Ibu bapa prihatin sudah tentu mengharapkan mutu pembelajaran anak-anak di sekolah berada di tahap terbaik, paling tidak pun di tahap memuaskan. Begitu juga dengan tahap kesihatan anak-anak di sekolah yang mendapat perhatian guru-guru dan pihak kementerian melalui beberapa program kesihatan yang dianjurkan.

Program kesihatan yang memberi penumpuan kepada beberapa kategori iaitu Pra sekolah, Tahun 1, Tahun 6 dan Tingkatan 3 melibatkan khidmat kesihatan, pergigian dan alam sekitar. Proses ini akan dilalui anak-anak untuk memastikan keadaan kesihatan mereka diberi perhatian sewajarnya oleh pihak sekolah dan kementerian.

Umumnya mengetahui masalah kesihatan anak-anak ini boleh mengganggu prestasi dan tumpuan terhadap pembelajaran. Melalui langkah-langkah yang diambil ini seharusnya juga menjadi titik tolak kepada kesedaran ibu bapa dan masyarakat untuk sama-sama berganding bahu dalam memastikan matlamat kesihatan anak-anak ini dapat dijayakan bersama.

Peranan ibu bapa selain memastikan anak-anak mendapat perhatian sewajarnya terhadap kesihatan, aspek pemakanan juga antara penyumbang utama dalam menilai tahap kesihatan anak-anak. Ibu bapa yang prihatin tidak akan membiarkan anak-anak menjamah hidangan yang tidak sesuai dengan kondisi yang diperlukan, apatah lagi memberikan hidangan yang boleh mendatangkan risiko untuk jangka masa panjang seperti makanan kerap berminyak, berlemak dan makanan ringan yang tidak mengandungi nutrisi secukupnya untuk perkembangan anak-anak.

Saranan pengambilan vitamin dan mineral berkhasiat sebagai langkah untuk membantu anak-anak mengekalkan kesihatan dan mendapat pertahanan sistem badan yang diperlukan.

Khasiat vitamin bukan hanya dapat diperolehi dari pemakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, ianya juga dapat diambil melalui kapsul atau pil yang kini terdapat di farmasi kesihatan dan mendapat kelulusan dari pihak kementerian.

Selain itu, produk vitamin yang dihasilkan juga mendapat perhatian masyarakat seperti vitamin Shaklee. Ianya adalah suplemen yang telah lama bertapak di Malaysia dan khasiatnya diakui melalui pengalaman pengguna.

Vita-Lea for Children adalah vitamin untuk kanak-kanak yang akan melalui detik pendewasaan dengan penuh keriangan. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan vitamin ini boleh lihat pada artikel saya bertajuk  ‘Vita-Lea for Children : Rasa Yang Sedap danBerkhasiat’. Untuk menonton dengan lebih santai perihal vitamin ini boleh lihat di Youtube.
 

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top