Shaklee DTX Complex Untuk Kesihatan Hati

Organ hati

Organ hati merupakan sistem yang menyokong hampir semua fungsi organ lain pada tubuh manusia. Kedudukan hati di dalam badan manusia begitu strategik menjadikan ia berperanan dalam berbagai dimensi (multidimensional).

Blog Inspirasi Huda membuat sedikit semakan dari beberapa laman web terhadap pengenalan mengenai hati. Peranan utama hati menurut artikel dari laman WebMD adalah untuk menapis kandungan darah yang dibawa dari arah saluran penghadaman (gastrointestinal tract) sebelum dibawa ke seluruh badan untuk kegunaan setiap organ. Hati bertindak menyingkirkan unsur kimia dan menukar bahan ubat-ubatan yang mengandungi bahan seperti dadah untuk diproses menjadikan jumlah yang digunakan pada kadar yang paling minima. Jumlah dadah yang paling minima ini disalurkan oleh hati ke saluran dan sistem peredaran darah di bahagian organ lain. Jumlah yang tidak digunakan selebihnya akan diproses melalui ginjal (kidney) untuk disalurkan ke usus (intestine) dan dibuang melalui sistem pembuangan.

Hati, ginjal dan kulit adalah organ homeotasis. Homeotasis pula adalah mekanisma yang berperanan untuk mengawal, mengatur, mengstabil, mengimbang, menyesuai dan mengekalkan persekitaran dalam badan organisma (organism) untuk memelihara sel-sel agar terus hidup dan berfungsi dengan lebih berkesan.

Menurut artikel dari laman MedicineNet, hati juga berperanan untuk proses pemacahan bahan makanan dan transformasi kepada tenaga. Peranan ini juga dikenali sebagai proses metabolisma (metabolism) dalam badan manusia. Sel-sel hati menjadi lokasi penting untuk merombak sel-sel darah merah dan merubah molekul protein (hemoglobin) dari sel darah merah sehingga terhasil zat berwarna hempedu (bile). Dalam sel darah merah terdapat pelbagai serapan termasuk asid amino (amino acid). Hati memainkan peranan untuk merungkai sel darah merah dan memisahkan nitrogen dari asid amino, amonia (ammonia) dan lain-lain komponen bukan protein. 
 Komponen yang baik seperti protein akan dimanfaatkan oleh sel-sel untuk memelihara organ dan membina sel baharu, sementara komponen lain melibatkan sel yang telah mati atau tua yang tidak diperlukan termasuk seperti amonia akan diubah menjadi urea atau zat hempedu iaitu bilirubin dan urobilin. Proses hempedu sangat penting untuk kegunaan penghadaman. Urea melalui proses perkumuhan pada ginjal untuk memisahkan darah dan urea ini keluar melalui urin (urine) atau sistem pembuangan air kecil dan air besar. Urea dan amonia sangat bermanfaat untuk pertanian sebagai baja.

Fungsi hati

  1. Merawat racun yang terdapat pada kandungan bahan makanan sehingga tidak membahayakan badan. Racun ini kemudian dikeluarkan melalui urin.

  2. Mentranformasi glukosa menjadi glikogen untuk mengawal tahap gula dalam darah. Glikogen juga disimpan dalam hati termasuk sebahagian vitamin dan garam mineral.

  3. Mengeluarkan zat yang tidak diperlukan seperti zat hempedu dan urin. Zat hempedu berasal dari hemoglobin sel darah merah yang telah tua.

  4. Mengawal perubahan karbohidrat, lipid dan asid amino serta penghasilan protein plasma seperti albumin. Elemen untuk pembekuan darah juga dihasilkan.

  5. Memecah sel darah merah menjadi zat besi, globin dan heme. Menggunakan semula zat besi dan heme untuk menjana penghasilan sel darah merah baharu, sementara heme ditransformasi menjadi bilirubin dan biliverdin.

  6. Menghasilkan sel darah merah fetus dan menyingkir hormon berlebihan.

Cadangan suplemen kesihatan hati Shaklee DTX Complex


DTX Complex mengandungi bahan-bahan ekstrak semulajadi yang diproses untuk membantu kesihatan anda. Fungsi utama DTX Complex adalah untuk penjagaan kesihatan hati. Ini kerana ramuan yang digunakannya mempunyai ciri-ciri khas dalam membantu kesihatan hati dan selebihnya mengandungi vitamin A, B, C, D, zat besi dan sarat dengan khasiat untuk kesihatan.

Ramuan yang digunakan DTX Complex adalah tidak asing dari segi penggunaannya. Ramuan tersebut telah dikenali dan digunapakai sejak zaman dahulu untuk aspek kesihatan terutamanya melibatkan hati. Ramuan tersebut ialah :

Biji 'Milk Thistles'


Milk Thistles adalah tanaman berbunga dari kumpulan Asteraceae, Genus Silybum. Tanaman liar ini berasal dari wilayah Mediterania, Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah. Tanaman Milk Thistles terus tersebar di beberapa kawasan dunia termasuk di Amerika Utara. Ia mengandungi silymarin yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi dari radikal bebas. Silymarin membantu pembentukan sel-sel hati yang baharu. Ia mampu melindungi hati dari kerosakan yang dibawa oleh bahan-bahan alkohol, racun dan ubat. Ramuan ini telah digunakan sejak 2000 tahun yang lalu di zaman Yunani dan Romawi kuno. Berdasarkan kepada kajian, Milk Thistles juga membantu pemulihan kanser dan penyakit seperti hepatitis C, diabetes dan HIV.

Biji 'Schisandra Chinesis'


Schisandra Chinesis adalah sejenis tanaman yang berasal dari hutan Utara China dan Timur Jauh Rusia. Ia juga dikenali sebagai Berry 5 Rasa. Ia dimanfaatkan sebagai adaptogen untuk meningkatkan ketahanan terhadap penyakit dan meningkatkan tenaga serta prestasi fizikal. Schisandra Chinesis bertindak sebagai antioksidan, mengawal tahap gula dalam darah menjadi normal, memperbaiki tekanan darah dan membantu rangsangan sistem imun seperti mempercepat pemulihan selepas pembedahan. Penyakit seperti penyakit hati  (hepatitis), kolestrol tinggi (high cholesterol), batuk (cough), asma (asthma), masalah tidur (isomnia), sakit saraf (neuralgia), sindrom pra haid (PMS), cirit-birit (diarrhea), radang usus (disentri), berpeluh malam (night sweats), berpeluh spontan (excessive sweating), lemah tenaga batin (erectile dysfunction), dahaga (thirsty), keletihan (fatigue), kerap kencing (frequent urination), kemurungan (depression), cepat marah (irritability)dan hilang ingatan (amnesia). Schisandra Chinesis berfungsi merangsang enzim protein dengan mempercepat tindak balas biokimia penyembuhan dalam hati dan menggalakkan pertumbuhan sel baharu dalam hati.

Cendawan Reishi


Reishi adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai perubatan tinggi. Reishi adalah nama panggilan bagi masyarakat Jepun, manakala Ling-Zhi pula dipanggil oleh masyarakat China. Dalam istilah perubatan, cendawan ini dikenali sebagai Ganoderma Lucidum. Menurut masyarakat China, cendawan ini telah digunakan sejak 2000 tahun yang lalu semasa pemerintahan Maharaja Shi Huang Ti. Kajian klinikal moden mendapati cendawan reishi adalah sumber antioksida. Ia membantu dalam memulihkan masalah aliran darah, pernafasan, ginjal / buah pinggang, mata, jantung, saraf dan kulit. Cendawan reishi juga berpotensi dalam merawat penyakit kronik seperti kanser, tekanan darah tinggi (hypertension), penyakit hati (hepatitis), kencing manis (diabetes), HIV & AIDS dan alahan (allergy). Ahli mikologi merumuskan bahawa cendawan reishi mempunyai beberapa sebatian seperti amino acid, D-mannitol, polisakarida, organic acid, ergosterol, saccharide, protease acid, glucosamine, sterol, adenin, lactone, triterpenoid, adenosine, lysozyme dan vitamin.

Dandelion


Dandelion berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud gigi singa. Merupakan tumbuhan berbunga dari kumpulan Asteraceae. Ia berasal dari dua benua Eropah dan Asia serta di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Dari sudut perubatan, dandelion adalah tumbuhan yang sangat berharga untuk merawat jangkitan, masalah hempedu, hati dan digunakan sebagai herba dalam memperbaiki dan mempercepatkan proses urin (diuretic). Dandelion sangat digemari sebahagian besar serangga dalam merawat penyakit dan sumber penghasilan madu, sementara benihnya pula menjadi makanan penting bagi sesetengah burung. Dandelion sarat dengan vitamin A, B, C, D dan zat besi serta cynarine yang membantu proses pengaliran hempedu dengan lancar. Dari sudut kemegahan pula, dandelion telah dijadikan sebagai lambang bunga rasmi dan lagu rasmi "The Dandelion Yellow" di Universiti Rochester.

Kunyit


Kunyit adalah sejenis tanaman rempah-ratus yang berasal dari wilayah Asia Tenggara. Penanaman kunyit tersebar ke kawasan Malaysia, Indonesia, Australia dan Afrika. Kunyit sering digunakan masyarakat Asia sebagai pelengkap masakan, jamu dan perubatan. Aspek perubatan, khasiat kunyit digunakan untuk merawat masalah perut, mendinginkan badan, menghentikan pendarahan, melepaskan lebihan gas di bahagian usus, kegatalan, antiseptik, kekejangan, bengkak dan menyihatkan ginjal. Kunyit mengandungi curcumin yang bersifat antitumor dan antioxidant berfungsi untuk melindungi saraf, melindungi risiko radang otak, meningkatkan semula tenaga homeotasis pada sistem otak, melindungi hati dari hemangioma, hepatocellular carcinoma dan hepatitis B. Ia juga melindungi organ pankreas dan pundi hempedu serta menurunkan peradangan.

Artichokes


Artichokes adalah salah satu tumbuhan sayuran dari keluarga thristle. Tumbuhan sayuran tertua di dunia ini mula ditemui di suatu kawasan Mediterranean. Ada yang mengatakan ia berasal di kepulauan Sicily dan Afrika. Kajian sejarah mendapati artichokes dijadikan sebagai makanan di kalangan orang Yunani purba dan Rom (dikatakan ditanam sekitar pertengahan abad ke-9 di Naples, Itali). Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, thristle adalah nama bagi sekumpulan tumbuhan rumpai spina dan berduri tajam. Thristle terbahagi kepada 4 jenis iaitu thristle menjalar, thristle lembing, thristle halus dan thristle Scotland. Dari jenis-jenis ini thristle yang paling banyak ditemui adalah thristle menjalar yang tumbuh sebagai rumpai di padang, ladang dan di sepanjang jalan. Tiga lagi spesis thristle hanya ditemui di kawasan tertentu dunia dan tumbuh selama 2 tahun sahaja. Artichokes mula ditanam di Selatan Eropah, Afrika Utara, Amerika Selatan dan Amerika Syarikat. Penanaman artichokes dikatakan mula tersebar di zaman pertengahan pemerintahan Islam di Sepanyol dan Maghribi. Di dalam bahasa arab artichokes disebut sebagai al-khurshuf (الخرشوف). Artichokes dikenali juga sebagai cynara cardunculus menganduingi khasiat cynarine iaitu asid hydroxycinnamic. Artichokes dari aspek perubatan mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi terutama di bahagian kepala bunga artichokes. Artichokes membantu sistem penghadaman, meningkatkan fungsi hati dan hempedu, meningkatkan jumlah HDL untuk LDL, mengurangkan kolestrol, membantu usus dan pencernaan yang terganggu dan banyak lagi khasiat perubatan yang terdapat pada artichokes samada yang masih segar atau yang telah kering.

Tawaran menarik DTX Complex April 2015


Terdapat 7 kategori promosi pada bulan ini. Saksikan juga video promosi Shaklee April 2015 juga melalui Youtube Inspirasi Huda yang dicipta khas untuk anda bagi mengetahui setiap manfaat yang terdapat pada 7 produk tersebut. Produk yang mendapat sentuhan promosi Shaklee April 2015 adalah seperti berikut :-

  • Lecithin beli 6 PERCUMA 1 

  • Lecithin beli 2 JIMAT 5%  

  • GLA Complex beli 6 PERCUMA 1  

  • GLA Complex beli 2 JIMAT 5% 

  • DTX Complex beli 3 PERCUMA 1   

  • Cinch (Chocolate / Cafe Latte) beli 3 PERCUMA 1 

  • Vita-Lea for Children beli 3 PERCUMA 1

Bagaimana ingin mendapatkan produk Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

 

Facebook Twitter Google Digg Reddit LinkedIn Pinterest StumbleUpon Email

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top