Suplemen untuk ibu menyusuSebuah perkongsian daripada saya


Salam ceria, salam sayang dan salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Inspirasi Huda. Hari ini berasa terpanggil untuk berkongsi dengan para ibu tentang penyusuan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah saya menggunakan set berpantang dan menyusu, pertama sekali yang saya dapat adalah kesihatan. Ya, apabila badan saya sihat, tidak stress, sedikit sebanyak dapat membantu saya menyediakan stok susu yang mencukupi. Sehari saya dapat buat stok 15 oz-20 oz.

Insya-Allah, misi buat stok susu akan berjaya. Semoga saya terus konsisten dalam menjayakan penyusuan selama 2 tahun. Sapaan daripada teman-teman bertanya tentang apa yang saya consume sampai boleh menjayakan penyusuan selama 2 tahun ini?

Produk pilihan saya


Baik, saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu perihal proses penyusuan yang berjaya ini. Saya mengambil rangkaian suplemen berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrisi penyusuan. Multi-vitamin Vita-Lea dapat membekalkan keperluan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan sekaligus dapat membantu menghasilkan susu yang berkhasiat buat si manja.

Energizing Soy Protein (ESP) dapat memberi kepekatan pada susu badan, B-Complex pula dapat memberi ketenangan kepada ibu, sementara OsteMatrix pula dikenali sebagai pil kalsium yang dapat membantu membina tulang dan gigi yang kuat untuk si manja. Peranan Vita-C Plus begitu terkenal untuk ketahanan sistem imun, sememangnya vitamin C sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Suplemen terakhir ialah Omega Guard, ia membantu dalam perkembangan otak si manja.

Suplemen untuk membantu kesihatan


Semua suplemen ini saya manfaatkannya untuk kesihatan bersama bayi dan proses penyusuan yang berterusan. Tanpa suplemen ini, saya mungkin mampu untuk bertahan dalam beberapa hari sahaja. Memilih diet pemakanan seimbang dan berkhasiat bukan suatu yang sukar, namun untuk mengekalkan pengambilan ini agak menyukarkan dari sudut kewangan, masa dan kesihatan. Justeru pengambilan suplemen sangat penting untuk membantu saya memiliki kesihatan berpanjangan dari semua sudut terutama dalam proses penyusuan bayi.

Perlu diingatkan kepada diri sendiri juga, selain mengambil suplemen penting, ibu-ibu perlu juga mengamalkan konsep "supply and demand" iaitu semakin banyak mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Sudah tentu minum air kosong/masak paling minima 3 liter setiap hari. 


Kalau saya boleh, anda semua pun boleh. Jom ibu-ibu, berikan yang terbaik buat si manja kita. Saya menyokong anda. Teruskan penyusuan dan tunaikan hak bayi kita.

Bagaimana ingin mendapatkan produk Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top