Assalamualaikum para pembaca..diharap pembaca berada didalam keadaan sihat.siang tadi huda berkesempatan ziarah saudara yang baru keluar hospital.
Beliau dikejutkan dengan berita kematian janin didalam kandungan seminggu dari tarikh due..kata doktor,tali pusat janin terbelit dileher menjadi punca kematian janin.semua itu dengan kehendak Allah..semoga kak zuraini tabah menghadapi ujian ini.
Di sini ingin huda berkongsi dengan para ibu dan bakal ibu tentang punca kematian janin didalam kandungan,apabila kita disahkan hamil,jagalah kandungan kita sebaik mungkin.selebihnya kita berserah kepada kehendak Allah.
...................................
Pemantauan mama terhadap pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan (still birth). Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu. Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.
Sebaliknya di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan usia 24 minggu. Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.
Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB). MSB melibatkan bayi yang meninggal lebih dari 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.
Pentingnya Carta Pergerakan Bayi
Sewaktu kandungan mencecah usia 34 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan . Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
Jika mendapati bayi kurang bergerak, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Dalam keadaan tertentu, doktor boleh mengagak risiko yang mungkin anda hadapi. Sekiranya ada risiko, lazimnya doktor akan memberi kaunseling dan nasihat bersesuaian agar anda dapat menghindarkan kandungan daripada mengalami still birth.
Punca daripada Mama
Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya 20 tahun ataupun berusia 40 tahun ka atas.
Mengidap Penyakit Tertentu
Bagi anda yang mengidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
Sindrom Anti Phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasukki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
Sosial Ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang suka minum alkohol dan mengambil dadah sepanjang hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.
Punca Daripada Bayi
Pembesaran Terbantut
Risiko still birth boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar yang sempurna.
Pembentukan Kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
Air Ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.
Credit : kak engku [bidan bersalin]

Bersama kak zuraini
 

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top