Penyusuan susu ibu vs suplimen - Salah faham dan keraguan
Ramai yang bercakap mengenai kesihatan sekarang ni..Tak kisah lah untuk
preventive atau pon untu mengubati selepas datangnya sakit....Dan untuk
ibu2 yang menyusu..Adakah vitamin tambahan diperlukan oleh seorang ibu
yang menyusukan anak?
Jawapannya, ia adalah pilihan.
Mengambil makanan tambahan adalah pilihan kepada mereka yang sihat, dan
mungkin ‘kewajipan’ bila dah sakit. Misalnya, apabila kita demam
berpanjangan, adakalanya doktor memberi pil vitamin di samping
ubat-ubatan untuk melegakan sakit kita tu.
Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak ibu yang
menyusukan? Ini adalah kerana target pihak kesihatan sedunia untuk
mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan kelahiran, terutama
yang melibatkan bayi dan ibu tersebut. Ibu hamil yang tidak cukup
nutrisi terdedah kepada banyak risiko kesihatan, misalnya anemia. Dan ia
boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Terdapat kajian yang
menyatakan, kekurangan nutrisi semasa kehamilan mendedahkan bayi
tersebut kepada risiko penyakit kronik apabila dewasa kelak.
Begitu juga dengan saat-saat menghadapi kelahiran. Ibu memerlukan
nutrisi yang cukup bagi mengelakkan risiko semasa kelahiran misalnya
tumpah darah yang boleh menyebabkan maut. Jadi nutrisi tambahan adalah
penting untuk ibu hamil. Saban tahun di kawasan penduduk miskin di
negara-negara seperti India, di mana kesedaran tentang nutrisi tambahan
adalah kurang, bilangan kematian ibu dan bayi kian meningkat. Malah di
India, amalan pemberian madu lebah kepada bayi baru lahir meningkatkan
risiko kematian bayi.
Berbeza dengan individu lain, sekalipun ibu yang menyusukan kerana ia
tidak lagi melibatkan risiko seperti di atas. Tidak ada doktor yang
menyuruh pesakitnya mengambil vitamin, melainkan pesakitnya menunjukkan
ciri-ciri kekurangan vitamin, ataupun doktor tersebut adalah
ejen/penjual vitamin. Jadi, selain dalam keadaan sakit dan berisiko,
pengambilan vitamin tambahan adalah pilihan.
Namun, ternyata pilihan mengambil vitamin tambahan adalah yang terbaik, kerana:
- Pengambilan antioksidan memusnahkan radikal bebas dalam badan – mengurangkan risiko terkena kanser dan penuaan pramatang.
- Memberi nutrisi yang cukup demi menampung keperluan vitamin dan mineral harian.
- Membina dan memulihkan sel-sel yang rosak akibat pemakanan yang tidak sihat; pencemaran alam sekitar seperti asap rokok dan kenderaan; stress dan sebagainya.
- Memulihkan tenaga terutama bagi mereka yang sibuk.
- Memberi makanan kepada sel, bukan sekadar makanan perut untuk kenyang sahaja.
- Banyaknya kemusnahan yang berlaku pada sumber vitamin dari bahan makanan asli.
- Makanan yang diproses, meskipan pada asalnya berkhasiat, namun pengawet atau bahan lain yang dicampur mengurangkan khasiatnya.
Bagi Muslim, menjaga kesihatan termasuk dalam 5 perkara : Sihat sebelum
sakit. Orang Islam perlu berada dalam keadaan sihat dan sentiasa
bersedia bagi memudahkan urusan ibadah dan sebagainya. Sebelum mengalami
kekurangan vitamin, atasinya dengan mengambil pemakanan tambahan agar
badan kita terpelihara dari sebarang gejala kekurangan vitamin.
Bagi ibu yang menyusukan anak, benar tanpa pengambilan vitamin, susu
badan tetap berkualiti. Namun sebagai individu yang istimewa, seorang
ibu menyusu memerlukan lebih nutrient dari orang lain.
- Memerlukan 25% lebih kalori dari orang lain.
- Memerlukan lebih kalsium.
- Memerlukan zat besi, vitamin B, dan mineral-mineral lain.
Ibu yang mengalami malnutrition (tidak cukup nutrisi) masih mampu
menghasilkan susu yang banyak, bergantung kepada keperluan bayi dan
kekerapan ibu membuat stimulasi kepada payudaranya. Namun untuk
memastikan kesihatan ibu berada di tahap optimum, yang mana dalam
beberapa kes, nutrisi dalam badan ibu diserap ke dalam susu, misalnya
vitamin B, menyebabkan ibu menghadapi kekurangan vitamin tersebut. Tidak
hairanlah ibu menyusu lebih cepat kepenatan dan lesu.
Namun itu tidak bermakna, ibu yang kurang nutrisi patut memberhentikan
penyusuan, tidak sama sekali. Walau bagaimana kurang nutrisi yang
dihadapi oleh seorang ibu itu, susu badan adalah yang terbaik bagi
bayinya.
Terima kasih kepada kak alom di atas perkongsian di atas..
Bagaimana dengan anda? Berminat nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di inspirasihuda@yahoo.com atau sms/whatsupp 0145075708 untuk sebarang
pertanyaan:)
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug
Administration. These products are not intended to diagnose, treat,
cure, or prevent any disease.
0 comments:
Catat Ulasan
Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!