JANGAN RISAU, ITU DINAMAKAN HEALING CRISIS @ KRISIS PENYEMBUHAN
Assalamualaikum WBT...
Saya pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa pelbagai effect yang mereka dapat selepas mengamalkan supplemen Shaklee..
Pasti ada yang terdetik di dalam hati, ish3..”Menyesal pulak percaya dengan cakap member, suruh ambik supplemen Shaklee..huhuu…tak pasal2 dapat masalah lain pulak..”
Jika anda adalah antara mereka yang pernah terfikir seperti di atas, atau sekarang sedang mengalaminya, untuk pengetahuan anda, itulah yang kami panggil sebagai healing crisis.
Jadi, saya ingin kongsikan bersama anda, info lebih lanjut lagi, mengenai keadaan dan mengapa healing crisis berlaku..check it out..hehee..
Saya berharap anda bukanlah seorang yang mudah melatah. Jika ada apa2 yang menimbulkan kemusykilan, cepat-cepat hubungi distributor anda. Saya yakin, dia pasti ada penjelasannya..
Q:Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan
yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan
yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan
mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam
badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda
akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan
ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China,
penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
-Tidak mengamalkannya setiap hari
-Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
-Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
-Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
-Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
-Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
-Mengalami masalah emosi
Semoga anda cepat sembuh dan sihat-sihat selalu..amalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai terapi minda dan jiwa, bila anda tenang dan positif, penyakit mudah hilang..dan jangan lupa minum air masak 3L sehari ye!!!!
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di: 014-507 5708 atau WahatsApp 014-827 5867. Atau PM saya di FB Nurul Huda
0 comments:
Catat Ulasan
Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!