Setelah anda mendaftarkan diri dan menjalani temuduga pertama di klinik. Anda akan diberi tarikh temu janji seterusnya untuk pemeriksaan anda dan kandungan secara berkala. Sepanjang tempoh penjagaan semasa mengandung, anda juga akan melalui pemeriksaan berkala sebagai persediaan menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Pemeriksaan berkala semasa mengandung dilakukan seperti berikut:
Jururawat bertanya beberapa soalan asas berkaitan keadaan kesihatan anda dan pergerakan bayi pada tempoh tersebut.
Anda akan membuat pemeriksaan dengan doktor apabila perlu.
Ujian air kencing bagi mengesan kandungan gula dan protein.
Ujian tekanan darah.
Pemeriksaan ukuran berat badan.
Merasa perut anda bagi mengetahui kedudukan bayi, ukuran dan perkembangannya.
Mendengar degupan jantung bayi melalui alat khas (Pinard).
Memeriksa pada kaki, tangan atau muka jika anggota tersebut mengalami bengkak.
Senarai ujian pranatal yang boleh dilakukan di klinik atau hospital
Ujian darah
Ujian darah anda telah bermula ketika lawatan pertama anda ke klinik kesihatan untuk daftar (temuduga) pemeriksaan pranatal. Pemeriksaan darah bertujuan untuk mengetahui kumpulan darah anda, Faktor Rhesus dalam kandungan darah dan mengenal pasti jika berlaku sebarang jangkitan seperti Hepatitis B, Sifilis dan HIV.
Selain itu, anda juga perlu menjalani pemeriksaan hemoglobin / HB untuk mengenal pasti kadar bacaan hemoglobin di tahap normal atau rendah. Jika kadar hemoglobin darah yang rendah atau lebih dikenali sebagai anemia (kekurangan darah), anda mungkin akan lebih kerap untuk menjalani pemeriksaan darah. Ia juga bergantung kepada cara anda memilih pemakanan yang penting untuk meningkatkan semula kadar hemoglobin dalam tempoh penjagaan semasa mengandung.
Suntikan kancing gigi
Kancing gigi juga dikenali sebagai "tetanus" iaitu perkataan yang berasal dari Yunani membawa maksud "tegang". Ia adalah jangkitan kuman pada bahagian luka dan boleh mengakibatkan kekejangan otot serta berupaya membawa maut. Apabila terjadinya jangkitan kuman, otot pada badan mengalami pengucupan dan ketegangan panjang terutama pada bahagian rahang (kancing gigi).
Oleh itu, suntikan kancing gigi ini dilakukan sebaik saja anda dapat merasai pergerakan bayi dalam kandungan (bagi kehamilan pertama). Suntikan akan diberikan sekali lagi pada bulan seterusnya. Suntikan ini berbeza (dos) bagi anda yang mengalami kehamilan pertama dan kehamilan akan datang. Ini kerana suntikan kancing gigi bagi kehamilan yang ke sterusnya hanya satu dos sahaja diperlukan (kehamilan pertama dua dos diberikan). Ia sebagai bahan pelalian dan pertahanan untuk anda dan bayi daripada risiko yang dibawa penyakit kancing gigi.
Ujian toleransi glukosa / gula
Sebelum anda menjalani ujian gula, anda diminta untuk berpuasa semalaman sehingga anda selesai menjalani ujian. Ujian gula dilakukan untuk mengenal pasti sejauh mana badan anda dapat mengawal tahap kandungan gula dalam darah. Keberkesanan hormon insulin penting untuk mengawal jumlah gula dalam darah dan ia sangat diperlukan oleh anda dan bayi terutamanya ketika kandungan sedang meningkat kepada lima bulan ke atas. Kegagalan badan dalam mengawal kandungan gula dalam darah boleh menyebabkan anda mendapat kencing manis semasa mengandung (Diabetes Gustasi).
Pemeriksaan gula sangat penting dilakukan. Ini kerana kencing manis semasa hamil agak sukar untuk dikenal pasti. Tanda-tanda awal kemunculannya tidak begitu jelas seperti penat. Seandai berterusan ke tahap yang lebih tinggi kebiasaannya pesakit akan merasa gatal pada angota badan, melecet, berkudis dan sukar untuk sembuh. Risiko kepada bayi pula ialah tumbesarannya semakin meningkat, bak kata orang-orang tua "membesar dalam perut". Keadaan ini akan menyukarkan pada bahagian faraj semasa proses bersalin.
Jika badan anda normal, tidak didapati tanda - tanda kencing manis semasa pemeriksaan awal, anda akan menjalani semula ujian gula pada kehamilan trimester ketiga. Justeru, pemeriksaan awal dapat membantu anda dan bayi daripada risiko kencing manis semasa mengandung.
Pemeriksaan payudara
Pemeriksaan ini dilakukan bagi mengenal pasti keadaan payudara anda mempunyai ketulan normal atau sebaliknya. Pemeriksaan puting payudara juga dilakukan samada ia normal (timbul) atau tenggelam. Jururawat akan memberi panduan mengenai kaedah penjagaan payudara dan puting dengan betul supaya ia kelihatan normal, saluran susu tidak tersumbat dan penjagaan dari aspek kebersihan. Pemeriksaan ini dilakukan bagi mengelakkan permasalahan apabila tiba masa proses penyusuan bayi. Anda juga digalakkan untuk menyertai kelas atau kursus penyusuan susu ibu untuk mengetahui kaedah dan panduan yang lebih lengkap.
Imbasan ultrabunyi (ultrasound)
Kemudahan sistem imbasan ultrabunyi agak terhad bagi sebahagian klinik. Sesetengah klinik masih menggunakan kaedah asal seperti mendengar degupan jantung bayi dan mengukur pada bahagian perut. Sebelum wujudnya sistem imbasan ultrabunyi, ia juga ditentukan dengan menilai carta suhu badan, rupa bentuk keputihan yang berubah dan serum progesteron.
Bagi klinik yang mempunyai kemudahan sistem imbasan ultrabunyi, anda mungkin akan menjalani pemeriksaan sebanyak dua kali, iaitu pemeriksaan pada trimester pertama dan trimester ketiga. Pemeriksaan pertama dilakukan untuk mengenal pasti kemungkinan yang boleh berlaku terhadap kandungan kehamilan luar rahim (ektopik), kehamilan berganda dan keadaan kandungan yang mungkin tidak normal. Melalui pemeriksaan ini dapat menolak kemungkinan risiko tersebut apabila hasil ujian adalah normal. Pemeriksaan kali kedua pula untuk mengetahui kedudukan plasenta anda dan perkembangan bayi.
Pemeriksaan pergigian pranatal
Pemeriksaan gigi dan gusi semasa mengandung boleh dibuat di klinik yang menyediakan kemudahan tersebut. Kesihatan mulut melibatkan gigi dan gusi semasa mengandung perlu diberi perhatian, memandangkan perubahan hormon akan berlaku semasa mengandung dan boleh mengakibatkan tindak balas terhadap plak gigi. Ia dipanggil "Gingivitis" semasa mengandung, kebiasaannya berlaku pada bulan kedua atau ketiga anda mengandung. Jika serius dan diabaikan, mungkin boleh berlanjutan hingga ke bulan kelapan anda mengandung.
Tanda - tanda seperti kemerahan pada gusi, berdarah dan bengkak memerlukan perhatian anda terhadap penjagaan kebersihan gigi dan gusi setiap hari seperti memberus gigi dan menggunakan flos. Pemeriksaan awal di klinik akan membantu anda untuk mengetahui tahap kesihatan mulut dan anda akan diberi rawatan sekiranya perlu.
Semasa anda membuat pemeriksaan gigi dan gusi kali pertama, anda akan diminta untuk memberi maklumat berkaitan tempoh usia kandungan, jika terdapat tanda-tanda kandungan berisiko tinggi, pengambilan ubat-ubatan dan perubahan kesihatan mulut.
Persediaan fizikal dan mental semasa mengandung
Kandungan yang sihat akan terus membesar mengikut proses yang normal. Memenuhi temu janji klinik atau hospital merupakan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Anda digalakkan untuk membuat beberapa persediaan fizikal sebagai latihan sebelum tiba masa bersalin. Selain menjaga kesihatan dan pengambilan makanan yang seimbang dan berzat, latihan berbentuk senaman semasa mengandung boleh dilakukan mengikut kaedah yang telah digariskan. Begitu juga mempelajari cara pernafasan yang betul semasa bersalin juga boleh dilakukan melalui kursus-kursus senaman yang ditawarkan.
Cadangan set mengandung Shaklee:
Setelah mengetahui pemeriksaan yang dijalankan di klinik, maka
cadangan set vitamin di bawah ini juga mampu membekalkan keperluan
nutrisi bagi anda dan kandungan.
Set mengandung Shaklee trimester I (1-3 bulan)
Set mengandung Shaklee trimester I (1-3 bulan)
- Vita-Lea (Multi-Vitamin dengan zat besi)
- B-Complex (asid folik)
- Vita-C (vitamin c)
- OsteMatrix (kalsium)
- Vita-Lea (Multi-Vitamin dengan zat besi)
- B-Complex (asid folik)
- Vita-C (vitamin c)
- OsteMatrix (kalsium)
- Omega Guard (minyak ikan)
- Vita-Lea (Multi-Vitamin dengan zat besi)
- B-Complex (asid folik)
- Vita-C (vitamin c)
- OsteMatrix (kalsium)
- Omega Guard (minyak ikan)
terimakasih banyak sharenya
BalasPadammadu penyubur kandungan al mabruroh , Obat Darah Tinggi