Kaum wanita, sangat sinonim dengan perkataan cantik, lembut, menawan,
wangi dan memikat. Tapi, bukan 100% kaum wanita dapat menikmati segala
keistimewaan ini setiap masa. Terdapat “serangan-serangan” yang
membantutkan kejayaan kami untuk mencapai keistimewaan ini. Ia mungkin
masalah kecil, tapi ia boleh menjadi pengalaman ngeri buat wanita kerana
sebenarnya ia member kesan yang cukup besar dalam hidup wanita.
Saya kongsikan dengan anda terutamanya mereka yang bergelar wanita,
atau mereka yang memiliki wanita sebagai salah seorang insan yang
disayangi dan diambil berat.
1. “Botak”
Biasanya kita dengar, lelaki je selalu botak. Haa..wanita pon ada ye.
Jika kerap lahirkan anak, dan kesihatan rambut tidak dijaga..si isteri
atau ibu ini boleh juga menjadi “botak” akhirnya. Apa tu botak? Mungkin
bukan seluruh rambut gugur, tapi ia boleh membawa kesan rendah diri dan
malu dalam diri wanita itu sendiri. Jangan tidak kita tahu, wanita
bujang juga alami perkara ini apabila kekurangan zat dalam badan.
2. Gigi rongak atau berlubang
Haaaa.... Tahu kan semua..yang kalsium sangat penting untuk gigi kan.
Berapa ramai ibu-ibu yang mengandung tak boleh telan susu? Dan berapa
ramai yang abaikan pengambilan kalsium untuk menggantikan susu ini.
Sebab itulah ada yang bermasalah semasa mengandung, melahirkan, menyusu
atau pon selepas anak-anak dah besar. Gigi mudah rongah kerana gigi
rapuh. Gigi kanak-kanak memang boleh diganti baru. Tapi gigi kita? Nak
pakai gigi palsu di kala usia 30 tahun? Hehe..serammmm…Sebab tu jika
kita tak mampu nak telan susu akibat kita tak sukakan bau nya…kita mesti
ambil pil kalsium tau.. Ada juga yang ambil susu, tapi tetap berlaku
perkara ini..kerana sebenarnya kalsium tak diserap sebaiknya.. sebab tu
kita kena pilih pil kalsium yang menyerap dengan kadar penyerapan yang
cepat dan optimum.

3. Osteoporosis
Penyakit osteoporosis adalah berkurangnya kepadatan tulang secara
perlahan, sehingga tulang menjadi rapuh dan mudah patah, osteoporosis
berlangsung secara progresif selama bertahun-tahun tanpa kita sedari dan
tanpa disertai adanya gejala. Pernah rasa sakit belakang yang ketara?
Itu salah satu gejala osteoporosis.
Sekitar 80% persen penderita penyakit osteoporosis adalah wanita,
tetapi, lelaki tetap memiliki risiko terkena penyakit osteoporosis.
Salah satu sebab osteoporosis adalah kerana kekurangan kalsium yang
berhubungan dengan usia dan ketidakseimbangan diantara kecepatan
hancurnya tulang dan pembentukan tulang yang baru. Juga disebabkan
kekurangan estrogen (hormon utama pada wanita), yang membantu mengatur
pengangkutan kalsium ke dalam tulang pada wanita.
Info ini saya dapatkan dari
sini…

4. Badan berbau
Wanita sangat malu apabila badannya berbau. Betol kan? “Busuklah bau
sayang”..hehe…serius malu…apatahlagi yang bagitahu tu pasangan sendiri.
Tapi, jika pasangan tak bagitau, lagi teruk kan. Sebab kita memang
selalunya susah nak perasan bau badan kita. Jadi ambillah ia dengan
positif. Dan perlu kita ambil tindakan segera. Kerapkan memakai minyak
wangi yang tak terlalu kuat, sering amalkan pemakaian diodoran dan
penyegar. Juga boleh amalkan suplimen yang membantu kita hilangkan bau
badan ini.
5. Keputihan yang memalukan
Keputihan adalah sesuatu yang biasa didengar dan dilibatkan dengan
wanita. Apabila berlaku keputihan, ia akan merasa gatal-gatal di
kemaluan wanita. Kerana dalam keadaan ini, wanita berada dalam keadaan
yang tidak selesa dan rasa rimas. Jangkitan kuman mudah berlaku dan
sebenarnya keputihan ini boleh memberi kesan yang agak teruk kepada
wanita. Jika ia keterlaluan, warnanya boleh bertukar menjadi kuning dan
memberikan kesan tak elok kepada alat kelamin wanita. Dan kesan jangka
masa yang panjang akan berlaku dan ia menakutkan serta menggelikan.
Kita boleh cuba mengambil suplimen untuk hilangkan keputihan mahupon
pencuci yang selamat untuk membersihkan alat kelamin. Jaga pemakanan
kita sebaiknya..
Saya akan kongsikan di lain entry bagaimana ingin bezakan antara cecair keputihan dan bukan keputihan.

6. Gemuk
Ramai wanita alami masalah ini. Sehingga ada yang mengatakan, selepas
bersalin memanglah semakin gemuk. Apabila kita menganggap ia adalah
normal, kita automatik akan rasa ia normal. Padahal ramai juga yang
cantik kurus elok walau dah ada anak 7! Segalanya terpulang kepada cara
pemakanan kita, cara kita uruskan berat badan kita, cara kita ambil
peduli kalori dan kolestrol banyak mana kita perlukan setiap hari.
Apabila kita gemuk, penyakit lain mudah melekat kepada kita juga. Jadi, memang kita kena berwaspada.
7. Kelonggaran faraj
Ada yang mengadu, rasa tidak bahagia apabila urusan di tempat tidur
tidak selesai dengan elok. Perkara ini biasanya wanita malu untuk
berbicara. Tapi, ia sebenarnya jika dialami dan tidak dirawat, boleh
mengundang padah. Kemurungan, masalah rumahtangga, suami cari lain dan
sebagainya boleh berlaku. Jadi, kita mestilah sentiasa menjaga dalaman
kita untuk memastikan kita bebas dari masalah ini.

8. Kedutan sebelum tiba masa
Ramai yang fikir, takpelah..memang nak berkedut, nak buat camne.
Alahai..semuanya kita boleh ubah menjadi lebih elok. Nak ke umur kita
baru 30 tahun, tapi orang tengok macam dah 40 tahun. Nangis kang.
Heheh..

Perasan tak? Segala permasalahan di atas ini berkait rapat dengan
dalaman kita sebagai wanita. Sejauh mana kita menjaga dalaman kita?
Selalu “servis” ke? Atau selepas bersalin biarkan je sebab sibuk urus
anak-anak dan keluarga. Dah lupa pada kesihatan diri sendiri.
Badan kita ini amanah yang diberi oleh Allah buat kita. Kita kena
jaga betol-betol. Jadi, jika sekarang rasanya 8 perkara di atas ini ada
pada diri kita..bertindak sekarang. Jaga penampilan diri kita. Belum
terlambat. Bukan kerana kita nak cantik semata-mata, tapi kerana kita
nak sihat tu. Sihat itu adalah anugerah terindah bagi setiap insan
terutamanya wanita..
Thanks for reading! :)
semoga bermanfaat...
Anda inginkan
set kesihatan Keluarga??juga untuk
kesihatan menyeluruh??jangan segan2 boleh hubungi saya di
014-5075708 ( huda )
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi huda untuk FREE CONSULTATION
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee??klik dibawah.
HUDA | 014-5075708
www.inspirasihuda.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.