sya'baan dan ia ditambahkan lagi dengan
hadith-hadith palsu yang direka tentang amalan-amalan khusus pada malam
tersebut.
Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya'baan:
“Tidak
pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa
mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban,
membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada
sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai
berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka
membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua
rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia,
kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan
salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang
panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan
dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti
yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang
Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat
sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut
salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan
setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu
sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Wahai
pereka-pereka hadith ingatlah sesungguhnya kamu semua telah berdusta
ketas nabi dengan hadith-hadith rekaan dan tulisan kamu, siaplah api
neraka bagi kamu semua, hal ini berdasarkan hadith sahih dibawah :“
Sesungguhnya
berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke
atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke
atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)
Ulasan terhadap hadith palsu dan daif tentang amalan-amalan khusus pada malam nisfu Sya'baan
(1) Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra:
(Apabila
tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan
ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana
sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula
dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon
ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon
rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa
yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah
sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan
adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya
fajar)
ULASAN : Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn
Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’
dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.
(2) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra :
(Barang
siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat
pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah
Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada
mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya
dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan
kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).Hadis
ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’.
(Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).
ULASAN
: Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin
Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah
seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang
disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai
pembuat hadis.
(3) Hadith yang diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata:
(Sesiapa
yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas
dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah
mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar
gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga
puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis
mengenai musuh-musuhnya).
ULASAN :Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.
Hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih.
Justeru,
tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk
dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang
dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah
Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman
atau sebagainya.
Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan
mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan
menyampaikannya kepada kita.
Ulasan tokoh-tokoh Hadith
Al-Hafiz al-Iraqi berkata:
(Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw.
al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:
Solat
yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas
rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab
dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah
dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama).
(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).
Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata:
(Dan
di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah
merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya,
dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat
yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak
boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang
kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang
telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).
(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).
Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
(Tentang
malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke
martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat
hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang
menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih
tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis
tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis
tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini,
tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang
dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan
diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis
sahih) dan ia adalah salah).
(Terdapat juga di sesetengah
negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan
membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya
dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan
manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang
pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan
nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Para
ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam
al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain
lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam
Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai
kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut
akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan
ibadah khas yang perlu dilakukan.
Maka sebarang ibadah
yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan
mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas
dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut
al-Imam al- Suyuti:
(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu
padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan,
tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk
berjemaah).
(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
oleh:
http://yapis.blogspot.com/2007/08/jauhid-bidah-nisfu-syaaban.html