Lecithin beli 6 PERCUMA 1     Lecithin beli 2 JIMAT 5%     GLA Complex beli 6 PERCUMA 1     GLA Complex beli 2 JIMAT 5%     DTX Complex beli 3 PERCUMA 1     Cinch (Chocolate / Cafe Latte) beli 3 PERCUMA 1     Vita-Lea for Children beli 3 PERCUMA 1
Promosi Shaklee Malaysia bulan ini menampilkan produk yang dinantikan ramai, khususnya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dan mereka yang bernama wanita pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki produk kesayangan mereka dalam jumlah yang lebih istimewa dan harga yang menawan.

Blog Inspirasi Huda ingin berkongsi dengan anda manfaat dan keistimewan yang terdapat di dalam produk yang tersenarai di carta promosi Shaklee April 2015. Selepas melalui detik promosi Shaklee Mac 2015 dengan jayanya, maka pada April 2015 anda dapat melihat produk yang hampir semuanya tidak tersenarai dalam pencalonan pada bulan-bulan sebelum ini sepanjang tahun 2015.

Terdapat 7 kategori promosi pada bulan ini. Produk yang mendapat sentuhan promosi Shaklee April 2015 adalah seperti berikut :-

  1. Lecithin beli 6 PERCUMA 1
  2. Lecithin beli 2 JIMAT 5%
  3. GLA Complex beli 6 PERCUMA 1
  4. GLA Complex beli 2 JIMAT 5%
  5. DTX Complex beli 3 PERCUMA 1
  6. Cinch (Chocolate / Cafe Latte) beli 3 PERCUMA 1
  7. Vita-Lea for Children beli 3 PERCUMA 1

Lecithin adalah 'lampu' kesihatan anda


Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi dengan pengambilan Lecithin. Produk yang mendapat jolokan 'vitamin turun berat badan' sudah umum diketahui ramai, apatah lagi menjelang hari perayaan tidak lama lagi, tentunya perlu diet dari sekarang kalau nak dapat baju raya yang cantik. Ini kerana anda sendiri yang tahu lampu isyarat kesihatan anda. Lecithin selain berfungsi dalam proses menurunkan berat badan, aspek lain tidak ketinggalan dalam memelihara kesihatan seperti berikut :
  1. Lecithin berperanan dalam melarutkan lemak yang berlebihan, triglycerides dan kolestrol tidak baik. Ia dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi (high blood pressure), angin ahmar (stroke), sakit jantung (heart disease) dan arteri mengeras (atherosclerosis). Kandungan Lecithin soya bagi setiap kapsul adalah 520mg, sesuai untuk semua dan jumlah pengambilannya boleh ditingkatkan sehingga 6000 - 7000mg sehari sebagaimana saranan sesetengah pakar bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik.
  2. Munurunkan berat badan berlebihan dengan selamat adalah perkara yang sangat dianjurkan bahkan keselamatan dan kesihatan diri adalah aset yang wajib dipelihara. Lecithin adalah selamat dan berkesan untuk proses pembakaran lemak. Sebanyak 4000mg Lecitihin sehari diambil dengan disertai senaman dan pemakanan seimbang akan menjadikan sasaran menurunkan berat badan tercapai.
  3. Lecithin berperanan dalam menyerapkan zat - zat penting yang berada di saluran darah ke dalam sel - sel badan. Lecithin yang mencukupi membantu mengelakkan terjadinya membran sel mengeras dan penyerapan zat menjadi sukar. Banyak faktor yang menyumbang kepada punca membran sel mengeras seperti bahan makanan yang terdapat kesan kimia dari pencemaran alam sekitar, bahan yang dihasilkan untuk metal, dadah, bahan tambahan dan bahan pencegah perosak. Langkah yang bijak ialah dengan mengambil Lecithin sebagai vitamin harian bagi membantu penyerapan zat dengan lebih berkesan.
  4. Lecithin juga baik untuk kesihatan hati, membantu mereka yang terkesan dari penyakit multiple sclerosis (MS), fibromyalgia, tekanan dan PMS. Selain itu, Lecithin juga dapat membantu memulihkan sistem imunisasi dengan memberi penjagaan terhadap sel darah merah agar dapat berfungsi sebagai pertahanan  dari serangan bakteria, kuman dan virus. Fungsi Lecithin menyelaputi sel merah sebagai penguat pertahanan untuk melindungi sel dari pengoksidaan serta menjadi unsur yang mengelilingi fiber saraf.
  5. Lecithin berfungsi untuk perkembangan otak, dalam erti kata lain berperanan sebagai makanan otak dan saraf. Ia fungsi penting untuk transmisi saraf impuls otak dan berperanan dalam neurotransmitter (baca Short-Term Memory). Lecithin membantu mengurangkan risiko nyanyuk (alzheimer's desease). Mereka yang menghadapi masalah sistem ingatan disarankan untuk mengambil 7000mg Lecithin sehari untuk proses pemulihan.
  6. Gangguan tidur dan insomnia boleh juga berlaku apabila hormon neurotransmitter berkurangan. Sumber hormon ini juga boleh didapati di dalam Lecithin dan pengambilannya sangat baik untuk proses penghasilan semula hormon yang berkurangan ini. Gejala menopause dan PMS dapat dikurangkan kerana unsur Lecithin juga membantu menghasilkan hormon yang diperlukan seperti epinephrine.
  7. Asid Lemak Perlu (Omega 3) yang terkandung dalam Lecithin membantu untuk kesihatan paru - paru. Kepekatan mukus (mucus) juga dapat dicairkan bagi mengelakkan terjadinya penyakit lain seperti batuk berkahak. Penyakit kulit seperti iritasi (irritation) juga dapat dicegah melalui kandungan asid lemak perlu yang terdapat dalam Lecithin. Ini bermakna Lecithin membantu pemulihan bagi pesakit allergy, hay fever, asthma, bronchitis, emphysema dan eczema. Kulit menjadi cantik dan rambut pula bertambah sihat.
  8. Bile adalah sejenis cecair yang dikeluarkan hempedu ke dalam usus untuk proses pencernaan makanan dan mencairkan lemak. Lecithin adalah salah satu unsur dari beberapa unsur lain yang digunakan untuk menghasilkan bile. Apabila makanan dapat dicernakan dan lemak dapat dicairkan, ia akan memudahkan proses penyerapan zat seperti vitamin A, D, E dan K ke dalam bahagian badan. Selain itu, Lecithin adalah agen pelincir bagi keselasaan sendi, penjagaan tisu buah pinggang dan sudah tentu kebaikan untuk sistem penghadaman.
Setelah mengetahui manfaat dan kebaikan yang terdapat pada Lecithin khususnya untuk membantu menurunkan berat badan berlebihan dan mengekalkan berat badan ideal, ia juga adalah set kurus yang selamat dan berkesan. Maka cadangan set cadangan di bawah ini diharap dapat membantu anda dengan cara betul untuk kurus dengan set Shaklee. Set cadangan ini membekalkan keperluan nutrisi bagi anda dalam proses menurunkan berat badan agar anda bertenaga sepanjang hari.

Cadangan set kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee 1 (Asas)
  1. Lecithin (bakar)
  2. Alfalfa Complex (buang)
  3. Energizing Soy Protein (bina)

Set Kurus Shaklee 2 (Asas)
  1. Omega Guard (bakar)
  2. Herb-Lax (buang)
  3. Cinch Shake (bina)
 Set Kurus Shaklee premium
  1. Omega Guard & Lecithin (bakar)
  2. Alfalfa Complex & Herb-Lax (buang)
  3. Energizing Soy Protein & Cinch Shake (bina)
  4. Vita-Lea Iron Formula (ekstra)
  5. B-Complex (ekstra)
  6. Cinch Tea (ekstra) 

Bagaimana ingin mendapatkan produk Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

Facebook Twitter Google Digg Reddit LinkedIn Pinterest StumbleUpon Email

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top