Pernahkah kita terfikir apa manfaat puasa buat diri kita kan?selain lapar dan dahaga yang kita dapat,pasti ada hikmah besar disebalik puasa itu sendiri.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah
ayat 183 dan 185. “Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.
Semua perintah Allah S.W.T yang disyariatkan, pasti mengandungi manfaat tersendiri.
Didalam agama lain pun ada disuruh berpuasa,tapi mungkin caranya berbeza dengan agama islam.
Terdapat beberapa kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa.
Pada 1994, Kongres Antarabangsa berhubung Kesihatan dan Puasa yang diadakan di
Casablanca, telah membentangkan kertas kerja daripada penyelidik-penyelidik Islam dan bukan Islam.
Kajian mendapati amalan berpuasa pada bulan Ramadan mempunyai kesan fisiologi dan psikologi secara tidak langsung.
Kesan fisiologi ini termasuklah, merendahkan paras gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah sistolik.
Puasa juga dapat memberi kesan dan kelebihan dari sudut psikologi. Dengan berpuasa, ianya dapat memberi
ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil.
Semasa berpuasa kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran, amalan ini bukan sahaja memberi ketenangan kepada minda dan jiwa, malah dapat meningkatkan
keupayaan memori.
keupayaan memori.
Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Hasil keputusan menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana
tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.
Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Ketika berpuasa, perut akan mengeluarkan bahan-bahan buangan berbahaya yang disingkirkan melalui proses detoksifikasi.Amalan makan secara berlebihan, diet yang tidak seimbang dengan kuantiti karbohidrat yang tinggi dan makanan berlemak, semasa berbuka boleh menyumbang banyak masalah kesihatan.
Ini termasuklah hiperglisemia, pertambahan berat badan dan rasa tidak selesa pada perut.
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik serta racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Beliau berjaya mengubati pesakit-pesakitnya dengan meminta mereka berpuasa sebagai alternative kepada ubatan moden.
Dari aspek psikologi, manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu fizikal, emosi, kognitif dan spiritual. Berdasarkan komponen itu, puasa di bulan Ramadan diharapkan dapat melatih fizikal, emosi, kognitif dan spiritual untuk melakukan transformasi ke arah kebaikan yang dituntut Islam.
Ramadan juga mendidik diri menghayati konsep hablun min Allah (hubungan dengan Allah) dan konsep hablun minannas (hubungan sesama manusia). Hubungan itu terserlah dalam ibadah dan akhlak yang dilakukan sepanjang Ramadan dan diharap diteruskan selepas Ramadan.
Selain meningkatkan ibadat kepada Allah SWT, puasa juga mendidik jiwa insan untuk berkongsi nikmat dikurniakan dengan memperbanyakkan amalan sedekah yang mampu membersihkan jiwa daripada perasaan sombong.
Puasa mampu menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong dan hasad dengki. Apabila
seseorang itu berpuasa, ia mampu membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak
langsung menerapkan sifat rendah diri terhadap orang lain dalam diri.
Puasa juga mendidik jiwa dengan sifat belas ihsan terhadap orang lain yang hidup susah dan kurang bernasib baik. Dengan itu, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang hidup serba kekurangan.
Perintah berpuasa bagi umat Islam adalah pengendalian diri atau self control. Aspek pengendalian ini penting kerana pengendalian diri merupakan salah satu komponen utama bagi mewujudkan dan psikologi dan jiwa yang sihat.
Dari perspektif ilmu psikologi dan kesihatan mental, kemampuan mengendalikan diri adalah merupakan indikasi utama sihat atau tidaknya kehidupan rohaniah seseorang.
Seseorang yang sihat psikologi dan jiwanya akan memiliki tingkat kemampuan
mengendali diri yang baik, sehingga terhindar dari berbagai gangguan psikologi.Sekiranya pengendalian diri seseorang terganggu, maka akan timbul berbagai reaksi pathologi dalam pikiran (cognition), perasaan (affection) dan perilaku (psikomotor).
Apabila hal ini terjadi maka akan terjadi hubungan yang tidak harmoni antara diri individu dengan dirinya sendiri dan juga dengan orang lain di sekitarnya.Oleh yang demikian, orang yang jiwanya tidak sihat,keadaannya akan sangat mengganggu dirinya sendiri, juga menggangu orang lain.
“Puasa itu bukanlah sekadar menahan diri dari makan dan minum,tetapi sesungguhnya puasa itu adalah mencegah diri dari segala
perbuatan yang sia-sia serta menjauhi perbuatan-perbuatan yang kotor dan keji.”
(HadisRiwayat Buhari).
perbuatan yang sia-sia serta menjauhi perbuatan-perbuatan yang kotor dan keji.”
(HadisRiwayat Buhari).
Di samping itu ibadat puasa juga mendidik manusia supaya bersifat sabar kerana dengan sifat sabarlah kebiasaannya seseorang itu dapat membentuk karakter dan peribadi yang bermutu tinggi dan mampu membentuk sebagai pemimpin yang terkenal yang membawa dirinya ke peringkat yang dimuliakan, dihormati serta dikasihi.
Sifat sabar adalah seiring dengan sifat tawakal, sebab orang yang bertawakal mestilah sabar dalam menghadapi tanggungjawabnya dan meneruskan perjuangannya, juga tenang dalam menjalankan urusannya hingga sampai kepada matlamatnya.
Dengan berpuasa, emosi kita akan terdidik dan berubah kepada yang lebih stabil dan rasional. Orang yang berpuasa perlu bersabar menunggu waktu berbuka dan menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa. Sifat pemarah akan berkurang, lebih bersimpati dan memahami perasaan orang lain, hati jadi lembut dan berbagai-bagai lagi perkara positif berkaitan emosi.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan berpuasa dari aspek kesihatan, emosi dan psikologi.
Di bulan yang mulia ini, bersamalah kita perbaiki diri kearah yang lebih positif. Moga Ramadan kali ini, ada manfaatnya yang berterusan.
Di bulan yang mulia ini, bersamalah kita perbaiki diri kearah yang lebih positif. Moga Ramadan kali ini, ada manfaatnya yang berterusan.
'SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA'
'MENCARI MALAM LAILATUL QADAR'
Thanks for reading! :)
semoga bermanfaat...
Anda inginkan set kesihatan Keluarga??juga untuk kesihatan menyeluruh??atau ingin mendapatkan suplement DETOX untuk mengekalkan kesihatan berpanjangan,jangan segan2 boleh hubungi saya di 014-5075708 ( huda )
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi huda untuk FREE CONSULTATION
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee??klik dibawah.
HUDA | 014-5075708
www.inspirasihuda.blogspot.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan
Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!