Assalamualaikum para pembaca..
Pagi tadi seperti biasa ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan kandungan secara berkala.Biasanya setiap kali pemeriksaan dilakukan,ujian air kencing mesti dilakukan.Agak2 kenapa ye kena buat ujian air kencing??hihi...sebabnya..nak tahu air kencing kotor @ tidak.

Kencing kotor atau sebenarnya jangkitan pada air kencing sebenarnya sesuatu yang biasa berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung.Ini pernah berlaku kepada saya semasa diawal kehamilan anak pertama dulu.

Mengapa ia kerap dan mudah berlaku kepada ibu-ibu yang mengadung?


Kedudukan rahim yang terletak di bahagian atas pundi kencing menyebabkan apabila rahim semakin membesar, tekanan diberikan kepada saluran pundi kencing.

Kehadiran hormon progesterone yang tinggi juga mengurangkan tona otot saluran kencing menyebabkan saluran kencing yang sepatutnya mengecil menjadi sedikit besar. Lalu, aliran air kencing menjadi lambat.
Keadaan ini memungkinkan berlakunya sedikit halangan dalam pembuangan air kencing yang sepenuhnya. Maka, keadaan ini boleh membawa kepada jangkitan air kencing.

Bilakah biasanya berlaku?


Kebiasaannya risiko meningkat bermula dari minggu ke enam sehingga minggu ke 24.
Bagaimana mahu mengenalpasti tanda dan simptom ini?

Simptom kencing kotor dan tanda jangkitan boleh diketahui dengan memantau keadaan diri anda seperti berikut :

1. Rasa pedih setiap kali anda membuang air kecil
2. Lebih kerap rasa ingin kencing dari biasa
3.Air kencing berbau dan bewarna keruh
4.Sakit pada bahagian bawah perut
5.Jumlah air kencing sangat banyak atau sangat sedikit dari kebiasaan.
6.Darah di dalam air kencing
7. Rasa hendak terkencing yang datang tiba-tiba
8. Kejang pada bahagian bawah perut

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya mengalami simptom seperti dinyatakan di atas?

Sila dapatkan rawatan segera dari pakar sakit puan anda.
Bagaimana jangkitan ini boleh memberi kesan pada bayi?
Bayi mungkin lahir dengan berat yang rendah dan jika dibiarkan anda boleh mendapat jangkitan buah pinggang. 

Jadi bagaimana untuk mengelakkan kencing kotor dari berlaku?


Terdapat cara-cara untuk mengelakkan dari mudahnya terkena jangkitan pada air kencing.
1. Pastikan anda minum air dengan banyak setiap hari.
2. Amalkan meminum jus cranberry. Anda boleh dapati ia di farmasi terkemuka di tempat anda. Namun sekiranya anda penghidap kencing manis, anda tidak boleh mengambil jus ini.
3. Gunakan seluar dalam daripada kain kapas yang menyerap peluh.
4. Jangan terlalu kerap menggunakan pencuci wanita terutama yang terlalu kuat. Dapatkan nasihat profesional kesihatan anda tentang pencuci wanita yang sesuai untuk wanita memgandung.
5. Jangan berendam melebihi 30 minit di dalam tab mandi atau kolam renang.
6. Jangan tahan kencing anda, Sekiranya anda perlu ke tandas, anda harus menyegerakannya. Jangan bertangguh.
7. Amalkan pengambilan vitamin C,zinc dan beta carotene ketika mengandung bagi meningkatkan sistem pertahanan badan anda.

Amalkan mengambil vitamin c,Beta carotene dan zinc setiap hari untuk membantu melawan jangkitan kuman..

sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dari usaha merawat..  

huda   | 014 - 5075708
www.inspirasihuda.blogspot.com
FB : Nurul Huda

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top