Vivix Shaklee, kurma dan air kosong menutup juadah sahur tadi. Sementara menunggu azan subuh berbual seketika dengan encik suami perihal serangan kembali ke atas Palestin yang dilakukan oleh Israel dan mendapat sokongan padu Amerika Syarikat.

Saya tertarik dengan ulasan encik suami dari segi bantuan kita kepada saudara kita di Palestin. Bukan semua orang mampu memberikan dalam bentuk material atau wang ringgit. Maka kita diperkenalkan dengan Qunut Nazilah, ada kisah yang disebut di sebalik Qunut Nazilah yang membuatkan saya agak termenung dan sedih.

Peristiwa yang berlaku di bulan Safar 4 Hijrah iaitu Tragedi Bi'r al-Ma'unah (Telaga Ma'unah). Seramai 70 orang utusan anak muda ahlul qura', penghafaz al-Quran dan mempunyai pemahaman terbaik yang dipilih Nabi Muhammad S.A.W dihantar ke Najd (sebuah kawasan yang agak jauh dari Madinah) bagi berdakwah dan memberi pencerahan kepada masyarakat di sana tentang al-Quran / Islam.

Sebaik tiba di Telaga Ma'unah, mereka ini diserang oleh golongan kafir musyrikin daripada Bani Salim. Mereka yang menerajui pembunuhan ini ialah Ri'il, Zakuan, 'Asiyah dan Lihyan datang menyerbu dan membunuh para utusan yang dihantar oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Mereka telah melakukan khianat terhadap perjanjian bersama dan melakukan kekejaman dengan pembunuhan ini. Walaupun seramai 70 orang ahlul qura' yang dihantar, ia bukan bertujuan untuk berperang tetapi untuk berdakwah sebagaimana yang diminta oleh seorang yang bernama Abu Barra'. Mereka mempertahankan diri hingga menemui syahid.

Nabi Muhammad S.A.W mengetahui perkara ini dengan rasa marah dan sedih terhadap pembunuhan ke atas ahlul qura' yang dipilih sendiri olehnya. Maka Nabi telah melakukan bacaan Qunut Nazilah di dalam solat selama sebulan meminta kepada Allah S.W.T mengambil tindakan ke atas Bani Salim.

Untuk membaca Qunut Nazilah tidak semestinya dengan bacaan panjang, bersesuaian dengan kemampuan orang awam walau dengan hanya berdoa "Allahuman Shuril Islama Walmuslimin" atau "AllahumanshurilMujahidina fi Falastin" di rakaat akhir selepas ruku'. Sami'Allahuliman hamidah.." "Allahurabbana lakalhamd" - "Allahumanshuril Mujahidina fi Falastin" - kemuadian "Allahu akbar" dan sujud.

Ada hadith sebut Nabi baca Qunut Nazilah di 5 solat fardhu, termasuk zohor dan asar nabi tidak baca dengan nada perlahan tetapi 'jahar' iaitu jelas dan diaminkan oleh orang di belakangnya (makmun).

Semoga bermanfaat. 12 Ramadhan yang indah
#promosiShakleejulai_VIVIX_beli6percuma1

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top