Interferon: Sebuah Kajian

Interferon merupakan hormon yang berfungsi sebagai sistem pertahanan secara semulajadi. Sistem pertahanan semulajadi adalah penting untuk menilai tindak balas biologi bagi persediaan menghadapi ancaman virus, bakteria dan protozoa. Penghasilan unsur glycoprotein (glikoprotein) melalui sel-sel  vertebrate (vertebrata) yang dicetuskan seakan mengakui kehadiran virus menjadi ancaman utama dan 'loceng' tindak balas menyusun pertahanan yang dipanggil sebagai interferon.

Virus adalah musuh utama dalam pemerhatian interferon. Interferon melalui keupayaan semulajadi dapat melakukan kawalan terhadap sel yang dijangkiti virus dan sel berhampiran dengan merangsang keluar zat-zat penting untuk menghalang pembinaan replika virus yang semakin besar. Interferon bertindak mengawal zat-zat yang dihasilkan dari sel-sel untuk merombak rangkaian virus.

Persoalannya, sejauhmana badan manusia mampu menyediakan pertahanan (interferon) yang berkesan dalam menghadapi ancaman virus?. Adakah interferon telah mendapat sokongan yang betul untuk menghadapi ancaman virus? Apakah persediaan dan langkah yang ada?

Penemuan Dr. Yasuhiko Kojima dan Dr. Yasuichi Nagano

Para penyelidik dan pengkaji berusaha mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan interferon dalam badan secara semulajadi tanpa menggunakan bahan ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan. Tanggungjawab ini turut dipikul oleh Dr. Yasuhiko Kojima bersama rakan sekerja Dr. Yasuichi Nagano melalui penemuan inovatif semulajadi interferon dalam ubat-ubatan herba Cina pada tahun 1954.

Bermula saat itu, pandangan inovatif mereka berkaitan penemuan interferon telah mengundang perbincangan ilmiah di kalangan penyelidik dan kajian pakar saintis dalam mengembangkan penyelidikan dengan lebih aktif termasuk penghasilan anti-virus, anti kanser dan tindak balas imunisasi terhadap kehidupan.

Dr. Kojima memiliki tidak kurang daripada 30 bahagian hak ekslusif atau aset  yang diusahakannya untuk mengimbas interferon dan proses yang melibatkan ubat-ubatan herba Cina. Selepas 10 tahun bergelumang dalam penyelidikan berkaitan interferon, Dr. Kojima dianugerahkan Ijazah Doktor Muda Sains Perubatan dari Universiti Tokyo pada tahun 1964. Dr. Kojima juga pernah berkhidmat di Institut Sains Perubatan Universiti Tokyo dan berpengalaman sebagai Penasihat Kanan di Kitazato Pharmaceutical dan Yamanouchi Pharmaceutical. Beliau juga adalah Presiden dan Pengerusi Lembaga di Institut Penyelidikan Herba Interferon sebagaimana yang dipaparkan dalam portal Shaklee Sciense.

Mempersembahkan usia selama 40 tahun dalam kajian berkaitan ramuan dan membuat penyelidikan terhadap lebih 200 herba yang berbeza dan akhirnya memilih empat herba (biji labu, bunga safflower, Honey Suckle Jepun dan biji Plantago)  yang diasingkan dengan menjadikan ia sebagai kombinasi semulajadi dalam meningkatkan pengeluaran interferon itu sendiri.

It has taken me some fifty years since my research began to come to this point. The combination of interferon stimulation which strengthens cells, and macrophage activation which plays a major role in the immune system yielded almost magical effects. There are no side effects, and I am confident that my four botanical compound extracts will play a major role in maintaining our health - Dr. Yasuhiko Kojima.

Istilah Interferon oleh Alick Isaacs dan Jean Lindenmann

Penyelidikan berkaitan vaksin terhadap serangan virus ini telah dibuat sebelum ia dikenali dengan istilah interferon. Sebagai contoh kajian yang dibuat oleh Dr. Yasuhiko Kojima dan Dr. Yasuichi Nagano pada tahun 1954. 

Istilah interferon mula diperkenalkan dan dijelaskan pada tahun 1957 oleh Alick Isaack dan Jean Lindenmann di Institut Penyelidikan Perubatan di London. Mereka menjalankan ujian terhadap sel-sel dan virus yang dihapuskan melalui pemanasan, kemudian meletakkan virus yang mati ke dalam sel-sel. Ternyata sel-sel merangsang tindak balas dengan menentang sebarang jangkitan dan virus hidup. Sel-sel bertindak balas terhadap virus mati atau virus hidup dengan merangsang bahan yang dinamakan interferon sebagaimana yang dijelaskan dalam portal The New York Times.

Alick Isaacs (17 Julai 1921 - 26 Januari 1967) adalah seorang pakar virus dari British, manakala Jean Lindenmann (18 September 1924 - 15 Januari 2015) merupakan pakar virus dari Swiss.

Sebuah ulang tahun ke-30 penemuan interferon telah diraikan oleh the Journal of Interferon dengan menerbitkan isu khas yang dikhususkan untuk Lindenmann. Pihak editor Charles Weismann turut menulis berkaitan penyelidikan tersebut sebagai mana yang dipaparkan di portal The Scientist.

Pautan luar yang berkaitan interferon: Interferon immunogenicity Induction of Mx protein Effect of double-stranded RNA Cloning and expression The double stranded RNA Clinical investigation Induction of tryptophan A comparison of interferon Preclinical evaluation Resistance to recombinant interferon.


Ada Apa Dengan NutriFeron?

Kejayaan Dr. Kojima diiktiraf dunia sebagai penemuan terhebat dalam sektor immunologi. Formula yang selamat dan telah diuji beberapa kali melalui ujian klinikal menjadikan rekaan Dr. Kojima mendapat tempat untuk rujukan para saintis. Kombinasi empat ekstrak tumbuhan ini dipanggil sebagai NutriFeron, iaitu ekstrak terbaik yang ditemui hasil penyelidikan yang dilakukan Dr. Kojima.

Terdapat empat ekstrak herba yang berkesan secara semulajadi untuk merangsang keupayaan sel menghasilkan keberkesanan interferon dalam menghadapi ancaman virus, influenza dan bakteria. Interferon juga digunakan melalui suntikan oleh pihak perubatan dengan mengambil kira keperluan kegunaan tersebut untuk penyakit-penyakit tertentu seperti kanser, hepatitis dan HIV.


interferon, nutriferon, pertahanan, imunisasi, produk, shaklee


Alasan utama pengambilan NutriFeron seperti berikut:

  1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi.
  2. Direka oleh penemu interferon.
  3. Penyelidikan selama 40 tahun.
  4. Kombinasi ekstrak ditingkatkan.
  5. Sokongan empat kajian klinikal.
  6. Formula yang diberi perlindungan dan hak ekslusif.
  7. Mutu pembuatan berkualiti tinggi.

Ada Apa Dengan 4 Ekstrak NutriFeron?

Biji Labu

Labu dan biji mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam membantu meningkatkan kesihatan. Nutrien seed (biji labu) dapat merangsang pengeluaran interferon semujadi dalam badan. Penggunaan pumpkin (labu) dalam masakan telah lama diamalkan masyarakat dahulu kala bahkan turut menjadi hidangan para pembesar dan raja kerana dipercayai mengandungi khasiat semulajadi yang tinggi.

Biji Plantago Asiatica

Biji dan Plantago telah digunakan sejak zaman prasejarah sebagai ubat-ubatan herba. Ia dipercayai berfungsi dalam merawat masalah seperti toksid, keradangan, alahan dan diuretik. Masyarakat prasejarah juga menggunakannya untuk merawat kesakitan luaran seperti gigitan serangga, gigitan ular, bisul, kudis dan racun. Ia diamalkan sebagai minuman teh, sirap dan ulam-ulaman. Ia mengandungi polysaccaride (polisakarida) yang dapat membantu mengaktifkan sel-sel imun badan.

Honeysuckle Jepun

Dikenali Japanese Honeysuckle (Honeysuckle Jepun) merupakan tumbuhan menjalar berbau harum yang berasal dari Asia Timur termasuk Jepun, China dan Korea. Tumbuhan ini turut digemari rusa, arnab dan haiwan liar. Ia digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk merawat masalah demam, sakit kepala, batuk, dahaga dan sakit tekak. Menurut portal Cell Research, honeysuckle telah digunakan untuk merawat jangkitan influenza dengan berkesan sejak ribuan tahun lalu. Ia berkesan dalam menentang ancaman kuman dan virus.

Bunga Safflower

Tumbuhan herba Safflower ditanam secara meluas bagi tujuan komersial terutamanya untuk penghasilan minyak sayuran yang berasaskan kepada biji. Keunikan safflower mempunyai khasiat yang tinggi termasuk pada bahagian bunga dan biji. Safflower adalah antara tumbuhan tertua dunia dan mendapat kedudukan istimewa di kalangan masyarakat sejak zaman dahulu kala.

Safflower digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk meningkatkan peredaran darah, mengurangkan rasa sakit, masalah haid dan juga digunakan untuk merawat demam dan masalah kulit.

Menurut analisis kimia terhadap tekstil Mesir purba pada dinasti ke-12 mendapati pnggunaan pewarna yang diperbuat dari safflower. Begitu juga corak hiasan di persemadian Firaun Tutankhamun juga mengambil konsep safflower sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah kajian yang terdapat di dalam sebuah buku sains yang ditulis Daniel Zohary, Maria Hopf dan Ehud Weiss bertajuk Domestication of Plants in the Old Wold. Di dalam buku ini terdapat satu tajuk kecil berkaitan safflower pada muka surat 168.

Terdapat banyak ukiran, perhiasan dan gambar peninggalan Firaun Tutankhamun dan Mesir purba yang ingin menyampaikan motif tertentu dan sukar untuk difahami oleh manusia hari ini sebagaimana yang dipaparkan dalam portal Academia.

Pautan luar yang berkaitan : Issues in safflower production in India Safflower Overview Information Nature provides huge range ou colour possibilities Safflower (hong hua) Safflower field crops manual.

NutriFeron Shaklee dan Wawasan Dr. Kojima

Sistem pertahanan badan dimiliki setiap manusia. Interferon memainkan peranan penting dalam menghalang serangan virus, influenza dan bakteria. Interferon bukan hanya menghalang serangan virus, bahkan turut memusnahkan unsur-unsur yang boleh menyebabkan jangkitan kuman. Usaha Dr. Kojima dalam mengumpul segala data dan bahan untuk dibuat penyelidikan terhadap perkembangan virus dan vaksin penyembuh yang akhirnya dikenali sebagai interferon telah merumuskan empat unsur penting yang dipilih untuk dijadikan bahan yang dapat menguatkan interferon sekaligus meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan.
Sistem pertahanan semulajadi manusia perlu diperkuatkan dengan pemakanan yang betul, senaman yang baik dan mendapat jumlah waktu tidur yang secukupnya. Selain itu, terdapat formula yang lebih berkesan untuk menyokong keupayaan interferon dengan mengambil makanan tambahan atau supplement.
Formula Dr. Kojima yang berwawasan tinggi akhirnya dibangunkan oleh Shaklee  melalui produk suplemen InterFeron. Hak ekslusif dalam membangun idea dan wawasan daripada formula Dr. Kojimi ini tidak ada pada mana-mana produk dan syarikat lain. NutriFeron adalah simbol idea, usaha keras dan pengorbanan yang dilalui Dr. Kojima dalam menghasilkan vaksin terbaik dalam menghalang serangan virus. Akhirnya ia dibangunkan Shaklee dalam bentuk produk pemakanan tambahan yang pasti generasi hari ini dapat menikmatinya dalam bentuk yang lebih mudah, selamat dan mesra alam.

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee?



Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

InspirasiHuda~
Your Trusted Shaklee Consultant!
ShakleeID 883327 | 014 507 5708

4 comments:

  1. Banyak juga kajian yang di buat untuk membantu meningkat kesihatan manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Pelbagai kajian dibuat terhadap sumber yang boleh dijadikan vaksin dan kajian melangkaui zaman pra sejarah.

      Padam
  2. Bagus sangat nutriferon ni..kalau demam ke apa cepat-cepat telan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noriza Rahman Momma Vogue, tepat sekali! NutriFeron pilihan seisi keluarga untuk kesihatan bersama.

      Padam

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top