Terima kasih atas perkongsian izzue..

Alhamdulillah. Hasil dalam kelas online semalam, kami bincangkan berkenaan tentang Vita Lea. Kami bincangkan satu persatu tentang manfaat utama Vita Lea ni. Lepas tu kami huraikan satu-satu dan anda tahu apa berlaku? Ada di antara kami baru tahu tentang khasiat Vita Lea ini sendiri walaupun dah lama mengamalkannya. Ada pula yang tidak pernah cuba tapi bila dah bincangkan semua manfaat Vita Lea, dia bercadang untuk mencubanya lalu mulai menyemai rasa cinta itu dengan Vita Lea.

Syukurrrrr, Makin banyak yang jatuh cinta dengan Vita Lea ni. Begitu juga saya. Memang peneman di kala menjamu selera. Tak akan tertinggal. Hehehe.

Baiklah. Saya mula kupaskan satu persatu berkaitan manfaat utama Vita Lea ni ok?

Antara manfaat utama Vita Lea adalah:


1. PENAMBAH TENAGA SEGERA.

Bagaimanakah Vita Lea ini berfungsi sebagai penambah tenaga segera? Ada siapa tahu jawapannya? Saya kupaskan di sini.

Tahukah anda kandungan Vita Lea ini? Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting. Tak tahu kan? Ni saya nak bagitahu bahawa oleh sebab kandungan Vita Lea ni mengandungi 12 vitamin dan 7 jenis mineral la membuatkan ia sebagai penambah tenaga segara. Ok, Sebagai contoh, jika anda telan 2 biji Vita Lea ni sehari, anda akan rasa luar biasa bertenaga sebab ia mengandungi Vitamin B1, B2 dan B3 yang berfungsi menukarkan makanan sebagai tenaga. Selain itu ia juga memperkasakan memori kita dan untuk kecerdasan mental.

 MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL

Kandungan Vitamin B1 ini membantu membina dan meransang peredaran darah yang baik. Selain membantu tumbesaran kita, vitamin B1 ini juga membantu mengatasi masalah keresahan. Jika ada di antara anda yang menghidap penyakit Herpes Zooster, vitamin B1 ini membantu anda dengan mengurangkan petanda Herpes Zooster ini. Seronokkan? Lepas ni tak ada lagi malu-malu dah sebab dibantu oleh vitamin B1 ini tadi.

Herpes Zooster pada tangan. Vitamin B1 bertindak membantu mengurangkan tanda Herpes Zooster.

Kandungan vitamin B2 ini pula membantu anda yang punyai penyakit anemia di mana anda kekurangan hemoglobin dalam darah. Selain itu, ia juga membantu untuk mengelakkan keletihan mata dan penyakit katarak. Sebagai info tambahan, katarak adalah sejenis penyakit kerosakan mata di mana kanta mata berselaput dan menjadi rabun menyebabkan kanta mata menjadi keruh dan penglihatan seseroang itu menjadi kabur dan cahaya tidak dapat menembusinya. Selain itu, kehadiran vitamin B2 di dalam satu biji Vita Lea ini membantu dari mendapatkan jangkitan lidah dan mulut serta mengelakkan kekejangan otot.

Gambar menunjukkan katarak mata berlaku di mana lensa mata berselaput dan menjadi kabur. 

Seterusnya berkenaan dengan vitamin B3 yang berfungsi untuk menghasilkan hormon selain dapat meransang peredaran darah yang baik. Vitamin B3 ini bagus untuk perut dan usus yang mana ia membantu daripada terkena cirit -birit yang teruk. Ia juga dapat merawat kepeningan dan mengelakkan seseorang daripada migrain. Bagi anda yang mempunyai masalah nafas berbau, vitamin B3 yang terkandung dalam Vita Lea ini membantu masalah anda selain bekerja untuk memulihkan ulser mulut.

Vitamin B3 membantu memulihkan ulser mulut. 

2. PELENGKAP NUTRISI
Bagaimana Vita Lea ini membantu kita sebagai pelengkap nutrisi harian? Tahu tak? Kita tengok satu hidangan makanan kita setiap hari. Cukup ker nutrisi dalam satu hidangan tu? Vitamin dalam satu hidangan tu cukup?
Ada dia antara kita yang hanya mengamalkan sayuran sahaja (vegeterian). Kita tengok satu hidangan yang penuh sayuran. Cukup tak vitamin dalam sayur-sayur tu sahaja? Mana protein? Mana karbohidrat? Itu anda katakan cukup?

Cukup tak vitamin dalam ni? Hihi. 
Lagi-lagi mereka yang mengalami anemia. Memang tak cukup hemoglobin darah sebab tak cukup nutrisi dalam darah dan dalam badan. Sebab itu Vita Lea ini di cipta untuk menjadi pelengkap nutrisi kita dalam satu hidangan. Ia di lengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting dalam setiap tablet. Dengan pengambilan 2biji Vita Lea sehari, ia bersamaan dengan 40 hidangan lauk-pauk! Mana nak cari 40 jenis lauk-pauk? Sanggup nak telan 40jenis lauk setiap hari semata-mata nak cari pelengkap nutrisi anda?

Ini akan berlaku jika anda mengalami anemia. Anda kekurangan sel darah merah. 

3. KEUPAYAAN SISTEM REPRODUKTIF. 
Tahu bagaimana Vita Lea membantu kita dengan keupayaan sistem reproduktif? Tahu Vita Lea ada mengandungi vitamin E? Vitamin E itulah membantu dalam sistem reproduktif lelaki yang lebih baik. Selain itu, Ia juga membantu dalam keupayaan seksual dengan kehadiran vitamin B12 didalam setiap tablet Vita Lea ini. Seronok kan? Tetapi dengan adanya zink dalam kandungan Vita Lea ini, ia membantu meningkatkan keupayaan seksual bagi kaum lelaki. Selain itu, zink yang ada dalam setiap tablet ini mampu untuk mencegah masalah prostat bagi kaum lelaki. Vita Lea ini pun penting untuk pertumbesaran kanak-kanak begitu juga sesuai untuk remaja yang sedang membesar.
4. METABOLISMA BADAN
Bagaimana Vita Lea ini boleh membantu dalam metabolisma badan kita? Seperti yang anda tahu Vita Lea ini adalah multivitamin terhebat dunia. Jadi kandungan vitamin yang mana satu membantu dalam metabolisma badan ni? Haaa. Nak tahu jawapannya? Jawapannya ialah Vita B6! Kenapa vitamin B6? Sebab dalam badan kita, sel-sel terbentuk adalah melalui kandungan protein yang ada di dalam badan kita. Protein sangat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru yang lebih sihat. Oleh itu, vitamin B6 ini membantu dalam memetabolismakan protein yang sedia ada untuk menghasilkan sel-sel baru di dalam badan. Tengok? Hebatkan fungsi vitamin B6 ni? Barulah badan kita sihat kerana sel-sel baru sudah terbentuk. Badan jadi cergas sentiasa. Tak lemau. Hehe.

Cukup tak pengambilan Vitamin B6 kita sehari? :)

5. ELEMEN PENTING UNTUK SEL TUBUH
Kenapa Vita Lea ni di katakan elemen penting untuk sel tubuh? Sebab di lengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral kan? Ia menyediakan nutrisi asas yang lengkap kepada tubuh badan kita. Selain itu, ia memastikan sel hidup dengan sihat dalam badan. Pertumbuhan sel baru ini dapat membantu dalam proses pembesaran yang lebih sihat. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut , otot, kulit, kuku dan hormon yang baik. Vita Lea ini membantu untuk menjaga kesihatan tiroid kita. Wahhh. Bestnyaaaa Vita Lea ni. Semakin jatuh cinta saya. Hihi.

Ingin memiliki kuku yang sihat? 

6. MELINDUNGI ORGAN.

Bagaimana cara Vita Lea ni melindungi organ-organ kita? Haaaaa. Rahsia terbongkar apabila mendapat kandungan Vita Lea ini 'terselit' Biotin. Di mana melindungi organ mata kita untuk mengelakkan rabun mata.

Selain itu, Vita Lea juga mengandungi kalsium yang berfungsi untuk menyihatkan gigi dan memperkasakan tulang. Ia juga mengekalkan kadar degupan jantung kita setiap hari dengan setiap pengambilan Vita Lea. Juga mencegah daripada penyakit osteoporosis iaitu penyakit tulang lembut.

Kandungan iodin di dalam setiap tablet Vita Lea ini baik untuk melindungi tiroid kita. Ia sekaligus membina ligamen / otot dan memelihara kesinambungan tisu-tisu di dalam badan kita. Tambahan pula, kandungan Magnesium yang ada dalam sebiji Vita Lea adalah untuk kesihatan tulang dan gigi yang sempurna. Magnesium juga melindungi jantung, buah pinggang dan hati untuk mencegah daripada mendapat penyakit.

Fosforus juga berfungsi untuk melindungi tulang dengan meingkatkan kepadatan tulang dan untuk mencegah pereputan tulang. :)

Antara organ yang ada di dalam badan kita. Vita Lea melindungi organ-organ ini. 


7. MENCANTIKKAN DAN MENEGANGKAN KULIT.

Haa. 'Part' ini ada seronok sikit untuk di bincagkan kerana mendapat sambutan hangat dari semua wanita. Wahh. Hehehe. Tapi macam mana Vita Lea boleh mencatikkan dan menegangkan kulit? Siapa ada jawapan untuk ni pula? Hehe. 

Inilah kelebihan Vita Lea di mana ia mengandungi vita A, vita E dan vita C! Seronokkan? Ketiga-tiga vitamin ni berfungsi serentak sebagai anti-oksidan. Hehe. Vitamin A ni membantu kulit kita menjadi lebih sihat. Manakala vitamin E ni pula memejalkan kulit kita dengan membantu menegangkan kulit. Di samping boleh menyerikan kulit kita, vita E ni juga membantu untuk menghilangkan parut. Anda selalu dapat parutkan lepas jerawat tumbuh dan kecut? Vita Lea lah jawabnya. Hihi. Tidak ketinggalakn vitamin C yang memang sinonim untuk kecantikan kulit. Yang paling best, ia meransang formasi KOLAGEN! Vitamin C pun ada kandungan kolagen! Giler tak best kan? Tambah lagi kolagen Shaklee, memang glowing-glowing lah muka anda semua nanti. Terbaiklah! :)

Ingin memiliki kulit yang cantik dan bermaya? Tegang dan anjal? Boleh sahaja. :)


8. PENTING UNTUK DIET. 

Kenapa Vita Lea ni penting untuk diet pula? Sedangkan ia cuma tablet jer pun. Tapi penting sangat untuk diet. Siapa pula dapat jawab bahagian ni? Hehe. Alaaa. Senang jerrrr nak jawab ni. Hehe. 
Okay. Tadi telah kupaskan tentang Vita Lea ni adalah multivitamin dan multimineral kan? Bayangkan anda sedang mengamalkan diet. Anda pasti diet yang anda amal itu diet yang seimbang dan sihat? Pasti? Kita tengok piramid makanan. Kalau kita diet ikut aturan piramid makanan setiap hari, memang SUPERB! Dan ada HEBAT. Tetapi persoalannya, sampai bila anda tahan melakukan diet sedemikian? Sanggup tak sebelum makan, kita kira-kira berapa kandungan protein kita perlu ambil, berapa kandungan karbohidrat perlu ambil. Tak terliur ker tengok makanan sedap-sedap depan mata? Hehe. Sebab itulah Vita Lea ni di cipta khas untuk anda yang mengamalkan diet. Kehadiran iodin dalam Vita Lea secara tak langsung boleh mengawal berat badan. :)
Sebagai contoh, mee goreng gerai A dan gerai B. Memang dua-dua adalah mee goreng tapi kandungan di dalam tu macam mana? Sanggup nak kira? Gerai A ada tambah telur tak? Gerai B ada tambah daging tak? Lainkan elemen-elemen yang ada dalam mee goreng gerai A dan gerai B? So macam mana nak tahu gerai mana satu lebih sihat dan nutrisi dia lengkap untuk keperluan diet kita? 
Sebab itulah Vita Lea ini dicipta dengan menggunakan jisim yang sama untuk setiap tablet. Dia tak kan berubah-rubah sebab memang dah di timbang setiap tablet itu. Jadi keperluan diet kita ada di dalam 2 biji Vita Lea ini, Memang terbukti bahawa Vita Lea ini penting untuk diet kan?
9. IBU HAMIL DAN IBU MENYUSU PERLU AMBIL VITA LEA KERANA MINERAL, VITAMIN SERTA ION PENTING UNTUK IBU DAN ANAK. 

Wahhh. Panjang pula fungsi ni. Hihi. Tak apa kita akan tetap kupaskan fungsi ini. Hehe. Bagaimana ia membantu ibu hamil dan menyusukan anak ni? Ini adalah kerana kehadiran Asid Folik dalam Vita Lea ini. Ia membantu menyihatkan fetus iaitu janin dalam rahim ibu. Asid Folik juga meransang pengeluaran susu badan si ibu dengan lebih banyak dan berkhasiat untuk si manja. Untunglaaa bayi tu kalau si ibu dia mengamalkan Vita Lea ni. Rugi saya sebab semasa saya lahir, tiada siapa pun tahu tentang Shaklee ni sedangkan Vita Lea dah nak masuk umur yan ke-100 tahun hadapan.Terasa rugi pula mak saya tak kenal Shaklee masa tu. Hehehe.


Ibu yang hamil juga kadang-kadang dapat anemia semasa hamil. Oleh sebab itu, ibu hamil di sarankan untuk mengamalkan Vita Lea ni kerana kandungan vitamin B2 membantu mencegah anemia. Kandungan vitamin B12 juga boleh membantu pertumbuhan fetus selain dapat mencegah anemia semasa hamil. Haaa. Jadi ibu-ibu yang hamil dan tengah menyusukan anak, cubalah Vita Lea sebotol. Tahan 4 bulan tu. Lama betul. Berbaloi-baloi. :)


10. MEMASTIKAN PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL LAIN DENGAN LEBIH EFEKTIF. 

Macam mana Vita Lea boleh membantu penyerapan vitamin dan mineral yang lebih efektif dalam badan kita? Haaa. Tadi dah kupaskan pada awal-awal bab ni. Untuk pengetahuan, badan kita ini terdiri daripada sel-sel. Sumber asas sel ini adalah protein. Makanan kepada sel ada multivitamin. Sel ini benda hidup jadi ia perlukan makanan untuk terus hidup. Multivitamin sangat penting untuk tumbesaran sel yang bagus dan sempurna. Kalau takda makan. tak hidup elok lah sel dalam badan kita. Betul tak? Jadi, sel yang sihat juga mempengaruhi kadar penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektifkan? Semua bermula dari yang sihat, barulah penyerapan terbaik akan berlaku.

Betapa pentingnya protein dalam badan kita. 

Alhamdulillah. Sekarang anda semua dah tahu kan apa manfaat utama Vita Lea dari Shaklee ini yang sangat hebat dipersada dunia? Sampai menggegarkan dunia kerana sudah 'bertapak' hampir 100 tahun. Tahun depan genaplah umur 100 tahun Vita Lea ni. Hehe. Nampak tak kehebatan Vita Lea ni bila anda baca fungsi-fungsinya? Terus dapat buat anda jatuh cinta kan? Hehe. Ini saya kongsikan serba sedikit tentang fungsinya. Mungkin ada di antara tidak tahu tentang khasiat Vita Lea ni kan? Malah ada Shaklee Independent Distributor juga tidak tahu tentang hebatnya Vita Lea. Hehe. Sekarang selesai tugas saya untuk share kepada anda. Semoga bermanfaat dan saya mengharapkan readers yang baca entry ini mengamalkan Vita Lea mulai saat ini sebab anda dah tahu khasiatnya bukan? Bagi yang belum mencuba dan ingin mencuba, jangan malu jangan sengan hubungi saya ok? Rumah saya terbuka luas untuk tetamu istimewa seperti anda.

Pastikan hidup anda lebih sihat bersama Vita Lea Shaklee iaitu Multivitamin dan Multimineral terhebat dunia! Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya di whatsapp. Ada kemusykilan atau pertanyaan boleh berbuat demikian.


 
Thanks for reading! :)
 
semoga bermanfaat...
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
 
Hubungi huda untuk  FREE CONSULTATION
 
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee??klik dibawah.
 
HUDA | 014-5075708




4 comments:

  1. Vitalea is the best..tips yg nutrition shaklee bagi kalau nak penyerapan lebih cepat..ketuk2 dulu tablet sebelum telan :)

    BalasPadam
  2. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kebaikan Multivitamin

    BalasPadam

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top