Riboflavin
Riboflavin (vitamin B2) tercatat dalam sebuah tulisan ringkas yang menghimpunkan pengenalan hampir semua vitamin bertajuk Every Vitamin Page: All Vitamin and Pseudo-Vitamins oleh David Bannett. Beliau menulis riboflavin merupakan nama kimia bagi vitamin B2 dari kumpulan vitamin B dan sebelum ini dikenali juga sebagai vitamin G.
Perihal riboflavin menerusi laman University of Maryland Medical Center (UMMC) menerangkan vitamin B mempunyai peranan dalam menghurai karbohidrat yang terdapat dalam makanan dan menukarkannya ke dalam bentuk glukosa iaitu sejenis bahan bakar yang dapat menghasilkan tenaga.
Kumpulan vitamin B keseluruhannya adalah mudah larut air dan ia berada di dalam badan untuk tempoh yang singkat atau dalam erti kata lain badan tidak menyimpannya untuk kegunaan lama walaupun ia sangat diperlukan badan untuk memperolehi tenaga.
Sumber makanan riboflavin dapat diperolehi makanan antaranya gandum, susu, keju, telur, bayam, badam dan sebagainya. Riboflavin tidak hanya terdapat dalam bijirin dan tumbuhan, ia juga boleh didapati dari haiwan.
Sumber makanan riboflavin dapat diperolehi makanan antaranya gandum, susu, keju, telur, bayam, badam dan sebagainya. Riboflavin tidak hanya terdapat dalam bijirin dan tumbuhan, ia juga boleh didapati dari haiwan.
Riboflavin juga bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang gejala kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas seperti kemusnahan sel dan DNA pada organ. Sel dan DNA yang dimusnahkan radikal bebas dapat mengakibatkan gejala penuaan selain dari proses kemusnahan sel berterusan ia juga boleh membawa kepada penyakit kronik seperti masalah jantung dan kanser.
Begitu juga dengan vitamin B6 dan folat yang ingin diubah oleh badan turut memerlukan riboflavin agar perubahan itu melalui proses dan bentuk yang boleh digunakan. Riboflavin sangat penting untuk menghasilkan pertumbuhan dan pengeluaran sel darah merah.
Riboflavin dapat mencukupi keperluan badan apabila pola pemakanan terkawal dan corak pengambilan hidangan seimbang. Pun begitu, kekurangan riboflavin kemungkinan akan berlaku kepada warga emas dan pengamal makanan tidak sihat seperti menagih alkohol.
Apabila berlaku kekurangan riboflavin, kesan akan terjadi kemudaratan di beberapa bahagian tubuh dan mengganggu sistem antaranya:
- Masalah penghadaman
- Sakit tekak dan bengkak
- Bengkak dan kemerahan pada lidah
- Keletihan
- Kudis dan pecah di bahagian mulut
- Pertumbuhan perlahan
- Keletihan mata
- Sensitif kepada cahaya
Suplemen Shaklee mempunyai riboflavin
Produk bermutu seharusnya
mempunyai piawaian dan etika cemerlang dalam menyediakan keperluan untuk pengguna.
Di samping mendapat kelulusan kementerian ia juga harus selamat, berkesan dan
sihat. Suplemen Energizing Soy Protein
(ESP) dan juga vitamin B-Complex
menyediakan riboflavin atau vitamin B2 untuk dimanfaatkan oleh badan. Oleh itu
kandungan yang terdapat pada bahagian vitamin atau suplemen perlu diberi
perhatian agar pengambilannya memberi kebaikan kepada diri sendiri.
Bagaimana ingin mendapat maklumat produk?
Anda boleh menghubungi saya melalui SMS atau WhatsApp di 014-507 5708 (Nurul Huda) untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan suplemen Shaklee. Penghantaran produk melalui Pos Laju Malaysia dan kami juga membuat penghantaran sendiri (COD) ke destinasi anda bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.
InspirasiHuda~
Your Trusted Shaklee Consultant!
ShakleeID 883327 | 014 507 5708
pertama kali jumpa perkataan riboflavin
BalasPadampayah juga nak menyebutnya
perkataan saintifik tu..
PadamTerima kasih atas perkongsian menarik ini ya
BalasPadamsama-sama
Padam