Assalamualaikum dan salam ceria buat pembaca semua, topik hari ni saya nak bincang tentang mabuk hamil.Anda pernah mengalaminya??Jom ikuti perbincangan lanjut..


-------------------------------------------
 

Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu ialah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu pertama kehamilan dengan rasa tidak sihat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri.

Mabuk hamil ialah masalah yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan. Tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.


"Mabuk hamil pagi" adalah istilah yang tidak begitu sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari atau malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda.

Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang.

Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan penghidap lain boleh membantu anda berasa kurang terpencil.

Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil hiperemesis gravidarum (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menghidap hyperemesis. Tidak seperti kesan sampingan kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh.

Bolehkah mabuk hamil menjejaskan bayi saya?
Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada makanan yang dimakan, dan minum banyak cecair.

Rasa loya ialah tanda bahawa hormon kehamilan berada pada tahap yang cukup tinggi untuk meneruskan kehamilan. Wanita yang mengalami mabuk hamil didapati kurang berkemungkinan mengalami keguguran berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Tetapi ini bukanlah bermaksud bahawa jika anda tidak rasa loya, kehamilan anda tidak sihat.

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat.

Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika. Mungkin selama sebulan anda hanya mampu menelan nasi putih dan air sahaja, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini. Anda mempunyai banyak masa untuk makan secara sihat selepas mabuk hamil ini reda.

Hati anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tidak kisahlah jika anda tidak banyak makan. Pelan makanan trimester ke trimester kami dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang anda perlukan sepanjang kehamilan.

Namun begitu, anda perlu mengambil asid folik kerana ia adalah nutrien yang penting dalam trimester pertama.

Ambillah 400mcg asid folik sehari kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi berkembang dengan baik. Anda juga boleh mengambil multivitamin kehamilan. Salah satu kebaikan multivitamin ini ialah anda hanya perlu menelan satu tablet sahaja untuk mendapatkan nutrien yang badan anda perlukan. Ini sangat baik jika anda sering memuntahkan makanan yang ditelan.

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah dan berat badan anda turun, anda boleh mengalami nyahhidrat. Oleh itu, penting bagi anda menghubungi doktor dengan segera. Ada banyak rawatan yang boleh dilakukan di rumah. Jika rawatan di rumah tidak berkesan, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mengawal mabuk hamil anda dan untuk meningkatkan pengambilan cecair dan nutrien melalui drip.

 credit : babycenter 


------------------------------

sekiranya anda ingin mendapatkan set hamil, boleh hubungi saya..
 
Huda ( 014-5075708)
Dapatkan konsultasi dan jadual makan yang betul,InsyaAllah.. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comments:

  1. so far alhamdulillah..kedua2 pregnancy saya x alami mabuk nih..rezki hehhe :)

    BalasPadam

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top