Di sini saya kongsikan beberapa ikhtiar yang boleh dibuat bagi membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH untuk kesembuhan, seperti berikut :

Sediakan Madu lebah (6 sudu besar – untuk sehari), Akar dan daun pegaga (secekak-sehari), Gula Batu (5 ketul kecil), Habbatus Sawda’(7 cubit -sebaiknya bijian) dan air putih mati (air masak yang telah sejuk) 3 cawan sehari, untuk 3 kali minum. Amal sehingga 7 hari berturut-turut. Jika pesakit ada masalah kencing manis? Tiada masalah, jangan bimbang, pengambilan madu yang betul tidak akan memudaratkan pesakit kencing manis.

Semua bahan tersebut dibersihkan setelah itu dicampur dan dilumatkan (termasuk gula batu).
Kemudian, semua bahan tadi dicampurkan ke dalam air, dan ditapis. Campur dengan 2 sudu besar madu, minum setiap pagi sebelum sarapan, sebelum makan tengahari dan sebelum tidur.

Boleh juga dicuba :
Sediakan madu lebah (6 sudu besar – untuk sehari), minyak/pati Habbatus Sawda (7 cubit atau 5 sudu kecil minyak/pati). Juga untuk amalan 7 hari berturut-turut.

Kedua-dua bahan tersebut, dicampur, sebelum sarapan 2 sudu madu lebah + 1-2 cubit H/Sawda atau 1-2 sudu pati Habbatus Sawda’. Petang sebelum maghrib dan malam sebelum tidur.
Digalakkan menyapu atau menggosok minyak/pati Habbatus Sawda’ ke bahagian sekeliling testis (telur), sebelum tidur, setiap malam.

Antara langkah yang perlu dibuat (first aid) jika pesakit merasa sakit, baringkan pesakit, luruskan kaki kemudian disilangkan dan ditolak, usaha sebaik mungkin sehingga sampai ke dada.
Ulangi langkah ini beberapa kali (Gilirkan kaki kanan di atas kaki kiri, kemudian kaki kiri di atas kaki kanan) sehingga pesakit lega atau terkentut (sebaiknya).


InsyaALLAH Tohour.

Kurangkan pengambilan kafein (Teh, kopi, nescafe), kerana ianya akan berisiko bertambahnya penyakit tersebut dan kurang kesan ubat kepada pesakit, terutamanya jika sudah berumur.
Kurangkan pemakanan yang bersifat sejuk dan angin, seperti buah tembikai, labu (kuning), kubis, cili dan lain-lain lagi.

InsyaALLAH, sekadarnya secara ringkas ‘first aid’ bagi masalah hernia atau angin pasang atau uluran.
Semoga dipermudahkan ALLAH.

Wassalam.

4 comments:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu kelantan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh sngt tu.. dekat pahang temerloh takde ke org bole buat

      Padam
  3. Uluran ni satu sahaja rawatan dia iaitu melalui pembedahan untuk menguatkan balik dinding abdominal. Selain dari itu,Allahualam

    BalasPadam

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top