Assalamualaikum wbt..
Buat pembaca terutama ibu yang mengandung anak sulung semestinya ingin mengetahui tips penyusuan yang berjaya kannn???Alhamdulillah..saya bersyukur sangat sebab telah diberi pendedahan tentang kebaikan susu ibu dan cara menjayakan penyusuan untuk si manja seawal kehamilan anak pertama lagi.
Anak adalah amanah allah kepada kita,jadi...adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa memberikan yang terbaik untuk mereka.Dari situlah saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan bakal2 ibu tentang penyusuan ini.
Semasa menyertai bengkel penyusuan ibu sedunia..masa ni saya mengandung anak sulung.
berjaya menyusukan anak sulung selama 2 tahun lebih,kini masih menyusukan anak ke-2 walaupun hamil anak ke-3..Alhamdulillah...:)
Jom kita tengok apakah tips penyusuan yang berjaya ni...
1. Berkemahuan dan berkeyakinan untuk menyusui bayi anda:
Sekiranya puan merasa ragu, malu, resah atau cemas, pengeluaran 'oxitosin' boleh terhalang dan ini akan menghalang pengeluaran susu ibu.
2. Memulakan penyusuan secepat mungkin.
Reflex 'rooting' dan sucking (menghisap) bayi lebih kuat dalamasa 1 jam pertama selepas kelahiran. Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oxitosin yang menyebabkan pembentukan dan pengeluaran kolesterol. Pengeluargan oxitosin semasa hisapan akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini mengurangakan kejadian pendarahan.
3. Bersama bayi setiap masa (24 jam) " Rooming in"
Kenapa penting ?
Dalam 3 hari pertama, kolestrum akan dikeluarkan. Jumlah kolestrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 mls) setiap susuan. Tetapi jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk keperluan bayi puan. Ia sangat kaya dengan zat makanan dan antibodi.
Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu puan sekerap mungkin dan bila-bila masa ia mengdendakki serta selama mana bayi puan mahu. Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan dan susui. Pastikan bayi puan melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam. Bayi dan puan akan cepat mengenalpasti kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).
4. Demand feeding.
Kolestrum berubah kepada susu matang selpas dua minggu kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan susu. Puan juga perlu menyusukan bayi puan pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.
5. Teknik terbaik penyusuan susu.
Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan puan. Syarat pernting, puan dan bayi pun selesa.
5.1 Bagi memastikan bayi selesa kedudukan bayi mestilah:
Bayi tenang tidak menangis
Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
Perut bayi bertemu perut ibu.
Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
Punggung bayi diampu.
5.2 Pelekapan yang berkesan; tanda-tandanya.
Mulut bayi terbuka luas.
Dagu bayi menyentuh buah dada.
Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
Ibu mungkin mendengar bayi menelan.
5.3 Sekirannya bayi tidak melekap dengan betul.
Ibu merasa sakit puting semasa dan selepas menyusu.
Buah dada ibu mungkin bengkak kerana susu tidak dikeluarkan secukupnya.
6. Bagaimana cara meningkatkan penghasilan susu:
Bayi perlu melekap dengan betul.
Tidak memberi puting tiruan atau botol susu.
Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain dari susu ibu sebelum bayi berumur 4 bulan.
Beri bayi menyusu sekerap yang bayi mahu (demand feeding).
Beri bayi menyusu sebanyak yang bayi mahu.
Beri bayi menyusu di waktu malam.
Makan perlu berkuah, digalakkan makan daun pegaga dan sayur lobak putih.
( sumber Dari Laman Web Hospital Mersing )
**** saya juga mengamalkan mengambil suplement untuk mengekalkan badan yang sihat dan secara tak langsung membantu pengeluaran susu dengan banyak...
---------------------
sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya :
huda : 014-5075708
www.inspirasihuda.blogspot.com
0 comments:
Catat Ulasan
Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!