Badan Cergas Minda Cerdas
Senaman merupakan satu
bahagian penting dalam penjagaan kesihatan. Ia dilakukan sebagai amalan rutin
atau di masa tertentu melalui pergerakan fizikal untuk tujuan kesihatan dan
meningkatkan kecergasan.
Kecergasan adalah simbol
kesihatan yang sangat bernilai bagi setiap orang. Kecergasan bukan sahaja dapat
dilihat pada sudut fizikal, bahkan ia mewarnai mental setiap manusia dalam
meneruskan aktiviti harian. Minda yang cergas akan memandu seseorang untuk
menguasai dengan lebih baik sesuatu yang diterima di fikiran. Sebaliknya minda
yang lemah akan membantutkan seseorang dalam menerima persekitaran yang
pelbagai seperti urusan kerja, pembelajaran dan penyelesaian dalam sesuatu
permasalahan.
Begitu juga dengan badan yang
lemah akan berisiko mengundang pelbagai jenis penyakit bermula dengan kurang
daya tahan dan membawa kepada permasalahan sistem dan organ. Penyakit datang
kadang-kadang bukan kerana faktor pengambilan makanan sahaja. Ia sangat berkait
dengan gaya hidup yang kurang sihat seperti tidak meluangkan sedikit masa untuk
bersenam.
Penyakit jantung (heart desease) dan angin
ahmar (stroke) antara penyakit yang boleh terjadi apabila aspek senaman tidak
diambil kira dan tidak dilihat sebagai satu juzuk yang penting dalam kehidupan.
Masalah lain yang turut mengundang seperti kegemukan dan diabetes. Oleh itu
senaman adalah satu aktiviti yang sangat penting dalam kehidupan.
Senaman dapat membantu
meningkatkan kekuatan daya tahan otot. Otot yang tegang akibat gaya kerja yang
mendesak dan sering mengejar waktu adakalanya meningkatkan tekanan dan stress.
Melalui senaman yang baik, otot yang tegang dapat diregangkan, sendi menjadi
lebih kuat, memulihkan stress, menyihatkan paru-paru dan jantung dan
mengeluarkan hormon yang tidak diperlukan badan.
Terdapat beberapa perkara yang
perlu dititik beratkan sebelum dan selepas acara senaman dilakukan. Perkara
seperti keselamatan dari segi penggunaan peralatan, pakaian, pelindung bahagian
badan, persekitaran dan pengambilan makanan. Pemanasan badan sebelum senaman
juga perlu dilakukan agar otot berada dalam keadaan bersedia dan peredaran darah
bertambah ke bahagian-bahagian otot .
Senaman pilihan untuk
memanaskan badan seperti berjoging selama beberapa minit atau berbasikal secara
perlahan-lahan. Ia disusuli dengan senaman regangan agar otot tidak mengalami
kecederaan dan kekejangan. Selepas senaman dilakukan, aktiviti menyejukkan
badan boleh dilakukan seperti memperlahankan atau mengurangkan senaman secara
beransur-ansur dan lakukan regangan otot secara perlahan. Ia bertujuan untuk merehatkan
otot, menyingkirkan bahan perkumuhan dan penjagaan kesihatan sendi.
Cadangan suplemen Vivix
Selain mengamalkan senaman
secara sihat, pengambilan suplemen juga dapat membantu membina kesihatan anda.
Vivix adalah suplemen yang membantu mungurangkan risiko penyakit jantung,
kencing manis (diabetes) dan menyokong kesihatan sendi. Banyak lagi khasiat dan fungsi Vivix yang
dapat anda ikuti di artikel Kelebihan Vivix.
0 comments:
Catat Ulasan
Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!