Coqhealth Plus Shaklee | www.inspirasihuda.blogspot.com

Coqhealth merupakan antara supplement yang hangat terutama pada musim perayaan atau musim cuti (dalam hal pemakanan).

Walaupun musim cuti sekolah telah berlalu, namun penjagaan kesihatan tidak boleh 'berlalu', kena sentiasa jaga kesihatan dari semua aspek. Bukan bermaksud hanya perlu mengambil supplement, bahkan lebih dari itu amalan pemakanan umpamanya, kena ada pantang bak kata orang tua-tua. Makan supplement satu bakul pun, kalau pemakanan tak jaga (sentiasa ambil makanan risiko tinggi) maka tiadalah keberkesanannya dalam apa jua vitamin atau ubat-ubatan yang diambil. sejauh mana persediaan kita dalam memenuhi tuntutan kesihatan ini?

Sebagai contoh memenuhi undangan jamuan kenduri perkahwinan (masih ada undangan walaupun dah mula sesi persekolahan), hal pemakanan perlu dititik beratkan. Kerana segala penyaki umumnya datang dari perut, perut pula menyimpan bahan yang kita makan, makanan yang kita makan pula belum tentu bebas risiko terutama kolestrol,lemak dan banyak lagi.

Coqhealth Plus Shaklee antara vitamin ternama yang digunakan sebagai persediaan mengawal risiko penyakit bagi yang dah berpenyakit dan sebagai perisai pertahanan dari penyakit kronik. Namun ianya bergantung kepada kita, sejauhmana kesedaran dan kesanggupan untuk membuat perubahan. Kalau hari-hari makan Coqhealth dalam masa yang sama hari juga makan banyak daging, rasanya kesihatan anda tidak akan ke mana-mana.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan?

Di antara fungsi Co Enzim Q10 :

- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung

Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :

1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian

Hubungi saya/WhatsApp/SMS di 014-507 5708 untuk membuat pesanan .

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top