80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah. Kandungan hemoglobin yg rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu.
Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.


Mengapa ianya terjadi?
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah.
  • Kurangnya pengambilan zat besi dan vitamin B12
  • Penurunan kadar hemoglobin normal.
  • Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik.

Siapa yang berisiko mendapat Anemia
  • Perempuan yang mengandung
  • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
  • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
  • Mereka yang sering muntah dan mempunyai masalah penghadaman

     Tanda-Tanda anda mengalami Anemia
  • Badan terasa cepat Letih dan kurang bermaya
  • Kulit nampak pucat
  • Selalu sangat rasa berdebar-debar
  • Mengalami kesukaran semasa bernafas
  • Pening atau pengsan disebabkan oksigen gagal sampai ke otak
  • Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.

   Kesan Anemia kepada ibu mengandung

· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin (tumpah darah)
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan

· Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth



Apa cadangan saya untuk anda..
  1. Mengambil makanan yg membantu meningkatkan hb merupakan makanan yang kaya zat besi seperti daging lembu,roti gandum,bijirin,telur dan buah2an kering.
  2. Mengambil makanan yg tinggi asid folic seperti bijirin gandum,kekacang,mentega kacang,oatmeal, cendawan, sawi,brokoli dan asparagus.
  3. Makan makanan yg tinggi vitamin c,seperti buah2an citrus oren dan sayur2an. vitamin C membantu penyerapan zat besi yg lebih cekap.
  4. Walaupon hati haiwan (lembu,ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai retinol.kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yg mengambil retinol berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi yg cacat seperti kelainan wajah,kepala,jantung dan sistem saraf.
  5. Oleh itu dapatkan supplement tambahan dari Shaklee kerana diet kita sentiasa tidak teratur dan kurang berkhasiat. 
  • Vitalea : multi vitamin yang membekalkan kesemua vitamin dan mineral untuk badan termasuk asid folic
  • Vitamin C : membantu dalam penyerapan zat besi yg lebih cekap
  • B-complex : membekalkan asid folic serta membantu menstabilkan emosi dan tekanan.

Anda yg tentukan .. jika anda cukup berdisiplin untuk memastikan pemakanan anda cukup segala vitamin dan mineral yang diperlukan … atau anda serahkan kepada pakar supplement yg mana telah Berjaya membawa kesemua yg kita perlukan dalam satu tablet.
Jom dapatkan vitamin shaklee anda..

 
huda (014-5075708)

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top