ESP...Bukan sekadar soya biasa, Apakah perbezaan ESP dengan soya lain???
Terima kasih diatas perkongsian master ira.
...................................................................................
Wow! Alhamdulillah. Menangis sujud syukur saya apabila Shaklee
umumkan promosi Oktober adalah ESP beli 6, dapat Percuma 1. Dan juga
teruskan promosi Mealshakes beli 3, dapat 4. Sungguh Allah dengar
permintaan saya. Kerana saya ingin membantu ramai orang dengan promosi
berganda ini di bulan Oktober.
Mengimbau kembali kenangan kami semasa di USA 2 bulan lepas di Ibu
pejabat Shaklee di Plasenton. Apabila ditanya apa produk terhangat di
Malaysia? Pihak ibu pejabat Shaklee katakan ia adalah ESP. Produk
terlaris di Malaysia.
Eh, jap-jap. Penting ke amik ESP ni? Sampai boleh dikategori sebagai
produk terhangat di Malaysia. Ia protin kan? Kenapa protin ni penting?
Ok, saya kongsikan kepentingan protin ye.
Protin adalah
bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga
merangsang fungsi psikologi.
Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin
menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah
lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot,
perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah
penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada
kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.
Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya
akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan
protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia. Terdapat asid amino
tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia dikenali
sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh
dihasilkan oleh manusia dan harus diperoleh daripada diet harian
dikenali sebagai asid amino perlu.
Wow, pentingnya protin untuk badan kita. Kenapa begitu? Rakyat
Malaysia suka minum soya? Eh, soya ni bahaya. Kenapa rakyat Malaysia
sukakan soya? Haaa..Hari ni saya nak berkongsi kelebihan soya dalam ESP.
Dan apakah perbezaannya dengan soya jenama lain.
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan
protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang
pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an. Wow! masa ni saya
belum lahir. Tapi ESP dah lahir. Hebat kan? ESP ini diiktiraf seluruh
dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan
komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah
dihasilkan.
Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non GMO”
(non genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar
suhu yang rendah. Shaklee menggunakan proses persijilan tersendiri yang
dikenali Identity Preserved Program (IPP) untuk memastikan kacang soya
yang digunakan adalah bebas daripada pendedahan perubahan genetik,
daripada benih sehingga kepada pengeluarannya. Tambahan pula, setiap
850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan
sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran
yang menjamin penyediaan 9 asid amino perlu yang penting yang tidak
dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber
vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur
tidak kiralah tua mahupon muda ^_^.
Sesetengah protin soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini
bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk
kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam
pemprosesan. Tapi ESP? ESP dicuci dengan air yang bertapis untuk
mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi
membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia
sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Walau ia rasa manis,
tapi bukan manisnya itu kerana gula. Dan ia memang selamat dan sesuai
untuk pengidap kencing manis.
Tahukah anda apakah indeks glisemik? Indeks glisemik menempatkan
kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam
darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik
(GI) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula
memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam
sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah
amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan
dalam jangkamasa panjang. Juga untuk memberikan badan kekal dengan
tenaga yang berpanjangan.
Ni info yang sangat hebat! Saya sangat sukakannya! Jika anda ingin tahu,
satu
hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur,
12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric, dan
sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Mana mahu cari lagi melainkan di dalam ESP keluaran Shaklee?
Teruja? Memang patut anda teruja sekarang. rasa nak telan ESP
sekarang juga? Hehe. Itulah yang saya rasakan kini. Rasa nak pergi
bancuh ESP terus. Tapi sebab banyak lagi info yang saya ingin kongsi
dengan anda, jadi saya sabar sebentar. ^_^
Pasti ramai yang bertanya. Apa manfaat utama ESP ni? Sangat
pentingkah ESP ni sampai mesti diambil. Ok, saya kongsikan dengan anda
manfaat ESP secara ringkas.
1. Awet muda-wow! semua orang mahu muda, kelihatan muda dan merasai
muda. Sudah pasti. ESP membantu kita mencapai impian dan tujuan ini
kerana dalam ESP ada protin.
2. Baik untuk hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang
kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia
membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis, dan
sakit jantung
3. Baik untuk prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya
terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia
memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel
DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus,
ovari, menopaus, dan pembesaran prostat.
4. Kulit remaja- Merangsang pembentukan semula kulit dan otot,
mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan
kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
5. Pembekal tenaga- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan
sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain,
imsomnia dan tekanan.
6. Membaiki pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan
rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
7. Membaiki memori- meningkatkan kualiti memori, vialiti, dorongan seksual dan rangsangan.
8. Membanyakkan susu ibu- Sumber utama susu ibu adalah protin. Dan ESP
adalah protin terbaik untuk dibekalkan kepada ibu yang menyusu.
9. Kesihatan ibu mengandung dan janin- Janin membesar dengan cepat.
Tisu-tisu memerlukan protin untuk berkembang. Bila si ibu mengambil ESP
dalam diet harian, ibu juga membekalkan kebaikan dan membantu
perkembangan janin dengan lebih baik.
10. Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana miliki indeks glisemik yang rendah
11. Sangat mudah dihadamkan. Dan tidak membebankan sistem penghadaman.
Dan banyakkk lagi kelebihan ESP ni tau untuk diri kita. Banyak sangat
sampai tak tertulis semua ni tau. Memang sangat berbaloi-baloi. Guna
setin, boleh merangkumi pelbagai ekspek.
Opppsss..bagaimana cara nak bancuh ESP ni ye? Ia boleh dibancuh
dengan apa-apa minuman yang bersuhu bilik atau suam-suam kuku mahupon
sejuk. Jangan sesekali minum ESP bersama minuman panas mahupon teh dan
kopi. Setiap hari boleh ambil 3-6 sudu besar ESP. Tips best bancuhan ESP
boleh saya kongsikan esok pulak ye.
Rasa nak cuba ESP sekarang jugak? Serius, itu yang saya rasa sekarang.
Boleh mendapatkan info yang lebih lanjut berkaitan ESP ni sini ye.
Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?
Ingin mendapatkan Shaklee dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma?
Ingin menjana pendapatan 4,5,6 angka bersama Shaklee?
Boleh hubungi,
huda
014-5075708