Makanan Segera Mudah Serapan


meal shakes, pemakanan sihat, nutrisi kanak kanak, minuman, berkhasiat, inspirasihuda,
Shaklee Meal Shakes

Meal Shakes merupakan suplemen minuman (serbuk tepung) kesihatan tinggi protein yang diperkaya dengan pelbagai khasiat penting untuk memudahkan penyerapan yang lebih baik. Makanan segera mudah serapan ini tersenarai sebagai multivitamin semulajadi dari sumber buah-buahan, sayur-sayuran, soya, lactalbumin, fructose, maltodextrin dan sebagainya.

Bahan lactalbumin mempunyai unsur organisma protein  yang sangat baik, berkualiti dan mudah penyerapan terhadap badan. Jumlah nutrisi yang pelbagai ini antaranya melibatkan unsur immunoglobulin, lactoferrin dan bacteriolysin.

Bahan fructose pula terdiri dari karbohidrat semulajadi yang datang dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Kandungan fructose dalam Meal Shakes diperolehi dari sumber jagung. Menurut Hyvonen, L. dan Koivistoinen, P, jenis fructose yang baik mempunyai rasa yang sangat manis, warna putih, berbentuk kristal yang padat dan mudah larut dalam air.

Bahan maltodextrin juga merupakan unsur karbohidrat yang banyak digunakan pada produk minuman seperti susu, minuman tenaga dan minuman prebiotik. Selain kegunaan maltodextrin dalam minuman, ia juga turut digunakan dalam makanan seperti kek, roti dan muffin serta kegunaan pada produk beku seperti aiskrim. Keperluan maltodextrin sangat penting bagi proses kelancaran pencernaan pada sistem saluran seperti usus. Ia membantu fungsi bakteria baik dalam usus untuk bekerja dengan lebih berkesan.

Peranan maltodextrin mampu menahan atau mengikat  kandungan air dalam molekul walapun dalam keadaan beku menjadikan kandungan sesuatu minuman atau makanan mempunyai ketahanan yang lebih lama tanpa mengubahnya.

Penambahan maltodextrin  ke dalam makanan seperti makanan rendah kalori dengan jumlah penambahan yang banyak tidak akan menyebabkan peningkatan kemanisan gula dalam sesuatu produk. Bahan maltodextrin digunakan sebagai pengganti gula dan lemak.

Penghasilan produk tablet turut menggunakan bahan maltodextrin kerana ia dapat menggabungkan dan mengikat bersama-sama serat lain seperti vitamin, mineral, perisa semulajadi dan pewarna.

Gum Arabic Al-Manna Dalam Meal Shakes Shaklee


Gum Arabic atau dipercayai sebagai al-Manna juga terkandung dalam penyediaan nutrien penting serbuk Meal Shakes. Selain itu terdapat juga penggunaan gum arabic dalam suplemen Shaklee yang lain iaitu Sustained Release Vita-C Plus. Tulisan arabic gum dapat dilihat pada bahagian kandungan Meal Shakes dan Vita-C Plus.

Peranan gum arabic ini sangat penting dalam penyediaan produk makanan, minuman, ubat-ubatan, dakwat, cat dan telah digunakan sejak zaman Firaun Mesir untuk proses ketahanan mumia.

Pengeluaran gum arabic dari negara Sudan merupakan al-Manna yang paling berkualiti berbanding gam arab yang dikeluarkan oleh negara lain. Sudah tentu Sudan menjadi pengeluar terbesar gum arabic yang membekalkan lebih 80% untuk negara leian.

Manfaat Gum Arabic Al-Manna

Manfaat Gum Arabic telah lama digunakan masyarakat dahulu dalam penjagaan kesihatan. Getah arab yang melekat di dahan pokok acacia senegal ini juga digelar "Bread from Heaven" terus mendapat perhatian apabila pengeluarannya kini dimudahkan lagi dalam bentuk serbuk (terdapat juga dalam bentuk ketulan). Petikan surah al-Baqarah ayat 57 turut menceritakan perihal al-Manna yang diturunkan ke atas pengikut Nabi Musa yang sesat selama 40 tahun di Semenanjung Sinai.

Berikut antara manfaat yang terdapat pada Gum Arabic Al-Manna

  • Gum arabic mempunyai antioksidan yang berupaya menghalang implikasi buruk pesakit buah pinggang kronik.
  • Gum arabic mudah larut berkesan untuk menurunkan kolesterol dan baik untuk kesihatan jantung.
  • Gum arabic dapat dicerna dalam usus dan berfungsi menghalang pembiakan bakteria pathogenic dalam serta berupaya mengurangkan asid dalam usus.
  • Gum arabic membantu proses penghadaman yang baik dalam usus dan dapat meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus sebagai prebiotik.
  • Gum arabic membantu penyerapan mineral dengan lebih baik seperti kalium, natrium, kalsium dan zink.
  • Gum arabic membantu tindak balas sistem imun dengan lebih berkesan.
Lagi manfaat yang terdapat dalam gum arabic
Gum arabic dari pohon acacia senegal atau al-manna banyak digunakan dalam ubat-ubatan dan suplemen. Dipercayai dapat mengurangkan masalah radang dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem perkumuhan. Gum arabic juga dapat melegakan radang membran mukus, masalah sesak nafas, batuk dan gastrousus. Gum arabic turut digunakan sebagai ikhtiar rawatan masalah batuk, selesema, gastrik, sakit mata dan cirit-birit.

Meal Shakes Untuk Semua Golongan


Meal Shakes selalu mendapat jolokan sebagai vitamin kanak-kanak. Hakikat ini diakui kerana ramai kaum ibu yang memilih Meal Shakes untuk anak-anak setelah itu banyak maklum balas yang baik diterima seperti anak-anak tiada lagi masalah sembelit, jarang demam, jarang selesema, selera makan bertambah dan kulit semakin cantik.

Meal Shakes bukan hanya suplemen multivitamin untuk kanak-kanak, semua golongan juga dapat menikmati khasiatnya untuk kesihatan. Cuma ia sinonim dengan kanak-kanak sebab ia datang dalam bentuk serbuk dan lebih mudah dibancuh dengan hidangan lain kegemaran kanak-kanak selain mempunyai perisa vanilla yang sangat enak dan kanak-kanak adalah pengguna pertama yang berkata "wah! sedapnya".

Golongan dewasa yang sukar untuk menelan pil boleh mengambil Meal Shake sebagai suplemen. Warga emas yang tiada selera makan juga boleh menggunakan Meal Shakes sebagai hidangan untuk kesihatan. Semua golongan dapat mengambil Meal Shakes sebagai menu tambahan dalam hidangan harian.

Manfaat Meal Shakes


Khasiat Meal Shakes Shaklee dilengkapi dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat penting. Bahan semulajadi antaranya seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin menjadi sumber penghasilan Meal Shakes untuk dinikmati oleh semua golongan.

Lagi khasiat yang terdapat dalam Meal Shakes

  • Penyediaan lengkap nutrisi keperluan badan.
  • Diperkaya dengan protein yang bukan laktosa. Baik untuk pembinaan sel kulit, kuku dan sebagainya.
  • Mempunyai asid folik dan biotin yang membantu proses tumbesaran.
  • Mengandungi kalsium dan magnesium untuk membina tulang yang kuat.
  • Dilengkapi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang mempunyai agen antioksida untuk melawan jangkitan.
  • Mempunyai vitamin B lengkap dan zat bezi untuk membantu pembinaan sel darah merah yang sihat.
  • Dilengkapi serat larut yang membantu pembuangan lemak berlebihan. 

Meal Shakes Untuk Siapa?


Meal Shakes untuk semua golongan dan semua peringkat umur dapat menikmatinya dengan penuh enak dan berkhasiat. Kesihatan yang baik tentunya datang dari pemakanan yang baik. Badan yang sihat adalah anugerah yang perlu dinikmati oleh semua.

Lagi keperluan pengambilan Meal Shakes untuk semua golongan

  1. Pelajar.
  2. Kanak-kanak.
  3. Ibu mengandung.
  4. Golongan yang aktif bersukan.
  5. Golongan yang sering terdedah dengan demam dan selesema.
  6. Golongan yang aktif dan sibuk dengan pekerjaan.
  7. Golongan yang gemar mengambil makanan segera.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Meal Shakes Shaklee?


Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.  
InspirasiHuda~
Your Trusted Shaklee Consultant!
ShakleeID 883327 | 014 507 5708


 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top