Tips Penyusuan Berkesan |
Ibu gagal memenuhi konsep penyusuan “demand dan supply”
Kebanyakan ibu gagal memberi rangsangan yang mencukupi kepada tubuh mereka bagi memastikan pengeluaran susu cukup banyak. Rangsangan yang dimaksudkan ialah samada secara penyusuan terus dari payudara atau pun melalui pam.
Melalui pam, antara beberapa kesilapan yang selalu ibu lakukan iaitu :
- tidak konsisten mengepam
- jarak masa antara sesi mengepam terlalu jauh
Untuk pengetahuan, kita perlu mengosongkan payudara setiap 2-3 jam sekali. Ini bagi menghantar signal ke otak bahawa susu tidak cukup dan supaya kilang susu terus menghasilkan susu secara berterusan. Jika kurang rangsangan, maka pengeluaran akan jadi berkurang.
Ramai yang mengadu kepada saya bahawa mereka susah hati kerana payudara tidak bengkak. Tahukah anda bahawa tidak bagus jika anda menunggu sehingga payudara bengkak dahulu baru ingin mengepam susu. Apabila payudara sudah penuh, otak akan memberi signal kepada kilang susu bahawa pengeluaran susu cukup dan tidak perlu menghasilkan susu lagi kerana bayi tidak perlukan banyak susu. Jika ibu tidak mengambil berat tentang perkara ini, lama kelamaan susu akan merudum.
Untuk penghasilan susu yang konsisten, saya menggalakkan ibu untuk membuat jadual mengepam ibu sendiri. Jadual ini perlulah dilakukan secara konsisten untuk melatih badan supaya faham bilakan masanya susu perlu dihasilkan dengan banyak. Walaupun susu ibu hasil mengepam itu sangat sedikit, anda perlulah teruskan mengepam juga.
Ibu juga sering beranggapan bahawa mereka hanya perlu mengepam apabila susu keluar dan terus berhenti apabila susu telah berhenti mengalir. Konsep ini tidak betul sama sekali. Ketahuilah bahawa kita perlu mengepam setiap payudara sekurang-kurangnya 20 minit untuk 1 sesi mengepam. Walaupun susu sudah berhenti mengalir, kita perlulah teruskan mengepam untuk stimulasi pengeluaran susu ibu. Biasanya akan ada 1 lagi let down reflex (LDR) dan pengeluaran susu akan kembali.
Ramai yang mengadu kepada saya bahawa mereka susah hati kerana payudara tidak bengkak. Tahukah anda bahawa tidak bagus jika anda menunggu sehingga payudara bengkak dahulu baru ingin mengepam susu. Apabila payudara sudah penuh, otak akan memberi signal kepada kilang susu bahawa pengeluaran susu cukup dan tidak perlu menghasilkan susu lagi kerana bayi tidak perlukan banyak susu. Jika ibu tidak mengambil berat tentang perkara ini, lama kelamaan susu akan merudum.
Untuk penghasilan susu yang konsisten, saya menggalakkan ibu untuk membuat jadual mengepam ibu sendiri. Jadual ini perlulah dilakukan secara konsisten untuk melatih badan supaya faham bilakan masanya susu perlu dihasilkan dengan banyak. Walaupun susu ibu hasil mengepam itu sangat sedikit, anda perlulah teruskan mengepam juga.
Ibu juga sering beranggapan bahawa mereka hanya perlu mengepam apabila susu keluar dan terus berhenti apabila susu telah berhenti mengalir. Konsep ini tidak betul sama sekali. Ketahuilah bahawa kita perlu mengepam setiap payudara sekurang-kurangnya 20 minit untuk 1 sesi mengepam. Walaupun susu sudah berhenti mengalir, kita perlulah teruskan mengepam untuk stimulasi pengeluaran susu ibu. Biasanya akan ada 1 lagi let down reflex (LDR) dan pengeluaran susu akan kembali.
Keadaan tubuh ibu sendiri
- Keletihan, stress, datang period dan sedang mengandung boleh menjadi faktor susu merudum. Pengeluaran susu ibu juga sangat berkait rapat dengan 2 hormon iaitu hormon prolaktin dan oksitoksin. Hormon prolaktin untuk membantu menghasilkan susu manakala hormon oksitoksin (hormon gembira) untuk merangsang pengeluaran susu ibu.
- Apabila ibu berada dalam suasana tenang, gembira dan tidak stress, hormon oksitoksin akan dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin. Hormon prolaktin pula akan dihantar ke kalenjar susu. Hasilnya, secara semulajadi badan akan menghasilkan susu dengan lebih baik. Jika ibu stress dan sering keletihan, hormon oksitoksin tidak dapat dirembes dengan baik. Ini akan menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin berkurangan. Hasilnya, penghasilan susu berkurangan. Maka, tidak hairanlah jika susu boleh merudum. Apabila ibu semakin risau, semakin teruk susu merudum. Jadi, anda perlulah pandai mengawal emosi dan cuba berfikiran positif. Elakkan dari berasa stress kerana stress boleh membuatkan susu ibu semakin merudum.
Pengambilan air kosong tidak mencukupi
- Antara komponen utama susu adalah air. Jika ibu kurang meminum air, bagaimanakah susu ibu hendak dihasilkan. Jadi, saranan saya, anda perlu memastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari. Air kosong ya. Air manis tidak kira.
Pengambilan makanan dalam diet harian tidak seimbang
- Khasiat susu ibu adalah bergantung kepada apa yang ibu makan. Kita disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat agar tubuh kita cukup nutrien. Jika tubuh ibu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula dengan susu yang terhasil? Bagaimana pula badan ibu mahu menghasilkan susu yang mencukupi? Apabila badan ibu sihat, nutrien cukup, badan akan berfungsi dengan baik. Susu juga akan diproses dengan lebih baik.
Penggunaan pam yang kurang sesuai
- Ramai yang mengeluh apabila mengepam mereka rasa sakit dan susu yang keluar sedikit sahaja. Punca utama ialah kerana penggunaan pam yang kurang sesuai. Apabila menggunakan pam yang kurang sesuai, suction kadang-kadang menyakitkan, pengepaman tidak optimum dan hasil perahan juga sedikit.
- Berusaha untuk membeli pam yang lebih berkualiti. Jika mampu belilah double pam. Ini kerana masa let down reflex, kedua-dua payudara akan mengeluarkan susu. Jadi jika kita merangsang payudara serentak hasilnya akan jadi lebih banyak.
Anda perlu mencari punca susu merudum dan cuba atasi punca itu. Untuk mencari punca mengapa susu badan berkurangan, anda boleh merujuk dan membuat pemerhatian berdasarkan checklist dibawah :
Pam berkeadaan baik atau tidak?
- Pastikan ia berkeadaan baik. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya juga dalam keadaan yang baik
Rutin mengepam konsisten atau tidak?
- Pastikan anda mengepam secara konsisten setiap 2-3 jam sekali.Seelok-eloknya pada waktu yang sama setiap hari.
Bayi sudah mula makan makanan pejal?
- Jika ya, ia juga akan menyebabkan permintaan susu menjadikurang. Walaupun bayi masih menyusu secara terus, namun, kadar intake susu mungkin sudah berkurangan. Jika anda merupakan pumping mom, anda pasti akan dapat melihat hasilnya dengan ketara.
Anda mengambil pil perancang?
- Pil perancang yang mengandungi estrogen boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Dapatkan nasihat daripada doktor tentang pil perancang yang tidak mengganggu penyusuan susu ibu
Anda datang bulan?
- Perubahan hormon juga boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Apa yang anda boleh buat, teruskan menyusu dan mengepam seperti biasa. Buat persediaan awal dengan menyediakan stok susu secukupnya sebelum datang bulan. Pastikan anda mengambil kalsium kerana kalsium sebenarnya mampu membantu anda mengatasi masalah penghasilan susu ibu yang sedikit semasa datang bulan. Jika susu anda merudum dengan teruk, amalkan power pumping setiap malam.
Anda mengandung?
Jika anda sedang mengandung, pengeluaran susu ibu juga akan terjejas.Tetapi anda boleh teruskan usaha menyusukan anak sekerap mungkin atau mengamalkan power pumping.
Adakah anda “on diet”?
Pemakanan ibu memang akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Jangan sesekali mengabaikan pengambilan protein. Ini kerana protein sangat membantu dalam pengeluaran susu ibu.
Adakah pengambilan air kosong cukup 3L sehari? Sesibuk mana pun ibu bekerja, jangan lupa minum air kosong secukupnya.
Adakah anda cukup rehat?
Jika anda tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat yang secukupnya. Mengepam perlukan suasana tenang.
Adakah anda stress?
Stress boleh mempengaruhi LDR dan pengeluaran susu.Cubalah mengatasi masalah stress dengan sebaiknya.
Adakah anda tidak sihat?
Jika kita demam, mastitis atau mengalami dehidrasi (kekurangan air) juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan dengan ketara.
Pengambilan ubat-ubatan seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline juga boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu.
Senarai di atas merupakan faktor susu badan kurang. Jika kita sudah dapat mengenalpasti puncanya, insyaAllah kita boleh usahakan untuk mengembalikan semula pengeluaran susu ibu yang merudum.
Antara usaha yang boleh dilakukan adalah :
Cubalah amalkan tips di atas. Sesungguhnya sangat besar pahala seorang ibu yang berkorban dan berusaha melengkapkan tempoh penyusuan anaknya secara eksklusif.
Senarai di atas merupakan faktor susu badan kurang. Jika kita sudah dapat mengenalpasti puncanya, insyaAllah kita boleh usahakan untuk mengembalikan semula pengeluaran susu ibu yang merudum.
Antara usaha yang boleh dilakukan adalah :
- Menyusu secara terus dengan lebih kerap
- Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam.
- Jika anda terlalu, jangan terus skip. Mengepam selama 5 minit lebih baik daripada tidak mengepam langsung.
- Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Sebagai contoh, selepas bayi menyusu dirumah
- Buat urutan payudara dan breast compression
- Lakukan power pumping. Teknik ini adalah cara yang paling bagus danberkesan untuk meningkatkan penghasilan susu.
- Lakukan tanderm nursing. Teknik ini adalah dengan menyusui bayi pada sebelah payudara dan mengepam pada payudara yang satu lagi secara serentak.
- Sentiasa positif dan yakin. Apabila susu banyak, ibu berasa gembira. Pada ketika susu sedikit, ibu rasa bersyukur. Ini kerana ia adalah rezeki yang Allah beri kepada anak. Yakinlah bahawa anda mampu untuk menyusukan anak anda sepenuhnya. Jangan bandingkan hasil perahan anda dengan orang lain kerana rezeki setiap orang tidak sama.
- Pastikan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari
- Pastikan pengambilan makanan yang seimbang dan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya
- Cuba ambil makanan yang tinggi protein dan milkbooster seperti alfalfa
- Jaga kesihatan dengan mendapatkan rehat yang cukup, bersenam secara berkala dan ambil suplemen tambahan bagi memenuhi lompong kekurangan nutrisi yang kita perlu tapi tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian.
- Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira
- Belajar tangani stress dengan lebih baik.
- Amalkan zikir Ya wahhab ( Maha Memberi ) sebanyak mungkin kerana susu ibu adalah rezeki dari allah untuk anak,mintalah dengan allah.Sesungguhnya Allah Maha Memberi.
Cubalah amalkan tips di atas. Sesungguhnya sangat besar pahala seorang ibu yang berkorban dan berusaha melengkapkan tempoh penyusuan anaknya secara eksklusif.
0 comments:
Catat Ulasan
Saya Nurul Huda Zakaria, Shaklee Independent Distributor (883327) kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Produk Shaklee diyakini mampu memberi mutu kesihatan yang lebih baik seisi keluarga. Ianya sihat, selamat dan berkesan. Ingin berkongsi tips kejayaan perniagaan dan produk Shaklee hubungi/ whatsapp 014-507 5708. Terima kasih!