Penyakit uluran atau angin yang berlebihan mungkin akan menyerang seseorang yang bertabiat suka makan atau minum bahan-bahan yang dianggap sejuk, ini menyebabkan angin berlebihan di dalam perut.
Adapun di dalam bahasa Perubatan Allopathy, ianya digelar Hernia, dalam perubatan Melayu dipanggil Uluran, Angin Medu (setelah melepasi paras pusat ke atas), Angin Pasang dan sebagainya.

Angin yang masuk ke dalam tubuh seseorang pada kebiasaannya diserap semula di dalam usus akibat pergerakan bahan-bahan makanan di dalam usus yang terlalu cepat. Angin yang berlebihan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut memulas, sakit mencucuk bahagian pinggang, pening kepala dan sebagainya.

SAKIT ULURAN kebiasaannya terbahagi kepada empat jenis iaitu:

ULURAN ANGIN - Sakit ini sering dialami oleh kebanyakan kaum lelaki. Ianya berpunca daripada angin berlebihan dalam usus. Angin ini akan naik ke bahagian kepala melalui belikat menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala.

Sekiranya sakit ini tidak dikawal dan dibiarkan berpanjangan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit darah tinggi. Selain daripada itu angin sesat juga akan mengisi ruang-ruang kosong di bahagian sendi, ini boleh menyebabkan sakit bengkak sendi.

ULURAN URAT - Sakit ini boleh menyebabkan urat bersimpul dan dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekejangan urat. Sakit uluran urat juga boleh menyebabkan lemah syahwat.

ULURAN LENDIR - Sakit ini adalah berpunca akibat amalan pemakanan yang tidak teratur menyebabkan pembentukan lendir dan lemak berhimpun di buah pinggang. Jika sakit ini tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit buah pinggang.

ULURAN DARAH - Sakit ini juga dikenali sebagai sakit darah panas. Sakit ini boleh menyerang jika seseorang itu terlalu banyak berfikir. Adalah dipercayai darah panas akan naik ke kepala, menyebabkan seseorang itu mengalami pening kepala.

Di antara tanda-tanda umum orang itu mengidap sakit uluran adalah seperti :

1) Bahagian atas pusat ke dada terasa keras.
2) Nafas di dada tersekat atau tersumbat.
3) Terasa sakit atau pedih di bahagian tengkuk.
4) Kekuatan tubuh kurang kuat pada tubuh sebelah kiri.
5) Kurang berpeluh
6) Kencing tidak tus (tidak lawas)
7) Kurang selera makan




8) Muka pucat, lesu dan kurang bertenaga.
9) Tapak kaki menjadi sejuk tanpa mengira waktu samada siang atau malam.
10) Sering mengalami sakit kepala.  
11) Kebas kaki dan tangan.
12) Perut memulas serta mencucuk dibahagian pinggang apabila memakan makanan dan meminum minuman yang sejuk.

Kebiasaannya kaedah rawatan utama yang digunakan oleh orang-orang melayu untuk merawat sakit sebegini adalah dengan cara mengurut.

Selain itu sakit ini boleh dirawat dengan mengambil suplement dan rawatan Tradisional..

Ikuti kisah suami saya menggunakan rawatan tradisional dan dengan mengambil suplement disini

1 comments:

  1. Thanks for info. Kiranya uluran ni ada banyak jenis dan simptom la ye

    BalasPadam

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top