Saya pernah terbaca alasan seorang wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya adalah kerana ingin menjaga penampilan. Ada yang takut payudara kendur apabila menyusukan anak. Tak kurang juga suami yang bukan saja tidak memberikan sokongan kepada isteri yang bersungguh-sungguh ingin menyusukan anak dengan susu ibu, malah ada juga yang sanggup memberikan kata dua kepada isteri kerana penampilan isteri tidak lagi seperti zaman anak dara. Sokongan suami dan orang-orang yang rapat juga merupakan antara faktor utama kejayaan penyusuan susu ibu selain dari pengetahuan dan informasi yang tepat.

Buat para suami, ingatlah bahawa Allah telah berfirman bahawa penyusuan susu ibu adalah tanggungjawab ibu bapa. Di mana seorang suami perlu menyediakan keperluan isteri supaya wanita itu dapat menyusukan bayinya sebagai mana yang telah diperintahkan oleh Allah. Walau pun penyusuan susu ibu bukan perkara yang diwajibkan tetapi ia merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada anak yang dilahirkan. Sehinggakan walau pun sekiranya mereka bercerai, suami iaitu bapa kepada anak itu perlu memberikan ganjaran kepada bekas isteri yang menyusukan anak mereka sehingga umur bayi itu dua tahun. Sekiranya isteri enggan atau isteri meninggal dunia, bapa itu bertanggungjawab mencari seorang ibu susuan bagi melengkapkan keperluan penyusuan sehingga umur anak itu dua tahun.

Walau pun penyusuan dengan ibu susuan adalah perkara yang amat jarang kita dengari pada zaman ini, tetapi perlu diketahui bahawa pilihan yang Allah telah berikan kepada kita semua selepas ibu kandung adalah ibu susuan. dan bukan susu formula. Bagaimana pun saya di sini bukan berniat memperlekehkan atau menyalahkan ibu bapa yang memberikan susu formula kepada anak mereka. Saya hanya sekadar mengingatkan diri saya tentang pilihan yang diberikan kepada saya.

Kepada semua individu yang telah mendirikan rumah tangga dan juga yang bakal mendirikan rumah tangga. Perlu kita semua ingat bahawa perkahwinan bukan hanya mengenai hubungan s*ksual semata-mata. Manakala fungsi utama payudara wanita bukanlah sebagai daya tarikan s*ksual. Ia adalah untuk penyusuan susu ibu. Oleh itu sedarlah bahawa anak-anak itu wajar diberikan dengan apa yang sepatutnya menjadi haknya. Iaitu susu ibunya.



Dari segi zat susu ibu, susu yang diberi secara terus atau diperah masih sama. Cuma bezanya, ikatan kasih sayang antara ibu dan anak sewaktu menyusu membuatkan mereka menjadi lebih rapat.

susu ibu menyediakan khasiat yang diperlukan oleh bayi.

“ Susu ibu hidup dan tidak mati. Ia akan menyesuaikan diri dengan kandungan yang diperlukan bayi dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun.

“Berbanding susu formula, zatnya statik. Apa yang diletak itulah kandungan yang ada di dalamnya sampai bila-bila,”

Oleh itu, sebagai seorang suami, cintailah isteri anda. Berikanlah sokongan kepada isteri yang bersusah payah dalam usaha memberikan yang terbaik kepada cahaya mata anda berdua. Seorang isteri dan ibu telah memberikan pengorbanan yang besar dalam menjalankan tanggungjawabnya. Bukankah isteri itu bersusah payah membawa kandungan selama sembilan bulan, bertarung dengan maut ketika melahirkan zuriat anda. Oleh itu hargailah ia. Berikanlah sokongan kepada mereka.

Sabarlah untuk dua tahun penyusuan. Semua wanita mahukan penampilan yang hebat dan tubuh badan yang menawan untuk dipersembahkan kepada suami yang tercinta. Tetapi dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu mereka mengorbankan seketika cita-cita tersebut. Bagi saya susu ibu mempunyai terlalu banyak kebaikan untuk ditukarkan dengan tubuh badan yang menawan.

Sekiranya anda memerlukan supplement lengkap untuk menjayakan proses penyusuan bolehlah klik disini = SET IBU MENYUSU

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
Cod di Kota Bharu, Kelantan.

huda (014-5075708)

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top