Alhamdulillah. Hasil dalam kelas online semalam, kami bincangkan berkenaan tentang Vita Lea. Kami bincangkan satu persatu tentang manfaat utama Vita Lea ni. Lepas tu kami huraikan satu-satu dan anda tahu apa berlaku? Ada di antara kami baru tahu tentang khasiat Vita Lea ini sendiri walaupun dah lama mengamalkannya. Ada pula yang tidak pernah cuba tapi bila dah bincangkan semua manfaat Vita Lea, dia bercadang untuk mencubanya lalu mulai menyemai rasa cinta itu dengan Vita Lea.
Syukurrrrr, Makin banyak yang jatuh cinta dengan Vita Lea ni. Begitu juga saya. Memang peneman di kala menjamu selera. Tak akan tertinggal. Hehehe.
Baiklah. Saya mula kupaskan satu persatu berkaitan manfaat utama Vita Lea ni ok?
Antara manfaat utama Vita Lea adalah:
Bagaimanakah Vita Lea ini berfungsi sebagai penambah tenaga segera? Ada siapa tahu jawapannya? Saya kupaskan di sini.
Tahukah anda kandungan Vita Lea ini? Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting. Tak tahu kan? Ni saya nak bagitahu bahawa oleh sebab kandungan Vita Lea ni mengandungi 12 vitamin dan 7 jenis mineral la membuatkan ia sebagai penambah tenaga segara. Ok, Sebagai contoh, jika anda telan 2 biji Vita Lea ni sehari, anda akan rasa luar biasa bertenaga sebab ia mengandungi Vitamin B1, B2 dan B3 yang berfungsi menukarkan makanan sebagai tenaga. Selain itu ia juga memperkasakan memori kita dan untuk kecerdasan mental.
Kandungan Vitamin B1 ini membantu membina dan meransang peredaran darah yang baik. Selain membantu tumbesaran kita, vitamin B1 ini juga membantu mengatasi masalah keresahan. Jika ada di antara anda yang menghidap penyakit Herpes Zooster, vitamin B1 ini membantu anda dengan mengurangkan petanda Herpes Zooster ini. Seronokkan? Lepas ni tak ada lagi malu-malu dah sebab dibantu oleh vitamin B1 ini tadi.

Kandungan vitamin B2 ini pula membantu anda yang punyai penyakit anemia di mana anda kekurangan hemoglobin dalam darah. Selain itu, ia juga membantu untuk mengelakkan keletihan mata dan penyakit katarak. Sebagai info tambahan, katarak adalah sejenis penyakit kerosakan mata di mana kanta mata berselaput dan menjadi rabun menyebabkan kanta mata menjadi keruh dan penglihatan seseroang itu menjadi kabur dan cahaya tidak dapat menembusinya. Selain itu, kehadiran vitamin B2 di dalam satu biji Vita Lea ini membantu dari mendapatkan jangkitan lidah dan mulut serta mengelakkan kekejangan otot.

Seterusnya berkenaan dengan vitamin B3 yang berfungsi untuk menghasilkan hormon selain dapat meransang peredaran darah yang baik. Vitamin B3 ini bagus untuk perut dan usus yang mana ia membantu daripada terkena cirit -birit yang teruk. Ia juga dapat merawat kepeningan dan mengelakkan seseorang daripada migrain. Bagi anda yang mempunyai masalah nafas berbau, vitamin B3 yang terkandung dalam Vita Lea ini membantu masalah anda selain bekerja untuk memulihkan ulser mulut.



.jpg)
.jpg)
Bagaimana cara Vita Lea ni melindungi organ-organ kita? Haaaaa. Rahsia terbongkar apabila mendapat kandungan Vita Lea ini 'terselit' Biotin. Di mana melindungi organ mata kita untuk mengelakkan rabun mata.
Selain itu, Vita Lea juga mengandungi kalsium yang berfungsi untuk menyihatkan gigi dan memperkasakan tulang. Ia juga mengekalkan kadar degupan jantung kita setiap hari dengan setiap pengambilan Vita Lea. Juga mencegah daripada penyakit osteoporosis iaitu penyakit tulang lembut.
Kandungan iodin di dalam setiap tablet Vita Lea ini baik untuk melindungi tiroid kita. Ia sekaligus membina ligamen / otot dan memelihara kesinambungan tisu-tisu di dalam badan kita. Tambahan pula, kandungan Magnesium yang ada dalam sebiji Vita Lea adalah untuk kesihatan tulang dan gigi yang sempurna. Magnesium juga melindungi jantung, buah pinggang dan hati untuk mencegah daripada mendapat penyakit.
Fosforus juga berfungsi untuk melindungi tulang dengan meingkatkan kepadatan tulang dan untuk mencegah pereputan tulang. :)
.jpg)
Inilah kelebihan Vita Lea di mana ia mengandungi vita A, vita E dan vita C! Seronokkan? Ketiga-tiga vitamin ni berfungsi serentak sebagai anti-oksidan. Hehe. Vitamin A ni membantu kulit kita menjadi lebih sihat. Manakala vitamin E ni pula memejalkan kulit kita dengan membantu menegangkan kulit. Di samping boleh menyerikan kulit kita, vita E ni juga membantu untuk menghilangkan parut. Anda selalu dapat parutkan lepas jerawat tumbuh dan kecut? Vita Lea lah jawabnya. Hihi. Tidak ketinggalakn vitamin C yang memang sinonim untuk kecantikan kulit. Yang paling best, ia meransang formasi KOLAGEN! Vitamin C pun ada kandungan kolagen! Giler tak best kan? Tambah lagi kolagen Shaklee, memang glowing-glowing lah muka anda semua nanti. Terbaiklah! :)
.jpg)
Wahhh. Panjang pula fungsi ni. Hihi. Tak apa kita akan tetap kupaskan fungsi ini. Hehe. Bagaimana ia membantu ibu hamil dan menyusukan anak ni? Ini adalah kerana kehadiran Asid Folik dalam Vita Lea ini. Ia membantu menyihatkan fetus iaitu janin dalam rahim ibu. Asid Folik juga meransang pengeluaran susu badan si ibu dengan lebih banyak dan berkhasiat untuk si manja. Untunglaaa bayi tu kalau si ibu dia mengamalkan Vita Lea ni. Rugi saya sebab semasa saya lahir, tiada siapa pun tahu tentang Shaklee ni sedangkan Vita Lea dah nak masuk umur yan ke-100 tahun hadapan.Terasa rugi pula mak saya tak kenal Shaklee masa tu. Hehehe.
.jpg)
Ibu yang hamil juga kadang-kadang dapat anemia semasa hamil. Oleh sebab itu, ibu hamil di sarankan untuk mengamalkan Vita Lea ni kerana kandungan vitamin B2 membantu mencegah anemia. Kandungan vitamin B12 juga boleh membantu pertumbuhan fetus selain dapat mencegah anemia semasa hamil. Haaa. Jadi ibu-ibu yang hamil dan tengah menyusukan anak, cubalah Vita Lea sebotol. Tahan 4 bulan tu. Lama betul. Berbaloi-baloi. :)
.jpg)
Macam mana Vita Lea boleh membantu penyerapan vitamin dan mineral yang lebih efektif dalam badan kita? Haaa. Tadi dah kupaskan pada awal-awal bab ni. Untuk pengetahuan, badan kita ini terdiri daripada sel-sel. Sumber asas sel ini adalah protein. Makanan kepada sel ada multivitamin. Sel ini benda hidup jadi ia perlukan makanan untuk terus hidup. Multivitamin sangat penting untuk tumbesaran sel yang bagus dan sempurna. Kalau takda makan. tak hidup elok lah sel dalam badan kita. Betul tak? Jadi, sel yang sihat juga mempengaruhi kadar penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektifkan? Semua bermula dari yang sihat, barulah penyerapan terbaik akan berlaku.
.jpg)
Alhamdulillah. Sekarang anda semua dah tahu kan apa manfaat utama Vita Lea dari Shaklee ini yang sangat hebat dipersada dunia? Sampai menggegarkan dunia kerana sudah 'bertapak' hampir 100 tahun. Tahun depan genaplah umur 100 tahun Vita Lea ni. Hehe. Nampak tak kehebatan Vita Lea ni bila anda baca fungsi-fungsinya? Terus dapat buat anda jatuh cinta kan? Hehe. Ini saya kongsikan serba sedikit tentang fungsinya. Mungkin ada di antara tidak tahu tentang khasiat Vita Lea ni kan? Malah ada Shaklee Independent Distributor juga tidak tahu tentang hebatnya Vita Lea. Hehe. Sekarang selesai tugas saya untuk share kepada anda. Semoga bermanfaat dan saya mengharapkan readers yang baca entry ini mengamalkan Vita Lea mulai saat ini sebab anda dah tahu khasiatnya bukan? Bagi yang belum mencuba dan ingin mencuba, jangan malu jangan sengan hubungi saya ok? Rumah saya terbuka luas untuk tetamu istimewa seperti anda.
Pastikan hidup anda lebih sihat bersama Vita Lea Shaklee iaitu Multivitamin dan Multimineral terhebat dunia! Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya di whatsapp. Ada kemusykilan atau pertanyaan boleh berbuat demikian.
Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Vitalea is the best..tips yg nutrition shaklee bagi kalau nak penyerapan lebih cepat..ketuk2 dulu tablet sebelum telan
BalasPadamYe k.ju..terima kasih atas info
PadamWah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kebaikan Multivitamin
BalasPadamLove vetalea
BalasPadam