Sumber Nutrisi Semulajadi Anugerah Alam

alfalfa, alfalfa complex, shaklee
Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan tumbuhan berkhasiat untuk semua kehidupan. Tumbuhan herba semulajadi yang juga dikenali sebagai Medicago sativa ini menjadi sumber nutrisi penting untuk manusia, haiwan dan tumbuhan lain. Tumbuhan 'Raja Herba' anugerah alam ini mampu hidup sehingga 30 tahun. Memiliki akar tunjang yang mengunjur ke dalam tanah dan mampu mencapai kedalaman sejauh 6 meter untuk menyerap mineral dari dalam tanah sekaligus muncul sebagai tumbuhan yang berupaya mengumpul segala nutrien penting seperti kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium termasuk juga klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin. [1]

 
Alfalfa juga  merupakan tanaman yang berfungsi mengawal pertumbuhan rumpai yang boleh merosakkan tanaman. Struktur tanah untuk aktiviti penanaman juga dapat diperbaiki dengan menanam tumbuhan Alfalfa. Selain itu Alfalfa juga ditanam bagi kaedah penggiliran tanaman kerana keupayaannya mampu mengikat unsur nitrogen dan mengawal serangan tumbuhan liar yang mengganggu proses giliran tanaman seterusnya. [2]

Serangan rumpai antara masalah utama yang berlaku di ladang tanaman. Selain menggunakan Alfalfa untuk mengawal serangan rumpai, penyediaan tanah dan pengurusan air yang sempurna juga memainkan peranan penting. Seperti membuat parit untuk melancarkan lagi sistem pengairan dan saliran. Tahap kedalaman air juga bergantung kepada ketinggian pohon. [3]

 
Tumbuhan Alfalfa apabila meningkat dewasa tidak memerlukan tanah yang basah untuk memelihara persekitaran hidupnya. Akar Alfalfa yang mampu mencapai kedalaman 6 meter ini dapat menyerap segala mineral dan nutrien yang diperlukan oleh semua kehidupan. Oleh itu Alfalfa dapat menyesuaikan diri dengan perubahan suhu dan cuaca sekelilingnya. Bahkan dapat memperbaiki struktur tanah seperti mengurangkan hakisan dan ianya mesra tanaman melalui penambatan nitrogen di udara secara biologi di bahagian akar Alfalfa yang mengandungi bakteria Rhizobium meliloti. Unsur nitrogen ini sangat diperlukan oleh tanaman lain lebih-lebih lagi kandungan nitrogen di tanah, daratan dan lautan sangat sedikit berbanding nitrogen di atmosfera.

Alfalfa boleh disemai secara bersendirian dan boleh juga disemai bersama rumput lain. Benih Alfalfa juga turut dijadikan makanan bagi manusia sebagai tauge. Melalui perkembangan teknologi Alfalfa kini dijadikan sumber nutrisi pemakanan sihat seperti suplemen. [4]
 

Tumbuhan Alfalfa di awal penanaman memerlukan penelitian, ini kerana kebiasaannya Alfalfa di peringkat awal masih lagi lemah dan perlu dilindungi dari ancaman rumpai. Namun setelah berkembang, tanaman ini semakin kuat dan pertumbuhannya berulang.

Usia tumbuhan Alfalfa dipercayai sudah melebihi 6000 tahun bermula penemuannya di Iran. Terdapat banyak tulisan klasik mengaitkannya berasal dari Turkey. Di awal kebudayaan pemerintahan kerajaan Babilon, Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat penting. Ia diikuti Parsi, Yunani dan Rom yang menggunakan Alfalfa sebagai makanan kuda ketika peperangan. Oleh kerana itu istilah nama 'Alfalfa' yang diambil dari perkataan Arab, Parsi dan Kashmir dengan maksud 'makanan kuda terbaik' dan 'kuasa kuda'.

Keberkesanan Alfalfa dalam penanaman semakin berkembang dengan pelbagai jenis Alfalfa disediakan untuk tanaman. Dengan membangunkan pelbagai jenis Alfalfa yang tahan dari penyakit dan serangga perosak, sekaligus mengurangkan penggunaan racun perosak untuk keperluan tanaman.

Alfalfa tidak memerlukan baja nitrogen sebagaimana tumbuhan lain. Alfalfa adalah tanaman yang berupaya menyerap gas nitrogen di udara dan menukarkannya ke dalam tumbuhan nitrogen yang boleh digunakan. Aktiviti penanaman Alfalfa secara bergilir dapat menambah kandungan nitrogen di dalam tanah dan ia dapat memperbaiki struktur tanah untuk persediaan tanaman di masa akan datang. Proses ini dipanggil sebagai pengikatan nitrogen. [5]

Rumusan menarik berkaitan tumbuhan Alfalfa

  • Tumbuhan Alfalfa dapat menukar unsur nitrogen di udara ke dalam bentuk yang boleh digunakan oleh tumbuhan lain
  • Mengurangkan hakisan tanah dan memudahkan pemuliharaan tanah
  • Menjadi tempat habitat hidupan liar yang terdiri dari ratusan haiwan termasuk spesis terancam
  • Membuka ruang dan peluang untuk penghasilan produk kesihatan dan kecantikan
  • Menjadi tempat habitat untuk 1,000 lebih spesis pelbagai serangga dan labah-labah

Shaklee Alfalfa Complex


Alfalfa Complex merupakan suplemen keluaran Shaklee yang mementingkan kualiti tinggi. Bertepatan dengan salah satu rumusan yang dibuat terhadap kebaikan penanaman Alfalfa iaitu dapat menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan. Maka Shaklee telah menjadi sebahagiannya dengan mengambil langkah menanam Alfalfa untuk tujuan produksi makanan kesihatan. Tumbuhan Alfalfa yang berkualiti ini ditanam di California dengan mengambil kira beberapa faktor penting dan kesesuaian kawasan tersebut bagi meningkatkan lagi kandungan  mineral pada tanaman Alfalfa.

Dr. Shaklee telah membangunkan formula Alfalfa Complex pada tahun 1950-an. Kandungan semulajadi vitamin Alfalfa ini diperkaya dengan pelbagai sumber mineral penting dengan setiap sajian dibekalkan 300mg kalsium, iaitu bersamaan dengan satu gelas hidangan susu.

Alfalfa Complex disediakan dalam bentuk tablet berupa makanan tambahan yang tinggi alkali sesuai untuk kesihatan dan ia juga bertindak sebagai proses detoks untuk mencuci dan membuang toksid pada organ badan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan.

Manfaat Shaklee Alfalfa Complex

  1. Membekalkan segala mineral keperluan badan
  2. Mencuci usus, hati, buah pinggan dan darah untuk membuang toksid
  3. Membantu sistem perkumuhan lebih mudah
  4. Membantu membuang angin dari badan
  5. Tersenarai sebagai fiber yang mengenyangkan
  6. Melawan alahan seperti sensitif pada kulit, hidung, kurap, badan berbau
  7. Menyingkir lemak dan kolesterol
  8. Mengandungi minyak Peppermint untuk rasa sejuk dan nyaman
  9. Membantu melegakan sembelit
  10. Baik untuk pengidap asma, resdung, elergi, ekzema dan ulat air
  11. Membantu kecantikan kulit
  12. Meneutralkan asid dalam badan
  13. Melegakan keletihan dan menstabilkan gula dalam darah
  14. Merawat kencing kotor (jangkitan kuman pada buah pinggan)

Shaklee Alfalfa Complex juga mesra wanita

  1. Membantu merawat masalah keputihan
  2. Membesar dan menegangkan payu dara
  3. Bertindak sebagai 'kacip fatimah'
  4. Memulihkan urat selepas bersalin
  5. Merangsang penghasilan susu ibu
  6. Memberi kelegaan semasa haid
  7. Membantu kesuburan
  8. memberi keselesaan hubungan intim

Shaklee Alfalfa Complex juga mesra lelaki

  1. Meningkatkan stamina lelaki
  2. Menghasilkan kuantiti dan kualiti sperma yang baik
  3. Melegakan kesakitan sendi dan belakang
  4. Membantu menghilangkan kelesuan dan tekanan

Shaklee Alfalfa Complex untuk siapa?

Shaklee Alfalfa Complex boleh dinikmati oleh semua lapisan usia. Kebaikan yang terdapat dalam nutrisi makanan tambahan ini diperkaya dengan pelbagai khasiat penting seperti mineral, vitamin dan zat galian yang diperlukan untuk kesihatan.

Siapa yang tidak boleh mengambil Shaklee Alfalfa Complex?

  • Pesakit SLE
  • Pesakit yang mempunyai masalah berkaitan sistem imuniti 

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya. 

Inspirasi Huda ~ sihat bersama vitamin
Your Trusted Shaklee Consultant!
Shaklee ID 883327 | 014 507 5708
Rujukan:
  1. [1] Laman Sesawang Shaklee Malaysia. Pemakanan Sihat, Nutrisi Penting, Alfalfa Complex.
  2. [2] (Inggeris) Steve B. Orloff (1996). Intermountain Alfalfa Management. ANR Publications.
  3. [3] Laman Sesawang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Semakan Tanaman Padi.
  4. [4] (Inggeris) Laman Sesawang Tropical Forages. Medicago Sativa.
  5. [5] (Inggeris) Laman Sesawang Alfalfa Educational Fact Sheet. UCD Alfalfa. 
 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top