NutriFeron, Lecithin, Alfalfa & Vita-Lea For Children

Promosi Shaklee November 2016 kembali bersama empat produk pemakanan sihat dan nutrisi penting iaitu produk untuk kesihatan imunisasi NutriFeron, produk pengemulsi yang popular sebagai suplemen turun berat badan Lecithin, produk detoks pilihan ramai Alfalfa Complex dan multivitamin berperisa anggur kegemaran kanak-kanak Vita-Lea for Children. Inspirasi Huda melihat suplemen penting NutriFeron perlu diberi perhatian dari kalangan semua peringkat usia memandangkan perubahan cuaca di musim tengkujuh ini mengundang pelbagai masalah kesihatan ekoran kelemahan imunisasi. Hadirnya Lecithin dan Alfalfa di musim tengkujuh ini seolah mengerti tabiat pemakanan bertambah apabila suhu semakin sejuk dan tentu lah perlu kepada ejen pengemulsi lemak seperti Lecithin dan detoks Alfalfa. Begitu juga multivitamin kanak-kanak Vita-Lea for Children terus mendapat tempat di kalangan ibu bapa prihatin. Promosi bulanan Shaklee Malaysia terus memberi pulangan yang hebat untuk ahli.

 

Promosi Shaklee November 2016 - NutriFeron

Suplemen yang membekalkan keperluan kesihatan terutamanya untuk keperluan sistem pertahanan badan imunisasi dapat membantu kesihatan sel. Ia juga merupakan satu-satunya interferon semula jadi yang dihasilkan dari empat ekstrak tumbuhan.

  • NutriFeron - Beli 6 Percuma 1
  • NutriFeron - Beli 2 Jimat 5%

Semua pengguna pasti menyedari bahawa suplemen NutriFeron adalah vitamin PASTI BELI apabila berhadapan dengan situasi cuaca yang tidak menentu seperti musim hujan dan banjir yang berisiko untuk mendapat pencemaran dalam makanan dan minuman jika tidak diberi perhatian dan persediaan awal. Ini diakui oleh blogger VitaminSuci yang berkongsi maklumat di blog beliau berkaitan Lapan Manfaat NutriFeron Shaklee. Justeru, promosi Shaklee November 2016 adalah peluang yang harus dimiliki setiap orang untuk mendapatkan suplemen NutriFeron pada harga yang menjimatkan.


Manfaat ringkas Shaklee NutriFeron dikongsikan :
 
  1. Mengukuhkan sistem imun
  2. Melawan kanser dan tumor
  3. Melindungi dari Influenza
  4. Meringankan tekanan dan kelesuan 
  5. Melambatkan penuaan
  6. Mengurangkan infeksi hepatitis B dan C
Ketahui lagi Ada Apa Dengan Interferon dan  Penemuan Terhebat Interferon.


Artikel berkaitan NutriFeron Shaklee:


Promosi Shaklee November 2016 - Lecithin

Suplemen yang berfungsi sebagai pengemulsi semula jadi bertindak memerangkap lemak degil dari terus berada dalam darah seterusnya mengapungkan ke permukaan bagi mengelakkannya dari melekat pada dinding membran. Ia juga kaya dengan sumber semula jadi kacang soya.

  • Lecithin - Beli 3 Percuma 1

Lecithin adalah suplemen turun berat badan popular di kalangan pengguna makanan kesihatan. Kebaikan Lecithin sebenarnya lebih dari itu seperti menyokong kesihatan otak, hati dan pembiakan. Blogger VitaminCikgu yang berkongsi maklumat berkaitan Fungsi dan Kegunaan Lecithin Dalam Badan Untuk Kurus. Sememangnya promosi Shaklee November 2016 adalah peluang musim tengkujuh yang umum mengetahui merupakan musim yang 'berselera' untuk menambah makan.


Manfaat ringkas Shaklee Lecithin dikongsikan :
 
  1. Melindungi hati
  2. Memecahkan lemak dan kolesterol
  3. Melangsingkan dan menghalang obesiti
  4. Mencantikkan otot dan kulit
  5. Memperbaiki alergi
  6. Menghalang kejadian batu karang
Ketahui lagi Lecithin Kurangkan Sembelit dan  Lecithin Lampu Isyarat Kesihatan.


Artikel berkaitan Lecithin Shaklee:


Promosi Shaklee November 2016 - Alfalfa Complex

Raja tumbuhan yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan Alfalfa. Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat tahan lasak walaupun berada di kawasan kering dan berbatu. Raja segala tumbuhan ini bukan saja menjadi nutrisi penting kepada manusia bahkan turut melindungi tanaman lain dari serangan rumpai.

  • Alfalfa Complex - Beli 3 Percuma 1

Vitamin detoks Alfalfa Complex sudah dikenali ramai rakyat Malaysia walaupun ada yang hanya menggunakannya dalam tempoh yang singkat. Ini kerana keupayaannya memberi rasa selesa kepada pengguna terutama dalam masalah pada perut dan pembuangan. Keberkesanan Alfalfa Complex turut dikongsi oleh blogger JomVitamin yang menjelaskan mengenai Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee. Sekali lagi, promosi Shaklee November 2016 adalah penting untuk setiap orang mendapatkan khasiat dari raja herba dan pasti menjimatkan.


Manfaat ringkas Shaklee Alfalfa Complex dikongsikan :
 
  1. Mencuci hati, darah dan usus
  2. Melawan alahan
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
  4. Menyingkirkan lemak dan kolesterol
  5. Melawan tumor
  6. Melegakan keletihan
Ketahui lagi Sembelit Tiada Lagi dan Testimoni Alfalfa Complex.


Artikel berkaitan Alfalfa Complex Shaklee:


Promosi Shaklee November 2016 - Vita-Lea for Children


Keprihatinan ibu bapa dalam meletakkan kesihatan anak-anak sebagai keutamaan adalah sangat diharapkan dan menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa dan penjaga untuk menilai sejauh mana prestasi dan perkembangan anak-anak dari sudut kesihatan, pembelajaran dan persekitaran yang dilalui anak-anak. Multivitamin Vita-Lea for Children harus dilihat sebagai persediaan pemakanan sihat anak-anak dalam bentuk suplemen yang menyediakan lebih 18 mineral yang diperlukan. Promosi Shaklee Vita-Lea for Children Ogos 2016 tentunya dinantikan setiap ibu bapa yang peka terhadap perkembangan anak-anak.

  • Vita-Lea for Children  - Beli 3 Percuma 1
Pendidikan anak-anak akan menjadi lebih baik jika beberapa aspek lain turut diberi perhatian dan diambil peduli. Selain menyediakan kelengkapan sekolah dan memberi duit perbelanjaan setiap kali anak-anak melangkah ke bilik darjah, ibu bapa juga perlu memberi perhatian kepada pemakanan yang sihat dan seimbang. Menerusi entri MamaCilik, beliau turut menekankan soal pemakanan yang sihat terhadap anak-anak berikutan faktor persekitaran zaman kini yang lebih mencabar berbanding zaman dahulu. Cadangan pengambilan Vita-Lea for Children amat digalakkan untuk membekalkan khasiat mineral penting buat anak-anak.



Manfaat ringkas Vita-Lea for Children dikongsikan :


  1. Menyediakan 18 mineral yang diperlukan.
  2. Pemanis semulajadi yang tidak menyebabkan kerosakan gigi.
  3. Tiada bahan perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  4. Berperisa anggur yang digemari kanak-kanak dan bebas gluten.
  5. Nutrien lengkap mencakupi keperluan dan tumbesaran kanak-kanak.
  6. Multivitamin terbaik dan penyerapan pantas.
Ketahui lagi suplemen kita dan anak di musim panas terik

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee?



Anda boleh menghubungi kami melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.
 
InspirasiHuda~
Your Trusted Shaklee Consultant!
Shaklee ID 883327 | 014 507 5708

0 comments:

Catat Komen

Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!

 
Inspirasi Huda (Sihat Bersama Vitamin)
Top