Interferon: Sebuah Kajian
Virus adalah musuh utama dalam pemerhatian interferon. Interferon melalui keupayaan semulajadi dapat melakukan kawalan terhadap sel yang dijangkiti virus dan sel berhampiran dengan merangsang keluar zat-zat penting untuk menghalang pembinaan replika virus yang semakin besar. Interferon bertindak mengawal zat-zat yang dihasilkan dari sel-sel untuk merombak rangkaian virus.
Persoalannya, sejauhmana badan manusia mampu menyediakan pertahanan (interferon) yang berkesan dalam menghadapi ancaman virus?. Adakah interferon telah mendapat sokongan yang betul untuk menghadapi ancaman virus? Apakah persediaan dan langkah yang ada?
Penemuan Dr. Yasuhiko Kojima dan Dr. Yasuichi Nagano
Para penyelidik dan pengkaji berusaha mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan interferon dalam badan secara semulajadi tanpa menggunakan bahan ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan. Tanggungjawab ini turut dipikul oleh Dr. Yasuhiko Kojima bersama rakan sekerja Dr. Yasuichi Nagano melalui penemuan inovatif semulajadi interferon dalam ubat-ubatan herba Cina pada tahun 1954.Bermula saat itu, pandangan inovatif mereka berkaitan penemuan interferon telah mengundang perbincangan ilmiah di kalangan penyelidik dan kajian pakar saintis dalam mengembangkan penyelidikan dengan lebih aktif termasuk penghasilan anti-virus, anti kanser dan tindak balas imunisasi terhadap kehidupan.
Dr. Kojima memiliki tidak kurang daripada 30 bahagian hak ekslusif atau aset yang diusahakannya untuk mengimbas interferon dan proses yang melibatkan ubat-ubatan herba Cina. Selepas 10 tahun bergelumang dalam penyelidikan berkaitan interferon, Dr. Kojima dianugerahkan Ijazah Doktor Muda Sains Perubatan dari Universiti Tokyo pada tahun 1964. Dr. Kojima juga pernah berkhidmat di Institut Sains Perubatan Universiti Tokyo dan berpengalaman sebagai Penasihat Kanan di Kitazato Pharmaceutical dan Yamanouchi Pharmaceutical. Beliau juga adalah Presiden dan Pengerusi Lembaga di Institut Penyelidikan Herba Interferon sebagaimana yang dipaparkan dalam portal Shaklee Sciense.
Mempersembahkan usia selama 40 tahun dalam kajian berkaitan ramuan dan membuat penyelidikan terhadap lebih 200 herba yang berbeza dan akhirnya memilih empat herba (biji labu, bunga safflower, Honey Suckle Jepun dan biji Plantago) yang diasingkan dengan menjadikan ia sebagai kombinasi semulajadi dalam meningkatkan pengeluaran interferon itu sendiri.
It has taken me some fifty years since my research began to come to this point. The combination of interferon stimulation which strengthens cells, and macrophage activation which plays a major role in the immune system yielded almost magical effects. There are no side effects, and I am confident that my four botanical compound extracts will play a major role in maintaining our health - Dr. Yasuhiko Kojima.
Istilah Interferon oleh Alick Isaacs dan Jean Lindenmann
Penyelidikan berkaitan vaksin terhadap serangan virus ini telah dibuat sebelum ia dikenali dengan istilah interferon. Sebagai contoh kajian yang dibuat oleh Dr. Yasuhiko Kojima dan Dr. Yasuichi Nagano pada tahun 1954.Istilah interferon mula diperkenalkan dan dijelaskan pada tahun 1957 oleh Alick Isaack dan Jean Lindenmann di Institut Penyelidikan Perubatan di London. Mereka menjalankan ujian terhadap sel-sel dan virus yang dihapuskan melalui pemanasan, kemudian meletakkan virus yang mati ke dalam sel-sel. Ternyata sel-sel merangsang tindak balas dengan menentang sebarang jangkitan dan virus hidup. Sel-sel bertindak balas terhadap virus mati atau virus hidup dengan merangsang bahan yang dinamakan interferon sebagaimana yang dijelaskan dalam portal The New York Times.
Alick Isaacs (17 Julai 1921 - 26 Januari 1967) adalah seorang pakar virus dari British, manakala Jean Lindenmann (18 September 1924 - 15 Januari 2015) merupakan pakar virus dari Swiss.
Sebuah ulang tahun ke-30 penemuan interferon telah diraikan oleh the Journal of Interferon dengan menerbitkan isu khas yang dikhususkan untuk Lindenmann. Pihak editor Charles Weismann turut menulis berkaitan penyelidikan tersebut sebagai mana yang dipaparkan di portal The Scientist.
Pautan luar yang berkaitan interferon: Interferon immunogenicity Induction of Mx protein Effect of double-stranded RNA Cloning and expression The double stranded RNA Clinical investigation Induction of tryptophan A comparison of interferon Preclinical evaluation Resistance to recombinant interferon.
Ada Apa Dengan NutriFeron?
Kejayaan Dr. Kojima diiktiraf dunia sebagai penemuan terhebat dalam sektor immunologi. Formula yang selamat dan telah diuji beberapa kali melalui ujian klinikal menjadikan rekaan Dr. Kojima mendapat tempat untuk rujukan para saintis. Kombinasi empat ekstrak tumbuhan ini dipanggil sebagai NutriFeron, iaitu ekstrak terbaik yang ditemui hasil penyelidikan yang dilakukan Dr. Kojima.Terdapat empat ekstrak herba yang berkesan secara semulajadi untuk merangsang keupayaan sel menghasilkan keberkesanan interferon dalam menghadapi ancaman virus, influenza dan bakteria. Interferon juga digunakan melalui suntikan oleh pihak perubatan dengan mengambil kira keperluan kegunaan tersebut untuk penyakit-penyakit tertentu seperti kanser, hepatitis dan HIV.
Alasan utama pengambilan NutriFeron seperti berikut:
- Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi.
- Direka oleh penemu interferon.
- Penyelidikan selama 40 tahun.
- Kombinasi ekstrak ditingkatkan.
- Sokongan empat kajian klinikal.
- Formula yang diberi perlindungan dan hak ekslusif.
- Mutu pembuatan berkualiti tinggi.
Ada Apa Dengan 4 Ekstrak NutriFeron?
Biji Labu
Biji Plantago Asiatica
Honeysuckle Jepun
Bunga Safflower
Safflower digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk meningkatkan peredaran darah, mengurangkan rasa sakit, masalah haid dan juga digunakan untuk merawat demam dan masalah kulit.
Menurut analisis kimia terhadap tekstil Mesir purba pada dinasti ke-12 mendapati pnggunaan pewarna yang diperbuat dari safflower. Begitu juga corak hiasan di persemadian Firaun Tutankhamun juga mengambil konsep safflower sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah kajian yang terdapat di dalam sebuah buku sains yang ditulis Daniel Zohary, Maria Hopf dan Ehud Weiss bertajuk Domestication of Plants in the Old Wold. Di dalam buku ini terdapat satu tajuk kecil berkaitan safflower pada muka surat 168.
Terdapat banyak ukiran, perhiasan dan gambar peninggalan Firaun Tutankhamun dan Mesir purba yang ingin menyampaikan motif tertentu dan sukar untuk difahami oleh manusia hari ini sebagaimana yang dipaparkan dalam portal Academia.
Pautan luar yang berkaitan : Issues in safflower production in India Safflower Overview Information Nature provides huge range ou colour possibilities Safflower (hong hua) Safflower field crops manual.
NutriFeron Shaklee dan Wawasan Dr. Kojima
Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee?
InspirasiHuda~
Your Trusted Shaklee Consultant!
ShakleeID 883327 | 014 507 5708
Banyak juga kajian yang di buat untuk membantu meningkat kesihatan manusia.
BalasPadamBetul.. Pelbagai kajian dibuat terhadap sumber yang boleh dijadikan vaksin dan kajian melangkaui zaman pra sejarah.
PadamBagus sangat nutriferon ni..kalau demam ke apa cepat-cepat telan...
BalasPadamNoriza Rahman Momma Vogue, tepat sekali! NutriFeron pilihan seisi keluarga untuk kesihatan bersama.
Padam