Assalamualaikum wbt...selamat pagi buat pembaca yang budiman.Terima kasih kerana masih sudi melawat kesini.Pagi ini huda rasa terpanggil nak berkongsi dengan para pembaca.semalam kawan huda mesej..

"Sekarang amy tengah hamil anak kedua,alhamdulillah dah nak masuk 6bulan.Kini masalah buasir datang kembali,kalau dulu kena buasir semasa usia kandungan 7bulan,lepas konsisten amalkan omega,oste dan ostematrix,sembuh sepenuhnya.Mungkin masalah buasir tidak teruk sangat,jadi..cepat baik.

Apa yang amy perasan..bila tak jaga makan,mulala ia datang balik..Alhamdulillah...sekarang memang tidak tinggal ambil oste,omega dan zinc,ada perubahan sikit".

ibu2...jangan pelik kalau masalah itu datang kembali semasa kehamilan yang berikutnya.konsistenlah mengambil suplement dan jaga pemakanan.mencegah itu lebih baik dari merawat..bila dah teruk,masalah ini bukan boleh sembuh dengan mudah.Supplement hanya membantu mempercepatkan penyembuhan luka,dan mengelak kita dari terkena penyakit.Jika masalah ini berlarutan,berjumpalah dengan doktor,minta nasihat pakar.

Disini huda selitkan..apa fungsi Ostematrix,omegaguard dan zinc dalam membantu mengurangkan masalah sembelit,sekaligus memberi perubahan yang lebih baik..



OSTEMATRIX : Ostematrix ni kalsium,bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Disini saya sediakan testimoni mereka yang dah mengambil set buasir.

 
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa pula kata doktor berkaitan masalah buasir ibu hamil nie??huda bawakan teks dr. zubaidi hj Ahmad

Perlukah Buasir Ketika Hamil Dibedah?


Wanita yang hamil adalah wanita yang seharusnya sihat. Mereka bukan
pesakit. Kehamilan adalah proses fisiologi yang sihat. Orang tidak
pernah hamil dikatakan tidak mempunyai proses fisiologi yang normal.
Namun orang yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit akibat
kehamilannya.

Antara penyakit yang mudah dialami oleh wanita yang hamil ialah buasir.
Ia adalah penyakit yang boleh dielakkan jika dari awal, seseorang
berhati-hati menjaga kesihatan dirinya. Namun apabila telah ditimpa
penyakit, banyaklah bersabar dan berusahalah untuk mendapat rawatan yang
sesuai.

Saya mendapat email dari seorang wanita yang hamil dan mengalami
penyakit buasir.

“Assalammualaikum, saya berusia 27 tahun, sekarang hamil 25 minggu.
pada 19.10.11 saya mengalami BUASIR dan ‘ketumbuhan’ itu masih boleh
ditolak masuk dubur, tetapi ia keluar dengan sendirinya. Keesokan
paginya (20.10.11) ia menjadi bengkak dan sakit sehingga tak boleh
ditolak masuk semula.

Selepas pemeriksaan di klinik, doktor membekalkan saya ubat
suppositori. Namun saya masih mengalami sakit yang tidak tertahan
sehingga menyukarkan pergerakan.

Pada 25.10.11, saya dirujuk ke hospital kerana sakit tidak berkurangan.
Setelah diperiksa pakar bedah, saya didiagnosakan sebagai “*trombosed
haemorrhoid stage II*”. Doktor pakar surgeri cuba memasukkan semula
buasir yg bengkak,tetapi tidak berjaya. Saya diberi ubat lactoluse
kerana 3 hari tidak buang air besar dan dinasihatkan mengamalkan diet
bubur.

Pada 26.10.11,saya membuang air besar 4 kali, najis lembut berwarna
hijau dan kelabu dan tiada darah lagi. Sakit pada dubur semakin
berkurangan selepas disapu dengan sapuan topikal. Akhirnya dibenarkan
keluar dan dibekalkan tablet daflon, beserta liquid parafin. Sakit hilang,

Walaupun tidak lagi sakit, tetapi saya masih berasa pedih sedikit
selepas buang air besar. Namun buasir tidak boleh dimasukkan semula.

Doktor, adakah saya perlu  rujuk pakar bedah semula kerana buasir masih
tidak boleh dimasukkan semula walaupun tidak sakit dan tiada darah.
adakah keadaan ini akan berlanjutan sehingga saya melahirkan nanti?

Harap dr dapat menjawab soalan saya,keadaan ini membuatkan saya stress
ditambah lagi baru kehilangan arwah bapa akibat barah usus.Sekian,terima
kasih”.

*Wanita hamil, Klang*



Tidak ada ayat yang dapat melegakan kesakitan fizikal dan emosi yang
dihadapi oleh beliau. Namun percayalah bahawa setiap ujian diberikan
berbentuk penyakit dan kerisauan akan dibalas dengan kebaikan oleh
Allah. Sesungguhnya, setiap manusia diuji dengan pelbagai ujian bagi
menguji setakat mana keimanan mereka.

Penyakit buasir atau “/hemorrhoids/” biasanya dihadapi oleh mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Mereka mudah mendapat penyakit ini berbanding dengan orang muda. Tetapi buasir boleh juga disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah faktor keturunan, sembelit, kehamilan, dan aktiviti mengangkat berat.



Hemorrhoids boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. *’Internal
haemorrhoid’* berlaku apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur.

Sementara ‘*external haemorrhoids’* pula berasal dari kawasan
sekeliling lubang dubur. Buasir yang disebabkan oleh internal
hemorrhoids boleh berdarah dari dalam saluran dubur dan ‘terkeluar’(prolapse). Pesakit boleh merasa ada ‘ketumbuhan’ di luar lubang dubur(anus) mereka terutama ketika buang air besar.

Internal hemorrhoids boleh dibahagikan kepada 4 bahagian (stage).

Stage I: Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar

Stage II: Buasir terkeluar dan boleh dimasukkan semula dengan sendirinya , sama ada berdarah atau tidak

Stage III: Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, sama ada berdarah atau tidak

Stage IV: Terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula.

Pembahagian ini perlu difahami kerana doktor akan merawat buasir
mengikut tahap serius buasir itu. Malangnya saya tidak memeriksa pesakit dan saya mengharapkan agar apa yang saya tulis ini akan membantu pesakit ketika berbincang dengan doktor yang merawat nanti.

Kalau mengikut cerita yang diberikan, saya percaya buasir yang puan hadapi telah memasuki stage III atau stage IV kerana buasir itu tidak boleh dimasukkan lagi. Jika boleh pun, ia agak sukar.

Isu yang dihadapi bukanlah isu sama ada buasir itu keluar atau tidak,tetapi pesakit tidak dapat menanggung lagi kesakitan. Kesakitan buasir di sekitar lubang dubur disebabkan oleh pembekuan darah (thrombosis)dalam buasir. Darah yang beku ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kuman dan bernanah.

Selalu juga pesakit yang berjumpa saya mengadu lubang dubur mereka gatal akibat ada lendiran yang keluar dari situ. Ini tentunya akan menyebabkan jangkitan kuman yang agak teruk nanti. Oleh itu haruslah dibersihkan dengan cara melakukan *teknik sitz-bath*. Caranya ialah dengan duduk dalam basin yang mengandungi rendaman yang dicampurkan ubat bagi membersihkan lubang dubur dari jangkitan kuman.

Buasir di peringkat awal, dirawat secara konservatif iaitu dengan
memberikan ubat-ubat seperti ubat mengurangkan sembelit, ointments atau suppository yang dimasukkan ke dalam lubang dubur. Pada kebiasaannya doktor tidak melakukan pembedahan besar terhadap pesakit yang mengalami buasir yang boleh dimasukkan semula.

Pembedahan ringkas ‘daycare’ hanya dilakukan pada pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan akibat buasirnya dan ubat-ubatan yang diberikan tidak lagi memberikan kesan yang baik. Pembedahan ringkas seperti ini sesuai untuk pesakit buasir Stage I, II, atau III.



Antara yang boleh dilakukan ialah *infrared coagulation*, suntikan pada buasir atau mengikat buasir dengan teknik *rubber banding*. Selalunya pesakit buasir pada Stage I dan II akan mendapat kesembuhan. Bagi stage III, buasir boleh berulang.

Walau bagaimana pun, buasir yang sakit atau terdapat pendarahan haruslah berjumpa dengan doktor pakar yang memeriksa. Tidak kiralah sama ada ia masih diperingkat awal, eg stage I atau stage II. Doktor pakar akan menentukan sama pesakit sama perlu dibedah atau tidak. Masalah ini bertambah sukar memandangkan pesakit sedang hamil sekarang.

Jadi perbincangan antara doktor dan pesakit amat penting kerana doktor akan menimbang manfaat dan kemudharatan. Apakah pembedahan besar ketika hamil memberikan manfaat? Atau adakah lebih baik dibiarkan pesakit menderita kesakitan sehingga melahirkan anak, memandangkan kemudaratan lebih besar bagi bayi yang berada dalam rahem? Soalan ini sukar saya jawab kerana pertimbangan antara manfaat dan mudharat hanya boleh dilakukan oleh doktor yang merawat.

Pada kebiasaannya, pembedahan yang lebih besar seperti
*haemorrhoidectomy *harus dilakukan kepada pesakit buasir pada  Stage III atau IV hemorrhoids.



Ketika dibius pengsan, doktor boleh melakukan pemeriksaan usus colon jika  pesakit bimbang akan risiko kanser usus besar (colon) sepertimana yang dihadapi oleh arwah bapa beliau dengan teknik flexible sigmoidoscopy.

Luka pembedahan buasir tidak dijahit dan biarkan begitu saja bagi
mengelakkan nanah berkumpul pada luka pembedahan. Namun ada juga
beberapa benang yang mungkin dijahitkan, bertujuan untuk mengurang
pendarahan yang teruk selepas pembedahan.



Risiko yang biasa dihadapi selepas pembedahan ialah pendarahan dan
jangkitan kuman. Pesakit juga kadang kala merasa sakit yang kuat apabila otot dubur mengecut. Kadang kala pesakit tidak buang air besar dan tidak selera makan kerana takut untuk membuang najis dan merasa sakit.



Luka selepas pembedahan akan sembuh antara dua minggu hingga sebulan. Jadi sepanjang tempuh ini, pesakit masih menderita kesakitan.

Jadi sama ada wajar atau tidak pembedahan dilakukan, adalah isu yang harus dibincangkan dengan doktor pakar. Pembedahan tidak akan melegakan kesakitan kerana proses penyembuhan memakan masa yang agak lama.

Walaubagaimanapun, kesengsaraan itu akan berakhir apabila luka
pembedahan itu telah sembuh.

Wa allahu a’lam.



Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (031111)

Rujukan:

 1. Kaidar-Person O, Person B, Wexner SD. Hemorrhoidal disease: A
    comprehensive review. J Am Coll Surg. 2007 Jan;204(1):102-17.
 2. Senagore AJ. “Surgical management of hemorrhoids”. J Gastrointest
    Surg. 2002 May-Jun;6(3):295-8.
-------------------------------------------------------------------------
Ada ke cara lain nak merawat masalah buasir ni????
jom ikuti lagi perbincangan disini.

Apa itu buasir?

Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul
yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda.

Simptom-simptom lain yang boleh dikesan adalah:

  * Darah merah terang selepas anda membuang air.
  * Gatal di sekeliling dubur.


    Mengapakah wanita hamil mengalami buasir?

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar .Inilah
sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil.

 Sembelit
satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga bolehmenyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi.

Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan.Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semasa mereka hamil.

Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor.


    Bolehkah saya mengelakkan buasir?

Ya. Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh
dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit,supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah.

Tip-tip berikut akan membantu anda:

  * Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

   cara-mudah-untuk-makan-lebih-banyak-buah-buahan-dan-sayur-sayuran.
  * Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  
  * Cuba bersenam dengan kerap
    senaman-yang-disarankan-sepanjang-tempoh-kehamilan>
    walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan

  * Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.

  * Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.

Membuat senaman lantai pelvis
setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Anda juga mungkin mendapati tip-tip mengelakkan urat simpul (vena
varikos)


    Bagaimanakah saya boleh merawat buasir?

Kaedah di atas akan membantu anda mengurangkan buasir. Tetapi anda
mungkin perlu mencuba kaedah lain juga:

  * Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari
    menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih
    teruk.
  * Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di
    sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  * Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas
    anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut
    atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu
    tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  * Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan
    menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.


Anda juga boleh minta doktor anda mempriskripsikan ubat sapu yang lembut atau ubat jenis supositori (yang perlu dimasukkan ke dalam dubur) untuk melegakan kesakitan. Terdapat banyak produk di pasaran untuk merawat buasir, tetapi periksa dahulu jika ianya selamat diguna semasa hamil.

Jika ubat krim dan supositori tidak membantu, kes-kes yang teruk boleh dirawat dengan:

  * mengikat dasar buasir itu dengan sejenis gelang getah. Ini akan
    menghalang darah daripada sampai ke bahagian itu dan membuatnya
    mengecut.
  * Suntikan dengan bahan kimia yang menyebabkan buasir itu kecut dan jatuh.
  * Cahaya inframerah.

Dalam kebanyakan kes, buasir akan kecut atau hilang dengan sendiri
apabila badan anda sembuh selepas melahirkan bayi.
----------------------------------------------------------------------------
Apa yang boleh huda cadangkan ...jika masalah buasir masih diperingkat baru,bolehla berikhtiar dengan mengambil supplement shaklee,

OSTEMATRIX : Ostematrix ni kalsium,bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


serta menggunakan krim herbal blend untuk sapu dikawasan daging yang terkeluar dari anus.



Thanks for reading! :)
semoga bermanfaat...
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi huda untuk  FREE CONSULTATION
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee??klik dibawah.
HUDA | 014-5075708


0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top