Pemakanan Sihat Bersama Produk Detoks Shaklee

 
Menyahut saranan hasil pendedahan cara detoks mudah dan berkesan dari program Jom Detox Cara Shaklee seminggu yang lalu, saya menyediakan persiapan dan keperluan penting untuk suami bagi perjalanan aktiviti detoks yang berlangsung selama 7 hari.

Persiapan penting seperti menyediakan makanan sayur-sayuran, buah-buahan dan sedikit lauk untuk aktiviti detoks yang mempunyai plan tersendiri mengikut hari-hari tertentu dari segi pengambilan makanan dan aturan hidangan.

Aapa kata encik suami selepas 7 hari mengamalkan detoks hasil dari pendedahan dan perkongsian program Jom Detox Cara Shaklee?

Testimoni Suami


Selama ini hanya tahu detoks dari sudut pembersihan organ dalam badan sahaja termasuk untuk menyingkirkan bahan-bahan kimia yang boleh mengganggu sistem organ. Namun selepas mengikuti pendedahan dari program Jom Detox Cara Shaklee, ia sebenarnya menyediakan cara dan aturan pemakanan yang baik untuk kesihatan.
 
Tempoh 7 hari jika difahami hanya makan sayuran sahaja, rasanya ramai orang tak mampu melakukannya. Selalunya saya hanya dapat bertahan dengan memakan sayuran hanya 3 hari sahaja berdasarkan pengalaman berada di negara luar beberapa ketika dahulu dengan menu pemakanan yang berbeza berbanding citarasa orang asia.

Detoks 3 hari pertama pemakanan tertumpu kepada sayur-sayuran dan buah-buahan. Hari ke-4 dan ke-5 dah boleh ambil sedikit ikan atau ayam, ia memberi tenaga dari terus rasa lesu setelah 3 hari tumpuan pemakanan kepada sayur dan buah. Manakala hari ke-6 dan ke-7 dah boleh ambil sedikit karbohidrat seperti nasi.

Cara ini sebenarnya membantu kita untuk terus bertenaga di samping mengamalkan detoks. Kalau hari pertama hingga ke-3 hanya makan sayur tanpa, saya rasa macam tak ada tenaga, tapi apabila sayur itu disertakan sama dengan buah, ia seolah memberi rasa tenaga yang kita tak perlu kepada penambahan makanan lain seperti makanan harian biasa. Dalam erti kata lain, kita merasa cukup.

Apabila tiba hari ke-4, baru lah terasa kekurangan dan sedikit lesu jika hanya berterusan makan buah dan sayur sahaja. Maka itu lah sebaiknya pada hari ke-4 dan ke-5 kita dapat ambil sedikit protein dengan makan sedikit ikan atau ayam.

Pada hari ke-6 dan ke-7, jika trend pemakanan dari hari ke-4 dan ke-5 berterusan tanpa sebarang penambahan hidangan, maka kita akan rasa nak makan banyak ikan atau ayam. Jadi sebagai pelengkap program detoks, hari ke-6 dan ke-7 dah boleh ambil sedikit karbohidrat seperti nasi. Jadi rasa nak makan ayam atau ikan secara berlebihan dapat diatasi dengan mengambil sedikit makanan karbohidrat.

Corak pemakanan selama 7 hari ini adalah berkesan dan mengambil kira keperluan yang mencukupi, tidak berlebihan dalam pengambilan sesuatu hidangan berdasarkan keperluan yang diutamakan.

Kesan mengamalkan detoks


Kesan amalan detoks mengikut cara Shaklee ini banyak memberi kebaikan, antaranya perut terasa nyaman, tiada masalah angin, badan ringan dan tumpuan kepada aktiviti harian lebih kuat dan bertahan lama dari keletihan. Tapi perlu mengikut cara yang betul sebagaimana perkongsian di program Jom Detox Cara Shaklee.

Jumlah waktu tidur pun kena jaga, ini bagi memastikan perjalanan proses detoks ini lebih berkesan, sebab badan pun perlu rehat yang cukup untuk proses detoks. Begitu juga dengan senaman, kalau boleh buat setiap hari itu lebih baik, paling kurang pun 3 kali seminggu. Senaman sangat penting untuk proses detoks.

Itu lah sedikit sebanyak yang dapat dapat diulas oleh suami saya berkait dengan aktiviti detoks yang telah dilalui selama 7 hari. Kesan yang diperolehi sangat baik dan memberi kesihatan yang bermakna buat semua. Jom detox cara Shaklee.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top