Emas Powergold

Seminar Powergold di MGU Hotel Kota Bharu


Menemani suami di setiap program ibarat meluangkan masa untuk berbulan madu. Mengecapi persekitaran baharu, mengutip mutiara ilmu dan bertemu kenalan baharu adalah chemestry yang membina aura positif dan meluruhkan segala debu negatif.

Cakera waktu deras bagai bersayap, program seminar perniagaan emas yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang terasa begitu singkat dengan perkongsian ilmu yang datang dari pelbagai latar belakang jurusan. Majlis yang dimulai dengan bacaan doa, zikir dhuha dan asma'ul husna bertambah lestari dengan perkongsian seperti 'Marketing Plan' - Chepahkaya, 'Kenapa Aku Di Sini' - Yanakayaemas78, 'IG & Blog' - Saragold, 'Aku Kaya & Berjaya' - Rinakayaemas dan 'Stigma Aura' Puan Mastura. Slot ke - 2 di sebelah petang pula menampilkan beberapa veteran dan testimoni produk seterusnya berakhir dengan acara 'Sepetang Bersama CEO' - Tuan Taqiudin Wan Hamid disusuli dengan cabutan bertuah, sesi bergambar dan membelah kek.

Teringat ucapan dari seorang mak cik yang veteran dalam ilmu emas, mengisahkan tentang penubuhan 'Dinasti Dinar' dan perkongsian sejarah emas. Beberapa inti menarik dari ucapan mak cik ini memberi galakan untuk menyimpan emas seawal usia muda, ini kerana orang tua zaman dahulu apabila mempunyai sedikit wang akan terus membeli emas walaupun hanya cincin kerat rotan.

Perkongsian daripada Tuan Taqiudin antara lain menyentuh mengenai pengenalan syarikat Powergold dan kaitan dengan Amethyst serta saranan beliau agar meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan emas seperti pembelian surat pajak, pengiraan emas dan pembelian emas lama.

Semua ini adalah sedikit ringkasan nota yang saya tulis sewaktu menemani suami menghadiri majlis ini di samping mencari sedikit kelainan dan mempelajari juga ilmu emas seterusnya dipraktikkan juga mengikut dimensi perniagaan online Shaklee. Insya-Allah bermanfaat.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top