Sepintas Lalu Linus Pauling Institute


Kajian terhadap riboflavin (vitamin B2) telah dibuat sejak berpuluh tahun yang lalu. Kebanyakan negara mempunyai tenaga pakar tersendiri dan cekap dalam membuat analisis sesuatu bahan terutamanya melibatkan kepentingan rakyat. Kajian yang bermutu dan berguna untuk masyarakat terbanyak sudah tentu akan diberi tempat dan pengiktirafan oleh pihak berkuasa lebih-lebih lagi jika berada di negara terkemuka dunia. Kajian yang dibuat melibatkan tenaga kerja berkumpulan dan mempunyai aset atau institusi tersendiri lebih meyakinkan lagi pemerintah untuk menilai sejauhmana keberkesanan, kesungguhan dan wibawa yang dipamerkan.

Institusi yang boleh dibanggakan dalam membuat kajian khususnya dalam bidang pemakanan termasuk vitamin dan riboflavin antaranya ialah Linus Pauling Institute yang terletak di Oregon State, Amerika Syarikat. Pada asalnya institut ini telah ditubuhkan oleh Linus Pauling dan rakan-rakan pada tahun 1973 di Menlo Park, California. Namun selepas kematian Linus Pauling, institut ini telah dipindahkan ke Oregon.

Meneliti tulisan Dr. Jane Higdon yang dimuatkan dalam rencana ilmiah di laman Linus Pauling Institute berkaitan riboflavin membawa kepada penghuraian yang lebih terperinci berbanding pengenalan awal riboflavin yang telah diterbitkan di sini atas tajuk Apa itu Riboflavin.

Sumber Makanan Mengandungi Riboflavin

Terdapat banyak bahagian penting yang dinyatakan dalam tulisan Dr. Jane Higdon berhubung riboflavin. Salah satu darinya ialah sumber makanan yang dapat diperolehi khasiat riboflavin. Bagi setiap hidangan harian kebiasaannya mengandungi sekurang-kurangnya sejumlah kecil riboflavin.

Sebagai contoh di Amerika Syarikat, sejak tahun 1943 makanan tempatan yang menjadi sarapan penduduk seperti tepung gandum dan roti telah melalui penambahbaikan dengan dilengkapi khasiat riboflavin termasuk vitamin B1, vitamin B3 dan mineral zat besi.

Analisa terhadap pemakanan awam  di sana mendapati purata pengambilan harian riboflavin bagi setiap lelaki sekitar 2 mg, manakala wanita pula 1.5 mg. Tahap pengambilan ini sudah melebihi sasaran yang ditetapkan pihak RDA / Recommended Dietary Allowance (piawaian pemakanan yang disyorkan).
Sumber Makanan Riboflavin
Sumber Makanan Riboflavin

Berikut sebahagian makanan yang mempunyai sumber riboflavin:

  1. Gandum, bijirin
  2. Susu (tanpa lemak)
  3. Keju
  4. Telur (dimasak atau rebus)
  5. Badam
  6. Ikan Solmon (dimasak)
  7. Ikan Halibut (dimasak atau dikeringkan)
  8. Ayam, daging putih (dipanggang)
  9. Ayam, daging gelap (dipanggang)
  10. Daging lembu (dikisar atau dimasak)
  11. Sayur Brokoli (direbus)
  12. Sayur Asparagus (direbus)
  13. Sayur Bayam (direbus)
  14. Roti gandum
  15. Roti putih   

Jumlah riboflavin mengikut penyediaan makanan:

  • Gandum/ bijirin - 1 cawan bersamaan 0.22mg riboflavin
  • Susu tanpa lemak - 1 cawan (8 auns) bersamaan 0.45mg riboflavin
  • Keju Cheddar - 1 auns bersamaan 0.11mg riboflavin
  • Telur - 1 biji besar bersamaan 0.26mg riboflavin
  • Badam - 1 auns bersamaan 0.29mg riboflavin
  • Ikan Solomon - 3 auns bersamaan 0.13mg riboflavin
  • Ikan Halibut - 3 auns bersamaan 0.09mg riboflavin
  • Ayam, daging cerah - 3 auns bersamaan 0.08mg riboflavin
  • Ayam, daging gelap - 3 auns bersamaan 0.016mg riboflavin
  • Lembu - 3 auns bersamaan 0.15mg riboflavin
  • Sayur Brokoli - 1/2 cawan khas bersamaan 0.10mg riboflavin
  • Sayur Asparagus - 6 batang bersamaan 0.13mg riboflavin
  • Sayur Bayam - 1/2 cawan bersamaan 0.21mg riboflavin
  • Roti Gandum - 1 hiris potongan bersamaan 0.06mg riboflavin
  • Roti Putih - 1 hiris potongan bersamaan 0.09mg riboflavin   
Berdasarkan rajah dan keterangan di atas jelas menunjukkan setiap orang telah memperolehi manfaat riboflavin melalui pengambilan makanan harian sekurang-kurangnya dalam jumlah yang kecil. Terdapat juga sukatan khas yang digunakan untuk mengukur jumlah kandungan riboflavin dalam sesuatu makanan.
Dari sudut pengambilan makanan tambahan atau suplemen pula turut menyediakan kandungan riboflavin seperti vitamin B-Kompleks yang banyak terdapat dalam produk multi-vitamin.
The Linus Pauling Institute
The Linus Pauling Institute

Cadangan dari Linus Pauling Institute

 

Pengambilan riboflavin untuk keperluan badan mempunyai kadar tersendiri berdasarkan kajian. Di Malaysia angka ini pernah berubah (RDI 1975 dan RNI 2005) sebagaimana tercatat dalam Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Kadar riboflavin yang digariskan RDA iaitu 1.3mg harian bagi lelaki dan 1.1mg harian bagi wanita. Kekurangan riboflavin dapat diatasi dengan memilih banyak serat harian yang mudah diperolehi. Pelbagai jenis makanan seimbang yang diambil dapat membantu membekalkan sekitar 1.5mg riboflavin hingga 2mg riboflavin. Justeru, Linus Pauling Institute mencadangkan agar mengambil suplemen multi-vitamin yang kaya dengan mineral terdiri dari 100% DV / Daily Values (nilai harian) dengan memastikan pengambilan minima 1.7mg riboflavin sehari.

Suplemen Shaklee mengandungi riboflavin


Produk bermutu seharusnya mempunyai piawaian dan etika cemerlang dalam menyediakan keperluan untuk pengguna. Di samping mendapat kelulusan kementerian ia juga harus selamat, berkesan dan sihat. Suplemen Energizing Soy Protein (ESP) dan juga vitamin B-Complex menyediakan riboflavin atau vitamin B2 untuk dimanfaatkan oleh badan. Oleh itu kandungan yang terdapat pada bahagian vitamin atau suplemen perlu diberi perhatian agar pengambilannya memberi kebaikan kepada diri sendiri.
Artikel Riboflavin (Vitamin B2)
Hari Ini Perihal Riboflavin

Bagaimana ingin mendapat maklumat produk?


Anda boleh menghubungi saya melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

InspirasiHuda~
Your Trusted Shaklee Consultant!
ShakleeID 883327 | 014 507 5708
 

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top