Ramai dikalangan ibu moden masa kini teruja untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Namun seiring dengan niat murni itu ibu juga haruslah mengetahui faedah dan kelebihan susu ibu supaya ia menjadi satu motivasi buat ibu-ibu moden agar meneruskan menyusu secara eksklusif sehingga bayi mencapai umur 2 tahun dan lebih.

Kelebihan susu ibu untuk bayi

  • Penghadaman yang mudah 
Susu ibu sempurna, mudah dihadam, dan dapat digunakan dengan cepat oleh tubuh bayi. Bayi yang diberi susu formula atau nestum, sistem pencernaan akan terganggu dimana penyerapannya menjadi perlahan dan sukar dicerna kerana kandungan protein didalam susu tersebut.




  • Menggalakkan tumbesaran dan Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
Kandungan protein dalam susu ibu amat sempurna dan mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.





  • Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan
Susu ibu lengkap dengan nutrisi yang diperlukan bayi. Ada juga ibu yang beri anak air masak. Sebenarnya air masak tidak diperlu oleh bayi sehingga umur 6 bulan. Air kosong merbahaya, mengurangkan nutrisi yang diterima bayi dan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada bayi.

  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
Wujudnya banyak gula tambahan di dalam susu formula dan keadaan ini sangat merbahaya kepada buah pinggang bayi. 


  • Kurangkan masalah pergigian dan ortodontik
Susu ibu adalah yang terbaik dan sangat sesuai dengan perkembangan dan tumbesaran bayi dari usia 0 sehingga 2 tahun. Kandungan makanan, gula yang tinggi dan kurang kalsium yang diberi selain dari susu ibu boleh menyebabkan masalah gigi mudah rosak dan reput.


  • Mengurangkan risiko kepada alahan
Kandungan susu ibu dapat memberi perlindungan dan menguatkan imun bayi supaya tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit dan alahan-alahan lain.



  • Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
Susu ibu tidak mudah basi, malahan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan susu formula.



  • Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
Susu ibu mengandungi karbohidrat, protein, mineral,natruim, kalsium, magnesium, galaktosa, glukosa dan lain-lain lagi. Kesemua kandungan ini adalah untuk pertumbuhan dan tumbesaran tubuh bayi dari segi iq,tulang, menguatkan imun dan sebagainya.

Kelebihan kepada ibu yang menyusu bayi

1. Mengembalikan berat badan yang ideal (hehe ini betul2 terjadi pada saya)
2. Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan Ibu yang baru melahirkan digalakkan menyusu anak sekerap mungkin, selain daripada mengecutkan rahim, air susu akan bertambah seiring dengan permintaan bayi anda.   
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
5. Menjimatkan masa dan wang
6. Mudah dan tidak perlu persediaan (boleh menyusu bayi direct dimana saja berada dan tidak perlu menyediakan bakul susu,termos dan sebagainya)
7. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.


susu ibu terbaik

p/s : Ibu yang menyusu anak juga dilarang mengambil jamu, ini kerana terdapat kesan sampingan kepada ibu dan anak. Sekiranya anak ada kuning, kuning anak lambat turun. Jamu bersifat panas, apabila anak menyusu panas bahan dari jamu akan dipindahkan kepada anak(mata anak sentiasa bertahi mata, merah dan melekat). Selain itu ibu yang makan jamu air susunya akan menjadi berkurangan disebabkan kesan jamu kepada badan ibu, tambahan pula jamu-jamu yang berada dipasaran sekarang mempunyai kandungan steroid. Ini merbahaya jika ibu mengambil untuk jangka masa yang panjang. Jadi better kita ambil supliment atau vitamin yang sesuai sepanjang berpantang. Baik untuk ibu dan tidak memberi kesan kepada anak dan kesihatan ibu berada ditahap yang optimum sepanjang berpantang.


Hubungi Saya untuk dapatkan harga yang menarik, tempahan dan pembelian produk Shaklee dan konsultasi percuma pada bila-bila masa.

huda
014-5075708
www.inspirasihuda.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top