Assalamualaikum pengunjung blog inspirasihuda yang dirahmati Allah sekelian.malam ni rasa nak share tips untuk mengatasi ragam bayi kita yang baru nak tumbuh gigi.moga bermanfaat untuk para ibu,terutama ibu yang xde pengalaman lagi bab ni..anak kedua huda pun baru nak tumbuh gigi..memang kena tahu cara meredakan sakit si manja kita kan...:)

ni anak ke2 huda,namanya nurul izzah,berusia 11 bulan

Gigi bayi mulai terbentuk ketika janin berumur enam minggu di dalam kandungan dan terus berkembang hingga bayi lahir. Pertumbuhan gigi susu pertama hingga lengkap memerlukan masa bertahun.

Gigi di bawah bahagian tengah adalah gigi pertama yang biasanya keluar dahulu. Setelah itu diikuti gigi tengah atas, lalu secara perlahan atau cepat (bergantung pada anak) muncullah gigi lain.

Lazimnya gigi pertama muncul antara usia empat hingga tujuh bulan. American Academy of Pediatricsmenunjukkan tanda-tanda bayi sedang mengalami tumbuh gigi.
  • Meragam, menangis dan lekas marah
  • Demam rendah
  • Banyak mengeluarkan air liur
  • Suka menggigit dan mengunyah objek yang dipegang
  • Bengkak
  • Sering memasukkan jari ke dalam mulut

Gigi susu berfungsi penting dalam mempengaruhi keadaan dan kelancaran pertumbuhan gigi kekal kelak. Ia berfungsi mengunyah makanan, sekali gus membantu perkembangan tulang dan otot rahang, membantu proses perkembangan percakapan kanak-kanak dan membuka ruang untuk pertumbuhan gigi kekal.

Tip redakan nyeri gigi bayi

Bayi kerap berasa tidak selesa apabila tumbuh gigi hingga menyebabkan mereka meragam. Berikut panduan yang ibu boleh ikuti agar bayi tidak meragam.
  • Ais krim buah yang membuat gusi yang sakit terasa sejuk, sekali gus memberikan nutrisi.
  • Pisang yang telah disejukkan. Potong kepada bahagian kecil.
  • Biskut teething sebagai alternatif yang cukup praktikal.
  • Botol berisi air sejuk. Rasa dingin mematikan rasa nyeri pada gusi.
  • Berikan teether yang telah disejukkan.

sumber : majalah wanita

0 comments:

Catat Komen

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top