cara menyusu bayi
Assalamualaikum wbt....salam ceria buat pembaca semua..Hari ni huda rasa terpanggil nak berkongsi tips dan posisi menyusukan bayi dengan betul..Mungkin ramai bakal-bakal ibu tidak tahu.Seperti huda dulu,lepas je bersalinkan anak sulung ( adam danial) terkial2 jugak nak menyusu.
Apa yang huda tahu masa tu teknik memangku je.Bila tengok akak sebelah menyusu sambil baring,barulah cuba buat jugak..Masa tu lebih selesa menyusu sambil baring,sebab tak perlu bangun dan bergerak banyak..luka jahitan banyak masa tu..first time rasa sakit lepas bersalin kannn...hihi..imbas pengalaman bersalin pulak.
ok..jom kita tengok cara menyusu..
kedudukan badan
* Pastikan ibu selesa.Ibu boleh duduk bersandar diatas katil atau kerusi dengan kepala bayi diatas lengan ibu.
* Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah bayi mencapai puting untuk menyusu,jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
* Gunakan bantal untuk bersandar bagi menyokong ibu dan bayi semasa proses penyusuan.
Cara mendukung bayi
* kepala,tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
* Muka bayi menghadap payudara,hidung bayi bertentangan dengan puting payudara ibu.
* Bayi rapat dengan ibu dimana punggung,kepala dan bahu bayi diampu.
Cara memegang payudara
* Cara yang betul adalah pegangan C iaitu ibu jari diatas puting dan jari lain dibawah puting.
* Cara yang salah adalah pegangan gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk diatas puting dan jari lain dibawah puting.
Cara penyusuan
* Sentuh bibir bayi,tunggu mulutnya terbuka luas.
* Gerakkan badan bayi kearah payudara.
* Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara.
Posisi penyusuan bayi
Posisi dakapan
# Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar.
# Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepalanya.
# Pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya.
Posisi Football Hold
# Ibu duduk memangku bayi dengan lengan dimana muka dan kepala bayi menghadap payudara.
Posisi beralih payudara
# Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi dengan beralih payudara.ibu juga boleh mengawal kepala bayi.
Posisi baring
# Bayi baring mengiring menghadap ibunya.seluruh bada melekap dekat ibu.
Ramai juga ibu yang tidak tahu Cara pelekapan yang betul semasa menyusukan bayi..sama macam huda dulu..salah cara pelekapan boleh sebabkan puting sakit dan luka taw...
Jom kita tengok cara pelekapan yang betul..
Cara pelekapan yang betul
^ Mulut bayi terbuka luas
^ Dagu bayi mencecah payudara
^ Bibir melekup keluar
^ Pipi bayi gelembung
^ Payudara nampak penuh dan bulat
^ Ibu dapat mendengar nada hisapan bayi
Cara pelekapan yang salah
^ Dagu bayi jauh
^ Tidak banyak areola (bahagian payudara yang berwarna hitam) masuk kedalam mulut bayi
^ Dagu tidak menyentuh payudara
^ Ibu rasa sakit
^ Payudara boleh bengkak dan puting luka.
cara menyusu bayi kembar
Pokok pangkal nak berjaya dalam perjalanan penyusuan kena
UBAH CARA KITA FIKIR !!
Selalu BERSANGKA BAIK DGN ALLAH !!
Vitamin Shaklee dapat membantu penyusuan susu ibu dengan menyediakan NUTRISI LENGKAP yang diperlukan dalam badan ibu.
Bila cukup nutrisi, ibu akan menjadi lebih SIHAT dan CERGAS, tidak stress dan mampu berusaha untuk terus menyusukan bayi.
Perkongsian pengalaman huda bersalin dan berpantang (klik)
Perkongsian pengalaman huda mengandung dan menyusu (klik)
fungsi set mengandung lengkap (klik)
Thanks for reading! :)
semoga bermanfaat...
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi huda untuk FREE CONSULTATION
HUDA | 014-5075708
rasa cam dah lama tak menyusukan anak sendiri
BalasPadamni yang buat teringin nak ada baby ni hehe =)
p/s-jangan lupa buang word verification, susah orang yang datang nak tinggalkan komen =)
Terima kasih ye yana
PadamHi, thank share info ni. mcm2 jenis posisi menyusu, sbb sebelum ni ingatkan satu jenis je .Alhamdulilah boleh share dgn kawan ofis. Ada kawan fb cerita yg susah nk nyusu kan baby bila susu kurang ni..anak asyik nangis malam2 lapar. dgr ada org recommend suruh guna Pump It Milk Booster , sapu2 je boleh tambah susu. nak pulihkan puting luka pun boleh . InshaAllah boleh cuba nnti :)
BalasPadam