Ada Apa Dengan Shaklee Basic H2

basic h2, pencuci, serbaguna, semulajadi, vitamin, calar, serannga

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate

 
Umum mengetahui keberkesanan produk Shaklee Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dalam menangani kotoran sangat berkesan. Kotoran seperti minyak, sisa makanan dan tompokan susu. Kotoran pada bahagian tertentu seperti gril, tingkap dan bahagian permukaan dapat disental dengan berkesan. Namun, tidak ramai yang tahu pencuci untuk penjagaan rumah Basic H2 ini juga dapat hilangkan calar pada kereta dan kenderaan lain serta dapat menghapuskan serangga dengan selamat.
 
Semalam berpeluang mengisi masa cuti hujung minggu untuk menziarahi ibu bapa di kampung halaman. Selain membantu urusan di dapur, tempoh cuti minggu ini digunakan juga untuk mencuci kereta dan menyiram pohon bunga di kediaman ibu bapa. Dari segi penggunaan produk pencuci, ibu ternyata memilih produk Shaklee Basic H2 yang selamat dan berkesan.
 
Katakan tidak pada sebarang kotoran, bukan sahaja di dalam rumah, bahkan pada kenderaan juga seharusnya bersih dan menyenangkan. Kesan kotoran pada kenderaan seperti kereta seharusnya dicuci dengan pencuci yang inovatif, menjimatkan, berkesan dan paling penting ianya selamat. Kesan calar kecil pada permukaan kenderaan juga memberi kesan yang kurang menyenangkan. Pencuci Shaklee Bacic H2 memberi rumusan dan penyelesaian terbaik.
 

Mencuci kereta bersama anak-anak dengan Shaklee Basic H2

 
Saat paling menyeronokkan bagi anak-anak antaranya membasuh kereta bersama-sama. Walaupun cucian mereka tidak seberapa, namun itu juga merupakan aktiviti yang merapatkan hubungan kekeluargaan. Dengan menggunakan Shaklee Basic H2, kesan kotoran pada kereta dapat ditanggalkan menjadikan kereta lebih bersih dan bersinar.
 
http://inspirasihuda.blogspot.my/2014/04/diet-dari-sekarang-kalau-nak-dapat-baju.html
 
Kesan calar halus seperti cakar kucing pada permukaan kereta juga dapat disental dengan pencuci Shaklee Basic H2.  Akhirnya kesan calar halus dapat dikurangkan dan dapat ditanggalkan dengan berkesan. Kesan tompokan kotoran seperti cat, minyak dan sebagainya pada kenderaan yang berpunca dari pergeseran juga dapat ditanggalkan dengan Shaklee Basic H2.
 
Tidak semua kesan calar dapat ditanggalkan dengan Shaklee Basic H2, jika calar yang teruk seperti akibat kemalangan sehingga menanggalkan cat pada kenderaan, ia tidak dapat 'diselamatkan' lagi walaupun dengan pencuci yang menjimatkan ini.
 

Shaklee Basic H2 menjimatkan penggunaan air basuhan

 
Kelainan yang ada pada Shaklee Basic H2 ini antaranya menjimatkan kuantiti penggunaan cucian dan menjimatkan penggunaan air. Shaklee Basic H2 adalah cecair pekat yang hanya digunakan dengan beberapa titisan ke dalam air basuhan. Kesan penjimatannya sangat luar biasa dan dapat digunakan untuk tempoh yang lama.
 
Pencuci Shaklee Basic H2 ini juga bertindak 'melembutkan air' di mana-mana bahagian permukaan. Zarah air akan menjadi nipis dan meresap ke dalam setiap permukaan sebagai contoh kotoran. Pencuci biasa tidak dapat menembusi ke dalam permukaan bahan kotoran mengakibatkan kesan kotoran seperti debu kelihatan pada permukaan kenderaan selepas dibasuh.
 
Berbeza dengan Shaklee Basic H2, pencuci ini dapat melembutkan air dan memasuki ke dala setiap kotoran dan memecahkannya. Hasilnya, kesan kotoran tidak akan  kelihatan bertakung dalam air sabun di permukaan kenderaan dan ini akan menjimatkan penggunaan air.
 
Penggunaan air untuk bilas menjadi lebih jimat kerana kotoran tidak terperangkap dalam air cucian di permukaan kenderaan yang boleh meninggalkan kesan kotoran selepas dibilas, tetapi dengan Shaklee Basic H2, kotoran tersebut terperangkap dalam zarah kecil air cucian dan akan hilang dengan segera sebaik saja dibilas dengan air biasa.
 
Tiada lagi bilasan banyak kali kerana kesan air sabun yang mengandungi kotoran seperti debu sabun tidak melekat pada permukaan kenderaan selepas dicuci menggunakan Shaklee Basic H2. Harga menjimatkan dan boleh simpan lama kerana hanya menggunakan beberapa titsan pencuci Shaklee Basic H2 setiap kali cucian.
 

Shaklee Basic H2 hapuskan serangga dengan selamat (bukan racun)

 
Perkataan 'menghapuskan' digunakan oleh produk pencuci kadangkala  membawa mesej kandungan pencuci mempunyai racun. Sebenarnya tidak begitu. Kesan 'menghapuskan' yang dimaksudkan disini ialah keupayaan pencuci Shaklee Basic H2 menyerap ke dalam zarah-zarah kecil di permukaan air dan melembutkan air menjadi lebih halus.
 
Apabila molekul air menjadi lebih halus, ia memudahkan menyerapan ke dalam permukaan badan serangga. Serangga hanya mati disebabkan kelemasan, bukan keracunan. Air biasa tidak akan dapat memasuki liang-liang kecil serangga, ia hanya berada di lapisan luar badan serangga.
 

Shaklee Basic H2 tidak merosakkan tanaman

 
Membantu ibu menyiram pohon bunga kesukaan beliau dengan lebihan pencuci basuhan kereta Shaklee Basic H2 dapat mengurangkan kemusnahan yang dibawa serangga perosak. Shaklee Basic H2 tidak merosakkan tanaman, sebaliknya membantu menyegarkan tanaman dengan aliran air yang menyerap ke dalam permukaan tanaman.
 
 
Shaklee Basic H2 diperbuat dari lebihan vitamin untuk kegunaan suplemen. Sudah tentu tanaman juga akan lebih 'mesra' dengan bahan semulajadi seperti vitamin. Ia selamat dan boleh digunakan untuk mencuci sayur-sayuran. Kesan mencuci sayuran dapat dilihat apabila sayur lebih segar berbanding layu. Pencuci serba guna ini 100% diperbuat dari bahan organik.
 
Ibu, pohon bunga orkid ibu makin segar selepas disiram dengan pencuci bervitamin Shaklee Basic H2 -Nurul Huda
 

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee?


Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.
 
InspirasiHuda~
Your Trusted Shaklee Consultant!
ShakleeID 883327 | 014 507 5708   
 

4 comments:

  1. wah..tak sangka shaklee pun ada untuk produk basuh kereta..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jie Susanos, Basic H2 untuk pelbagai kegunaan, formula melembutkan air jadi perhatian.

      Padam
  2. calar yang sedikit memang boleh dihilangkan tetapi calar yang dalam perlu dicat semula..

    itu lah kelebihan pencuci pelbagai guna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu Hero Borneo, kadang2 bukan calar sangat pun, tapi bahan lain yg melekat pada permukaan seperti minyak dan cat disebabkan pergeseran.

      Padam

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top