Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai
rakyatnya mengalami obesiti (kegemukan) dan tempat keenam di negara
Asia Pasifik. Lihat saja disekeliling, pasti akan terlihat mereka yang
alami masalah obesiti atau kegemukan. Apakah punca masalah ini?
Di
Malaysia, kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum India, iaitu
sebanyak 25.6 peratus, diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina,
19.5 peratus.
Punca Obesiti dan Kegemukan
Jika
kita menyelami punca sebenar berlakunya obesiti atau kegemukan
dikalangan rakyat Malaysia, terlalu banyak sebab musababnya. Semuanya
menjurus ke arah gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat. Misalnya
:-
- Lambakan makanan. Malaysia syurga makanan.
- Gaya hidup bersenang-lenang dan tidak sihat.
- Kurang senaman dan penjagaan kesihatan.
- Faktor Genetik dan Persekitaran.
Malaysia Syurga Makanan
Tidak dinafikan Malaysia terkenal dengan jolokan Syurga Makanan.
Pelbagai jenis masakan dan resepi boleh didapati di Malaysia. Namun,
lambakan makanan seperti ini mendedahkan rakyat Malaysia kepada masalah
obesiti dan kegemukan.
Rakyat
kita ramai yang tidak berpantang atau memilih dalam soal makan. Pantang
jumpa atau berpeluang mencuba resepi baru, pasti ingin dicuba dan
dirasa. Tambahan pula dengan restoran makanan segera yang tumbuh bagai
cendawan selepas hujan.
Jika di
negara lain, rakyat mereka mati kerana tak cukup makan, tapi di
Malaysia, rakyatnya mati kerana terlebih makan. Begitu sinis dan
mendalam sekali anggapan demikian. Pada masa lalu, kebiasaannya orang
makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari
ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan
lewat malam di kedai Mamak.
Gaya hidup bersenang-lenang dan tidak sihat
Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain
komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan
peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga
menyumbang kepada obesiti.
Tak
perlu susah-susah, lihat saja disekeliling kita, anak-anak kita, malah
kita sendiri. Bukankah ramai antara kita kini yang turut mengamalkan
gaya hidup seperti ini sekarang? Lebih-lebih lagi dengan kehadiran
teknologi moden dan canggih yang pelbagai. Dunia bagaikan di hujung
jari.
Senaman dan Penjagaan Kesihatan
Makan
melebihi keperluan dah satu hal, ditambah pula dengan kekurangan
bersenam dan melakukan aktiviti fizikal. Pelbagai alasan diberikan bila
diminta bersenam dan menjaga kesihatan. Penat, kesibukan dan ketiadaan
masa sering dijadikan alasan.
Bila
berat badan dah naik, mula risau dan stress. Akibatnya, amalkan pula
diet yang tidak sihat untuk cepat kurus. Pantang terlihat iklan di kaca
televisyen, akhbar, majalah, dan media massa lain yang selalu
menonjolkan watak-watak wanita yang langsing di samping iklan
berbagai-bagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk
merampingkan tubuh, pasti ingin dicubanya. Akibatnya, ribuan ringgit
wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi
menurunkan berat badan.
Metabolisme
mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang
yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga
pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang
yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang
sangat penting walaupun adakalanya dirasakan begitu menyeksakan. Pada
waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin
banyak kalori yang hilang.
Faktor Genetik dan Persekitaran
Faktor
lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi
gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang
menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan,
maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk.. Pasti anda
juga pernah terlihat bukan? Keluarga yang boleh dikatakan majoritinya
gemuk atau obes. Biarpun masalah kegemukan atau obes ini adakalanya
dikaitkan dengan faktor genetik dan persekitaran, tapi sebenarnya masih
boleh diatasi jika kita bijak mengawal pemikiran kita dan menyedari
kesannya terhadap kesihatan.
Obesiti dan Risikonya terhadap Kesihatan
Obesiti
boleh memberikan ancaman serius terhadap kesihatan. Jika tidak
ditangani dengan serius, ianya boleh melahirkan masyarakat yang tidak
sihat. Risiko obesiti tidak memilih peringkat umur malah seawal umur
kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya akan membesar
sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis
penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung
serta barah.
Walaupun
tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang
diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar
obesiti kanak-kanak.
Masalah
itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan
boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak
tidak boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan
mengubah kepada gaya hidup yang lebih selamat.
___________________________________
Dalam Shaklee, apa vitamin yang sesuai untuk menurunkan berat badan ye?
Ni
testimoni customer saya yang mengambil lecithin,cinch dan alfalfa bagi
tujuan menurunkan berat badan beliau. Ni dia emel yang beliau hantarkan
kepada saya.
Alhamdulillah...Hepinya saya bila boleh buat orang lain hepi! Heheh...tulah salah satu nikmat hidup kan..jom kita baca info pasal alfalfa,lecithin dan cinch ni...
Bagaimana lecithin, cinch dan alfalfa ni berfungsi dalam penurunan berat badan? Cinch mampu mengenyangkan sesiapa yang mengambilnya. Ia mempunyai 3 perisa iaitu coklat (memang yummy!!), cafelatte dan vanila. Lecithin ni pulak mampu memecahkan lemak2 yang terkumpul dalam badan kita manakala alfalfa membawa lemak2 yang dipecahkan ni ke sistem penghadaman untuk dibuang.
Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di 0145075708 untuk sebarang pertanyaan:)
inspirasihuda.blogspot.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.