14 Ramadhan, moga kita terus memburu kemuliaan dan ganjarannya di sisi Allah. Sedikit berkongsi ringkasan dengan teman-teman dalam menyenaraikan beberapa kitab muktamad atau kitab utama setiap mazhab untuk rujukan dan kajian dalam membantu perjalanan proses menyiapkan tesis adik saya yang mungkin berguna juga untuk teman-teman di maya ini.

Kita memerlukan kitab rujukan utama ini kerana ia mewakili pandangan jumhur ulama' dan fuqaha' mazhab. Dengan ini kita dapat mencari titik perbezaan pandangan jumhur fuqaha' mazhab dari segi pandangan, ijtihad persendirian dan pandangan yang bercanggah. Ia juga dapat melindungi pengkaji daripada terkeliru dengan kepelbagaian pendapat agar tidak tersilap menisbahkan pendapat kepada sesuatu mazhab.

Mazhab Syafie.
Terdapat 2 buah kitab asal Syafi’e iaitu :-

a- Al-Hujjah iaitu kitab beliau yang ditulis semasa berada di Baghdadl, ianya ibarat kitab yang mengandungi

‘qawl qadim’ (pendapat lama) Imam Syafi’e. Kitab ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal (241 H), Imam Abu

Thaur, Az-Za’farani dan al-Karabisi.

b- Al-Umm iaitu kitab beliau yang dikarang ketika berada di Mesir, ibarat kitab yang mengandungi ‘qawl jadid’

bagi mazhab Syafie. Ia diriwayatkan oleh Imam Yusof Bin Yahya Al-Buwaiti (231 H) , Imam Ismail Bin Yahya Al-Muzani

(264 H), Ar-Rabi’ al-Jizi dan Ar-Rabi’ Bin Sulaiman al-Muradi(270 H).

Terdapat 4 kitab asal Syafie yang menjadi aliran utama ilmu2 Al-Syafie. Iaitu Kitab Al-Umm, Al-Imlak, Mukhtasar al-Buwaiti dan Mukhtasar al-Muzani.

Sebagai ringkasan dan tambahan, berikut kitab2 utama mazhab Syafie yang sering menjadi tumpuan utama para ulama’ setiap zaman.

1) Al-Umm, Imam Muhd Bin Idris al-Syafi’e

2) Al-Wajiz, Imam al-Ghazali

3) Fath al-‘Aziz, Imam ar-Rafie

4) Al-Majmu’, Imam An-Nawawi, serta semua kitab2 beliau.

5) Tuhfat al-Muhtaj, Imam Ibn Hajar al-Haitami

6) Nihayat al-Muhtaj, Imam Muhd Ar-Ramli ( di gelar Syafi’e Soghir)

7) Al-Hawi al-Kabir Syarh Mukhtasar Al-Muzani, Al-Imam al-Qadhi Muhd Bin Habib Al-Mawardi (450 H)

8) Tuhfat al-Tullab Bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab, Syeikh al-Islam Abu Yahya Zakaria al-Ansari (926 H).

9) Mughni al-Muhtaj ila ma’rifat AlFaz al-Minhaj, Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-Khatib ( 977 H)

10) Al-Iqna’, Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-Khatib

11) Al-Muhazzab, Imam Ishak Ibrahim Bin ‘Ali Al-Syirazi (476 H).

12) At-Tanbih, Imam Ishak Ibrahim Bin ‘Ali Al-Syirazi (476 H).

13) Khoshiyah al-Bajuri ‘ala syarh Ibn Qosim, Ibrahim Bin Muhd al-Bajuri (1277 H)

Demikianlah, turutan ulama’ mutaakhirin dari mazhab Syafie. Ringkasnya, kitab Muktamad dalam Mazhab Syafie adalah Al-Majmu’, Fath al-Aziz, Nihayatul Muhtaj dan Tuhfatul Muhtaj.

Adapun kitab utama daripada 3 mazhab lagi (Hanafi, Hambali & Maliki) akan disenaraikan semula nanti.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top