Health & Wellness Talk April 2016
Program Jom Detox Cara Shaklee telah diadakan di Shaklee Branch Kota Bharu pada 8 April 2016. Jom Detox Cara Shaklee adalah program yang disenaraikan untuk acara bulanan Health & Wellness Talk. Program yang berlangsung seawal 8.30 malam hingga 10.00 malam ini disampaikan oleh puan Siti Sarah (pakar nutrisi Shaklee) berkisar taklimat kepentingan detox dan amalan yang berkait dari sudut pemakanan, senaman dan penghadaman.
Jom Detox Cara Shaklee di Shaklee Branch Kota Bota Bharu |
Jom Detox Cara Shaklee adalah sebuah program bertujuan untuk mengetahui bagaimana konsep detoks Shaklee dapat membantu untuk meningkatkan tenaga, memiliki kulit yang lebih cantik, badan cergas & sihat, membaiki sistem penghadaman, melegakan kembung perut & angin. Manfaat setiap set produk detox Shaklee membantu proses aktiviti detoks berjalan dengan lebih berkesan.
Maklumat yang diperolehi dari program Jom Detox Cara Shaklee dikongsikan dalam artikel ini secara ringkas sebagai panduan untuk menggalakan amalan gaya hidup sihat dengan cara yang lebih berkesan dan selamat.
Kenapa perlu detoks?
Detoks diperlukan untuk mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan atau dalam erti kata lain badan tidak memerlukannya kerana boleh menjejaskan kesihatan seperti toksin, pencemaran, racun / chemical dan makanan tidak sihat.
Kesan daripada amalan detoks ini sangat diperlukan untuk kesihatan yang lebih baik seperti berikut:
- Ingin lebih bertenaga
- Ingin lebih fokus
- Ingin lebih sihat
- Ingin penghadaman yang lebih baik
Risiko jumlah toksin yang tinggi dalam badan boleh membawa gejala yang tidak sihat dan menyumbang kepada penyakit yang menjejaskan gaya hidup sebagaimana gejala berikut:
- Sembelit
- Berat badan meningkat
- Kulit kusam dan berjerawat
- Cepat letih
- Suka makanan yang manis
- Susah nak tidur
Organ yang terlibat dalam menapis toksin keluar ialah:
- Hati
- Paru-paru
- Kulit
- Buah pinggang
- Usus
- Limpa
- Kolon
Puan Siti Sarah (Nutritionist) |
Bagaimana cara detoks?
Detoks dapat dilakukan dengan cara seperti berikut:
- Kawal pemakanan
- Senaman
- Suplemen
- Kurangkan terdedah kepada chemical
Shaklee mempunyai beberapa produk yang boleh digunakan untuk tujuan detoks. Kesemua produk ini mempunyai peranan tersendiri dalam pelan amalan detoks yang dilakukan seharian dan sasaran dilakukan selama 7 hari.
- Alfalfa Complex
- DTX Complex
- Peppermint Ginger Plus
- Herb-Lax
- Vivix
Promosi Set Detoks Shaklee
Promosi April 2016 Set Detox Shaklee |
Shaklee Malaysia melancarkan kempen detoks bermula April 2016. Menampilkan Set Detox Shaklee Alfalfa Complex, DTX Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger Plus dan Vivix pada harga istimewa. Set Detox Shaklee menyediakan keistimewaan seperti berikut:
- Keahlian percuma seumur hidup
- Kos pos percuma
- Bonus RM33.00
Lemon memiliki khasiat tinggi yang berupaya membantu hati membina sel-sel baharu. Selain popular sebagai buah mesra jantung, lemon juga digunakan sebagai detoks untuk kesihatan organ penting dalam badan agar berfungsi dengan lancar.
7 hari detox cemerlang
Melalui program Jom Detox Cara Shaklee #HidupHebat digariskan beberapa panduan yang boleh digunakan untuk melakukan detox yang disasarkan selama 7 hari. Pemakanan yang disarankan antaranya seperti fiber, sayuran hijau, buah-buahan dan sup (sayuran). Paparan penuh dapat dirujuk di laman Shaklee2u di bahagian Resource Center.
Program Jom Detox Cara Shaklee #HidupHebat / Jom Detox Shaklee Way! #LiveAmazing telah diadakan dengan jayanya dan mendapat maklum balas yang memberangsangkan melalui perkongsian, pertanyaan dan panduan yang dikemukakan oleh setiap peserta bersama pakar nutrisi Shaklee puan Siti Sarah. Jom bersama melakukan detox untuk kesihatan yang lebih baik untuk diri, keluarga dan masyarakat Malaysia.
Jom Detox the Shaklee way! |
ada la, baru-baru ni buat air lemon letak dalam peti ais...nak kasi suami detox...mcm tak berjaya jer...hehehe
BalasPadamTarima kasih Ema.. Semangat untuk detox perlu tinggi hehe
Padam