Pemeriksaan boleh dibuat di semua klinik kesihatan kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA). Anda perlu hadir bagi setiap jadual temujanji yang ditetapkan oleh jururawat / petugas terlatih. Pastikan anda peka dengan jadual dan pemeriksaan dari kakitangan klinik bagi mengelakkan kerumitan pihak pentadbiran. Ia juga mustahak untuk menjaga tahap kesihatan anda dan kandungan dalam keadaan sihat.
Daftar (temuduga) pemeriksaan pranatal pertama di klinik
Jenis - jenis aktiviti pemeriksaan kali pertama di klinik
1. Latar belakang kesihatan keluarga (perihal penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi).
2. Ujian air kencing untuk pemeriksaan kandungan protein dan gula.
3. Menandatangani borang pemeriksaan darah.
4. Mengukur berat dan tinggi badan.
5. Tarikh jangkaan bersalin anda akan dinilai berpandukan tarikh akhir haidh anda.
Anda akan diberi vitamin pranatal seperti vitamin C, B kompleks, asid folik dan zat besi sebagai bekal persediaan sepanjang tempoh mengandung.Dokumen yang perlu dibawa untuk pendaftaran
Sekiranya anda baru pertama kali membuat urusan pemeriksaan, anda perlu menyediakan perkara berikut:
1. Kad pengenalan diri
2. Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah
3. Alamat rumah terkini
4. Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain diperlukan (jika ada)
Jumlah kekerapan temu janji pranatal
Setelah anda melakukan pendaftaran dengan pihak klinik kesihatan, kebiasaannya anda akan menjalani pemeriksaan pranatal dan seterusnya anda akan diberi jadual temu janji seperti berikut:
Temu janji pemeriksaan sebulan sekali (sebelum minggu ke - 28 kehamilan)
Temu janji pemeriksaan dua minggu sekali (dari 28 - 35 minggu kehamilan)
Seminggu sekali (bermula 36 minggu kehamilan hingga bersalin)
Kekerapan temu janji bertambah (biasanya tidak mengambil masa yang lama) sekiranya berlaku keperluan berdasarkan keadaan kesihatan diri anda dan kesan terhadap kandungan.
Pengisian aktiviti diri semasa mengandung
Ramai di kalangan wanita tidak menyedari kepentingan aktiviti semasa mengandung. Aktiviti yang dimaksudkan ialah aktiviti berbentuk amalan rohani, senaman fizikal dan persiapan mental sebagai persediaan menghadapi proses bersalin. Pemahaman yang rendah ini berpunya dari kurangnya pengetahuan peri penting aktiviti dan amalan rohani bagi memudahkan dan membantu saat berlakunya kelahiran.
Aktiviti seperti senaman semasa mengandung, cara pernafasan yang betul semasa bersalin dan amalan rohani serta ditambah dengan kaedah pemakanan tertentu, sebenarnya akan membantu para wanita khususnya yang baharu pertama kali mengandung.
Justeru, saranan agar anda memainkan peranan dalam mempersiapkan diri dengan aktiviti semasa mengandung bukan sahaja dapat membantu anda dan kandungan, ia juga turut membantu para jururawat yang menemani anda sepanjang tempoh bersalin.
Cadangan set penjagaan semasa mengandung Shaklee:
Set mengandung Shaklee trimester I (1-3 bulan)
- Vita-Lea (Multi-Vitamin dengan zat besi)
- B-Complex (asid folik)
- Vita-C (vitamin c)
- OsteMatrix (kalsium)
- Vita-Lea (Multi-Vitamin dengan zat besi)
- B-Complex (asid folik)
- Vita-C (vitamin c)
- OsteMatrix (kalsium)
- Omega Guard (minyak ikan)
- Vita-Lea (Multi-Vitamin dengan zat besi)
- B-Complex (asid folik)
- Vita-C (vitamin c)
- OsteMatrix (kalsium)
- Omega Guard (minyak ikan)
makasih infonya
BalasPadammadu penyubur kandungan al mabruroh , Obat Asam Urat